Wednesday, December 23, 2009

Writer Block (Konon)

1. Baguk beli laptop baru, 2 hari tak hilang sengih dia. Macam shilake..

2. Perut tengah ketat, baru lepas melantak.

3. Kenapa lepas berbulan-bulan enjin jet hilang baru boleh perasan? mula-mula seketul, lepas tu 2 ketul. Entah-entah lepas ni jadi 7 ketul pulak, najib baik ko jawab, ko kan menteri pertahanan.

4. Johor ni baru nak masuk musim bah agaknya, hari-hari hujan. Sedap betul tido.

5. Perut tengah ketat, baru lepas melantak.

6. No. 2 dengan no. 5 sama, saja tulis nak bagi nampak banyak.

7. Kerja tengah banyak, orang lain tak sibuk gua sibuk. Ponter tak naik-naik juga, makin turun ada la.

8. Baguk macam shilake.

9. Dah la, baik lu orang pegi baca Quran, dapat juga pahala.

Monday, November 23, 2009

Jenis Perangai Minta Penendang

Antara genius dan bebal nak mampus, dimanakah letaknya Yusof Haslam?

Genius?

Cuba perhatikan corak filem-filem arahannya. Terutamanya gerak khas, polis-polis menyiasat berdasarkan laporan dan statistik surat khabar. Kalau kilang surat khabar terbakar, bermaharajalela penjenayah dinegara 1 malaysia ni gamaknya. Damn. Cuba la tiru James Bond sikit, menyiasat pakai otak. Baru la orang nak tengok pun ada rasa. Kalau dulu ada 2 ekor detektif bergaduh, sekor cakap cina sekor cakap India. Huh macam tahi, tak 1 Malaysia langsung.

Tapi kalau perhati lagi, mungkin si Yusof Haslam menyindir PDRM agaknya dalam segi penyiasatan. Penyiasatan yang tak cekap, sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi pengebom Al-Tantuya. Sama macam menyiasat pakai surat khabar. Tak ditulis dalam akhbar maka tak dapat nak siasat. Oh..genius.

Bebal nak mampus pulak?

Tengoklah sendiri drama sembilu. Lepas bergaduh berbaik. Lepas berbaik bergaduh. Macam tu lah keadaannya sampai penonton naik jemu. Last-last bercerai barai. Penutup ceritanya pulak kalau hero tak bunuh penjahat, mesti mero mati. Penjahatnya pulak kalau tak kena bunuh dengan hero atau kena tangkap polis mesti dia automatik jadi insaf. Dah insaf, kopiah atau songkok tu wajib, pulak dah. Jenis cerita yang merepek-repek. Mat kacau mesti boikot cerita macam ni.

Tapi kalau perhatikan balik, senario ni sama la jugak macam senario politik negara kita. Ahli politik bergaduh sampai timbul urat leher, lepas tu mesti berbaik. Dah berbaik cari lagi isu nak bercakar balik. Gua tampar jugak dua-dua ni kang bodoh jugak jadinya nanti. Ada sesetengah ahli politik tu sekejap-sekejap jadi menteri tu, sekejap-sekejap jadi menteri ni. Tak pernah tetap dengan satu-satu benda, macammana nak maju kalau macam ni?

Semua orang nak jadi tu nak jadi ni. Ibrahim Ali je nak jadi katak puru. Terlompat sana terlompat sini.

Haih.. rasa tak tenteram jugak.

Apa saja boleh berlaku dalam dunia pada hari ni, dalam jangkaan dan luar jangkaan. Politik? Dalam politik, mana-mana parti sekalipun kuasa yang akan bercakap. Dan kuasa didalam politik adalah wang. Oh..bukan politik saja hatta dalam kehidupan seharian pun wang adalah satu bentuk kuasa.

Bercakap pasal kuasa wang.

Pagi tadi pagi-pagi lagi gua ke pasar. Nak cari ulam-ulam hajatnya. Berpusing-pusing dalam pasar ternampak pulak orang jual ubi stelo. Kepala dah terbayang ubi stelo rebus cicah kelapa. Ciken cop tolak tepi. Ada 1 kilo je ngam-ngam, RM 2.00 sekilo. Gua dah suruh budak penjual ubi tu bungkuskan. Tiba-tiba datang seorang awek yang dah jadi bini orang gua syak. Tergopoh-gapah.

adik..wi ko kak la ubi tu, kak baya 3 riyal. Nih amik duit nih”..

Budak penjual ubi tu pun hulur la ubi tu kat awek tu. Abis gua macammana ni? Takkan gua tertewas kerana seringgit? mentang-mentang awek tu charee kata orang johor.

Jahanam punya budak penjual ubi, dasar materialistik.

Saturday, November 7, 2009

Gua Ada Kebolehan Untuk Membaca Gerak Bibir

Tadi masa Halim Napi lalu depan KJ, gua tengok bibir dia sebut

"hey motherfucker.."

"ya saya.." balas si KJ

Apa-apalah.

Monday, October 26, 2009

Mari Balik Kampung

Dari Skudai ke Kelantan, antara melalui jalan Yong Peng - Segamat dan Kota Tinggi - Mersing, yang mana lebih dekat kalau dikira jaraknya secara kilometer?

Siapa yang terbaca entri ni dapat menghurai persoalan yang sedang berputar-putar kat dalam kepala gua ni?

Sebabnya, malas juga gua nak menunggang dan menyeksa enjin motor gua tu lama-lama, sorang-sorang pulak tu. Dah orang lain 11/11/2009 baru habis paper, gua 4/11/2009 dah settle dah.

Tapi apa yang lebih pentingnya sekarang ni, kemana hilangnya nota gua? saat-saat mendebarkan macam ni la dia nak hilang, tahi punya nota.

Dah, esok gua dah first paper, lu orang semua tadah tangan, doakan gua selamat dan berjaya.

Terima kasih.

Gua doakan semoga Tuhan sentiasa merahmati lu semua.

Amiiin..

Tuesday, October 20, 2009

Cerita Yang Sudah Tiada Siapa Mahu Ambil Peduli

Mata kita tidak buta, cuma cahaya yang tidak menyuluh arah kita.

Cahaya yang dipadam oleh mereka yang rantai pada tangan kita, kuncinya ada pada mereka.

Cahaya yang dipadam sinarnya kerana mereka lebih bahagia melihat kita kegelapan.

Di setiap detik kehidupan, manusia tidak dapat tidak mesti dan terpaksa untuk membuat keputusan. Namun dengan lumrah kehidupan kita seperti sekarang, apa yang kita dapat bukanlah apa yang terbaik buat kita kerana mereka yang memutuskannya dan itulah apa yang terbaik buat mereka. Walau mereka tidak dan tidak pernah akan sedar gelojoh serakah mereka bakal membunuh kita.

Mata kita dibutakan, telinga kita ditulikan.

Kita dilambung-lambung didalam arus yang direka-reka, dan kita akan terus kekal menerima semua itu sebagai suatu kehidupan, dan bagi sesetengah dari kita tiada kehidupan yang lebih baik selain dari ini.

Maka kita tidak akan lagi merasa janggal untuk menjadi dangkal.

Kami telah terlalu lama dibelenggu sehinggakan kami berubah kepada manusia yang sudah terlupa bagaimana untuk menjadi manusia.

Jika kunci itu belum kamu buangkan, ambilkan dan bukakan rantai ditangan kami. Biar kami lepas bebas, biar kami dapat pelajari kembali apa yang telah kami lupakan, untuk menjadi kami yang sepatutnya.

Monday, October 5, 2009

Ular juga diantara kesemuanya, berotak dan berakal.

Kerana ular dengan sungguh-sungguhnya mengatakan

"memang makanan aku"..

dan diulangi lagi

"memang makanan aku"..

Sementara yang lainnya, dengan mudah dan tanpa berfikir panjang menuding jari kepada orang lain. Maka terserlahlah akan kedunguan mereka semua.

Bangau contohnya, menidakkan kedangkalan dan kemalasan diri sendiri dengan meletakkan kesalahan kepada ikan, dan ikan kepada rumput yang tinggi.

Nah sekarang, sifat seperti ini dimana dengan mudah dapat kita lihat? atau mungkin kita alami dengan sendirinya, dimana?

Namun berhati-hatilah, walau ular itu bijak namun dalam ajaran sesetengah kultus ular itu digambarkan sebagai makhluk lambang kejahatan.

Sedang molek benarlah.

Saturday, September 19, 2009

Untuk Semua Kaum Muslimin Dan Muslimat

Selamat menyambut hari raya aidilfitri.

Semoga hari raya yang bakal tiba akan membawa kegembiraan, keceriaan dan keberkatan kepada kita semua.

Kepada yang akan memandu pulang ke kampung, berhati-hati dijalan raya.

Kepada rakan-rakan, saya meminta maaf untuk segala yang tidak menyenangkan.

Kepada umi dan abah, saya minta maaf dari hujung kaki ke hujung kepada, halalkan makan minum saya, halalkan kemudahan yang umi dan abah bagi, halalkan setiap sen duit yang umi dan abah berikan.

Kepada ALLAH s.w.t, ampuni dosa saya yang jahil ini, berikan saya kekuatan untuk mengikut kehendakmu, berikan juga saya kekuatan untuk menghindar laranganmu.

Selamat berhari raya, saya akan sibuk dengan majlis pernikahan.
...
...
...
...
...
sepupu saya.




p/s: 'saya' untuk selamat hari raya.