Monday, October 26, 2009

Mari Balik Kampung

Dari Skudai ke Kelantan, antara melalui jalan Yong Peng - Segamat dan Kota Tinggi - Mersing, yang mana lebih dekat kalau dikira jaraknya secara kilometer?

Siapa yang terbaca entri ni dapat menghurai persoalan yang sedang berputar-putar kat dalam kepala gua ni?

Sebabnya, malas juga gua nak menunggang dan menyeksa enjin motor gua tu lama-lama, sorang-sorang pulak tu. Dah orang lain 11/11/2009 baru habis paper, gua 4/11/2009 dah settle dah.

Tapi apa yang lebih pentingnya sekarang ni, kemana hilangnya nota gua? saat-saat mendebarkan macam ni la dia nak hilang, tahi punya nota.

Dah, esok gua dah first paper, lu orang semua tadah tangan, doakan gua selamat dan berjaya.

Terima kasih.

Gua doakan semoga Tuhan sentiasa merahmati lu semua.

Amiiin..

Tuesday, October 20, 2009

Cerita Yang Sudah Tiada Siapa Mahu Ambil Peduli

Mata kita tidak buta, cuma cahaya yang tidak menyuluh arah kita.

Cahaya yang dipadam oleh mereka yang rantai pada tangan kita, kuncinya ada pada mereka.

Cahaya yang dipadam sinarnya kerana mereka lebih bahagia melihat kita kegelapan.

Di setiap detik kehidupan, manusia tidak dapat tidak mesti dan terpaksa untuk membuat keputusan. Namun dengan lumrah kehidupan kita seperti sekarang, apa yang kita dapat bukanlah apa yang terbaik buat kita kerana mereka yang memutuskannya dan itulah apa yang terbaik buat mereka. Walau mereka tidak dan tidak pernah akan sedar gelojoh serakah mereka bakal membunuh kita.

Mata kita dibutakan, telinga kita ditulikan.

Kita dilambung-lambung didalam arus yang direka-reka, dan kita akan terus kekal menerima semua itu sebagai suatu kehidupan, dan bagi sesetengah dari kita tiada kehidupan yang lebih baik selain dari ini.

Maka kita tidak akan lagi merasa janggal untuk menjadi dangkal.

Kami telah terlalu lama dibelenggu sehinggakan kami berubah kepada manusia yang sudah terlupa bagaimana untuk menjadi manusia.

Jika kunci itu belum kamu buangkan, ambilkan dan bukakan rantai ditangan kami. Biar kami lepas bebas, biar kami dapat pelajari kembali apa yang telah kami lupakan, untuk menjadi kami yang sepatutnya.

Monday, October 5, 2009

Ular juga diantara kesemuanya, berotak dan berakal.

Kerana ular dengan sungguh-sungguhnya mengatakan

"memang makanan aku"..

dan diulangi lagi

"memang makanan aku"..

Sementara yang lainnya, dengan mudah dan tanpa berfikir panjang menuding jari kepada orang lain. Maka terserlahlah akan kedunguan mereka semua.

Bangau contohnya, menidakkan kedangkalan dan kemalasan diri sendiri dengan meletakkan kesalahan kepada ikan, dan ikan kepada rumput yang tinggi.

Nah sekarang, sifat seperti ini dimana dengan mudah dapat kita lihat? atau mungkin kita alami dengan sendirinya, dimana?

Namun berhati-hatilah, walau ular itu bijak namun dalam ajaran sesetengah kultus ular itu digambarkan sebagai makhluk lambang kejahatan.

Sedang molek benarlah.