Sunday, April 4, 2010

Gun For Hire



Dalam masa setahun ni, cuba senaraikan apa benda yang cemerlang? keh keh keh..

Orang surat khabar ni pun, mengampu tak agak-agak. Jatuh muflis gamaknya kalau tak buat macam ni.

*****

Ada seorang bloger tu, namanya cukup dikenali lantaran banyaknya isu-isu hangat yang cuba diutarakannya. Benar ataupun tidak, maka biarlah Tuhan sahaja yang menentukannya.

Suatu ketika dahulu, dia cukup disegani kerana berani dan lantangnya dia memperkatakan kebenaran melalui penulisannya. Tapi sekarang ramai sungguh yang beranggapan bahawa penulisannya penuh dengan batil dan tipu muslihat. Jika dahulu penuh dengan pujian dan penyanjungan, sekarang sarat dengan hentakan dah tohmahan.

Akibat tidak berpuas hati dan tertanya-tanya, maka saya tanpa berselindung telah menanyakan perihal kemusykilan saya diruangan komennya. Tidak saya nafikan nada pertanyaan saya agak sinis bunyinya, namun jawapan yang saya tunggu tidak juga kunjung tiba.

Dan suatu ketika, sedang saya meninjau-ninjau isi kandungan ruangan blognya, mata saya tertacap pada satu baris ayat yang bermaksud bahawa dia tidak akan menyiarkan komen-komen yang boleh mengundang persepsi negatif kepadanya. Adakah dia tidak sedar bahawa setiap hari dia disumpah seranah?

Jika dia boleh dengan sewenangnya mempertikaikan keperibadian seseorang yang begitu tinggi martabatnya pada pandangan saya, maka apalah salahnya saya yang sekecil-kecil dan sehina-hina manusia ini mempersoalkan tindakannya yang nyata sesuai digambarkan sebagai berpaling tadah itu?

Maka hati kecil saya berbisik kepada diri saya sendiri

"berani kerana benar".

Saturday, April 3, 2010

Tahi Kucing

Tadi masa tengah tunggu hujan reda kat bus stop tadi, macam-macam idea datang nak menulis. Banyak pulak tu, pasal itu pasal ini.

Bila dok mengadap laptop sekarang ni, satu habuk pun tak keluar nak taip.

Sokmo gitu, sakit sungguh hati gua.