Monday, January 31, 2011

Doa Buat Sahabat

Apalah khabarnya sahabat saya, Tengku Hanif di Mesir sekarang ini. Semoga sahabat saya yang seorang itu sentiasa dalam lindungan ALLAH S.W.T.

Disaat keriuhan pergolakan politik akibat dari gerakan revolusi rakyatnya, dan kesungguhan kebangkitan rakyat Mesir mempamerkan solidariti kerakyatan mereka, entah sahabat saya yang seorang itu mampu untuk aman seperti sebelumnya atau tidak. Semoga sahabat saya yang seorang itu sentiasa dalam lindungan ALLAH S.W.T.

Tapi berada sendiri didalam keadaan kacau bilau seumpama itu, disaat era pra revolusi bagi saya adalah merupakan satu peluang yang paling berharga dalam hidup seseorang. Disaat seperti itulah pepatah yang berbunyi "hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik di negeri sendiri" akan menunjukkan maknanya yang sebenar-benar.

Namun oleh kerana Che Guevara dan The Clash tidak pernah lekang dari ingatan sahabat saya, maka saya mendoakan semoga sahabat saya yang seorang itu akan sentiasa berada didalam lindungan ALLAH S.W.T.

3 comments:

sharamli said...

mend0akan mereka jugak

VFN said...

semoga mereka selamat sampai ke msia :)

Anonymous said...

salam salhe...
sakit kali ke-3...plg dasyat...:(
farhe xde cite pape ke? :)
meh cni no fon...no fon dlm anset seme hilang...xleh kol sape2 pon..haha :)