Sunday, February 22, 2009

Requested entry, check.

Perkara pertama yang akan berlaku didalam sesebuah kehidupan adalah kelahiran. Setiap manusia akan melalui proses kelahiran. Tidak ada manusia yang akan menetas, kita semua bukan anak ayam.

Begitu dengan gua, dilahirkan dan dibesarkan sebagai anak yang sulung. Ditatang bagai minyak yang penuh, sehinggalah gua berumur 4 tahun gua mula menjadi mimpi ngeri parent gua.

Heh.

Ye, sewaktu gua masih kecil dan ketika gua masih lagi sedang rancak membesar, gua merupakan seorang anak kecil yang sangat nakal. Alas meja mana yang gua tak gunting, dinding mana yang gua tak conteng, apa benda yang gua tak ketuk dengan penukul.

Sumpah, memang gua nakal masa gua kecil-kecil dulu.

Umur 7 tahun gua start masuk sekolah, darjah 1. Disebabkan gua anak cikgu, jawatan ketua darjah selalunya dapat kat gua. Masa kecik-kecik kalau dapat jadi ketua darjah memang up gua cakap lu. Tapi kenakalan gua tak pernah pudar, makin menjadi ada la, yela dah ketua darjah sapa berani marah gua selain cikgu?

Masuk darjah 3, ada satu benda yang tak sedap berlaku dalam hidup gua. Gua kena pukul dengan mak gua depan orang ramai. Semuanya sebab gua naik basikal sapa ntah, kayuh punya kayuh tiba-tiba je ada setan mana datang rasuk gua main turun tangga pakai basikal. Tengah syok layan turun tangga pakai basikal, tiba-tiba je pin rantai basikal tu tercabut. Putus terus rantai basikal tu, datang tuan basikal tak cakap banyak dah, meraung macam orang gila dah gua nengok, tu baru rantai putus. Mak gua apa lagi, zapp! zapp! zapp!

Oh! Sungguh tidak cool. Malu dia sampai ke hari ni weh.

Naik darjah 6, gua jadi pengawas. Waktu assembly tak payah cakap la, macam komando muka gua jaga barisan, sapa-sapa bercakap memang kena marah dengan gua.

Heh! Yang ni sumpah cool.

Tapi nakal gua tetap ada, gua suka main tarik-tarik tudung budak pempuan. Ada satu hari tu gua tak sengaja tertarik tudung sorang budak pempuan ni kuat-kuat. Dia punya terkoyak kain tudung tu dah jadi macam kain buruk gua cakap lu, betul.

Kemudian tak sampai 2 minit, cikgu disiplin datang ke kelas gua siap bawa rotan lagi. 2 das kat atas punggung memang hampir-hampir buat gua jadi sawan. Dia punya sakit dah sampai tahap keluar air mata dah.

Oh, si cikgu disiplin tu cikgu shafie. Cikgu matematik gua.

Dekat-dekat nak UPSR dia ada bagitau kat gua sambil ketuk kepala gua dengan buku kuat-kuat.

ore supo mung ni tokleh A subjek aku

Ye, memang dia bahasakan diri dia aku dengan gua, tapi gua sikit pun tak heran.

Bila result keluar, terpampang matematik gua dapat A. Merata gua cari dia nak tunjuk result tu, tapi tak jumpa. Pandai dia menyorok.

Naik sekolah menengah, parent gua hantar gua ke sekolah menengah ugama arab. Gua syak, dorang nak gua berhenti jadi nakal kot. Tapi gua ikutkan aje, orang tua katakan, heh. Sekolah arab ni pegi sekolah kena pakai kopiah gua cakap lu.

Tapi sekolah gua ni jenis tak campur antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan, rehat pun asing-asing. Dah gua tak boleh nak main tarik-tarik tudung dah.

Namun gua agak langkah kiri bab berkawan masa sekolah menengah ni, berkawan dengan kaki ponteng, kaki malas belajar, kaki ponteng assembly, memang tak berapa nak menjadi manusia jugak la gua walau dah masuk sekolah menengah ugama arab.

Sebelum tamat tingkatan 1, semua guru dah kenal gua. Buku rekod disiplin sekolah dah banyak kali dah tercatat nama gua, nakal tak?

Masuk Tingkatan 2, adik bongsu gua meninggal. Dan tahun tu adalah merupakan tahun gua yang paling suram dan juga merupakan titik tolak perubahan yang gua alami. Sifat nakal gua makin lama makin takde, gua jadi seorang yang pendiam.

Dan pada tahun tu jugaklah gua perasan yang segala keadaan seakan telah berubah. Pemergian adik gua memang beri kesan yang besar. Keceriaan gua seakan diragut, gua lebih cenderung untuk bersendirian. Bilamana gua menyendiri, terfikir akan kesalahan-kesalahan yang telah gua lakukan pada diri gua mahupun orang lain.

Apapun, hidup mesti terus.

Lalu gua cuba untuk penuhi segala impian parent gua untuk melihat anak hasil didikannya berjaya dan cuba untuk menjadi anak yang baik. Dan gua teruskan kehidupan sebegitu sehinggalah bila gua mendapat keputusan yang agak baik untuk SPM dan ditawarkan ke UTM. Saat itu, gua terlihat linangan airmata seorang ibu, airmata kegembiraan.

Terima kasih Tuhan.

Dan teruskan, taburkan rahmatmu. Tidak salah rasanya jika air mata seorang ibu terus mengalir tanda gembira.

Gua gembira dengan hidup gua sekarang, dengan apa yang telah gua capai. Tapi ini semua masih belum cukup.

Tunggukan saja.

Saturday, February 21, 2009

Saja, terasa macam nak tulis

Setelah beberapa lama filem budak kelantan dikeluarkan, gua akhirnya dapat juga menatap karya garapan pengarah muda yang berbakat ni. Gila ketinggalan gua ni kan, heh.

Itupun atas belas ihsan mat yen.

Namun terlebih dahulu sebelum gua dapat menonton filem ni, fikiran gua dah diracuni dengan tohmahan yang kurang enak tentang filem ini. Ramai manusia dari tempat asal gua yakni kelantan yang sangat kontra dengan filem ini.

Nak burukkan kelantan kata mereka.

Dan setelah menghayati sendiri dengan mata serta dengan kepala, gua dapat simpulkan bahawa budak kelantan adalah sebuah hasil seni yang bagus.

Dengan kekuatan jalan ceritanya, watak yang berjaya dijiwai penontonnya. Apa yang cuba diketengahkan oleh pengarah filem ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Nyata sekali, budak kelantan adalah sebuah filem yang cuba lari dari nuansa filem tanah melayu yang takkan kemana ni.

Bagi gua, ini adalah satu hasil seni yang sangat jujur dan berani.

Namun tidak mahu untuk gua nafikan, penggunaan loghat serta budaya kelantan sebagai medium didalam filem ini sedikit sebanyak telah mencuit sensitiviti orang kelantan.

Tapi biasalah benda tu kan.

Lain dan sangat lain dari filem arahan dua beranak yang kononnya terselit mesej-mesej positif tapi tapi tak positif langsung. Sama la jugak dengan filem-filem lain yang diarah oleh pengarah yang matlamatnya adalah untuk menggalakkan anak-anak muda kita khayal dalam angan-angan cinta yang tak berketentuan dengan filem cintanya. Ataupun dengan filem lawak yang tak berkesudahan, gila rendah citarasa pengarah filem kita.

Gua harap dari semasa ke semasa akan lebih banyak filem-filem seperti ini khususnya filem melayu akan dapat dihasilkan buat tatapan manusia yang sudah muak dengan gaya filem tanah melayu sekarang seperti gua ni.

Oh sebelum gua terlupa. Dalam filem tu ada satu wataknya yang bernama bokbon.

Kenapa?

Kenapa mesti bokbon?

Friday, February 20, 2009

Orang pernah kata, mimpi itu mainan tidur. Lu rasa bagaimana?

Malam semalam, akibat keletihan yang amat sangat, gua tertidur nyenyak.

Sedang gua enak menghayati nikmat tidur malam, Tuhan menanugerahkan satu lagi nikmat kepada gua. Nikmat yang bukan semua orang akan dapat pada ketika tidur.

Nikmat bermimpi.

Nak tau apa mimpi gua?

Gua berjalan, dari suatu tempat untuk ke suatu tempat bila tiba-tiba gua terasa lapar. Dan entah apa alasannya secara tiba-tiba gua berada di selera semarak sedang menunggu untuk membeli pisang goreng.

Sambil menunggu pisang goreng dibungkus, gua terpandang Pjoe. Sedang makan pisang goreng cicah sambal kicap. Semestinya dengan gaya rambut terbarunya.

Oh Tuhan

Apakah maksudnya gua bermimpi bertemu Pjoe yang sedang makan pisang goreng diselera semarak?

Sesiapa saja, tolong tafsirkan mimpi gua tersebut.

Heh!

Manusia dan manusia 6

Bila aku fikirkan
Aku fikir seharusnya tak perlu untuk memikirkannya

Telah engkau terseret dengan sebegitu jauh
Tersasar dari apa yang sepatutnya menjadi halatujumu

Pandanglah pada sekelilingmu
Dan kisahkan kepada aku

Adakah apa yang baik buatku
Juga baik buatmu?

Tuesday, February 17, 2009

Gula-gula getah

Ada bermacam jenis, beraneka warna dan pelbagai rasa. Bagus untuk dikunyah kerananya dapat menguatkan otot muka serta menghilangkan bau mulut dan mengantuk.

Tapi

Kalau dah lepas kunyah, gula-gula getah dah jadi tawar lepas tu lu suka-suka buang kat atas karpet memang la binatang namanya.

Bodoh

Abis jahanam stokin baru gua

Kalau gua dapat orang yang suka-suka hati buang gula-gula getah kat atas karpet tu memang gua tak cakap banyak dah, gua gigit je halkum dia.

Friday, February 6, 2009

Manusia dan manusia 5

Ceritakan kepada gua, bagaimanakah caranya untuk memikirkan berbagai perkara dalam satu-satu masa?

Gua tengah kusut.

Kepada jiwa yang berduka, ampunkan dan ampunkan.

Gua hanyalah seorang manusia yang serba hina.

Ampunkan dan ampunkan.