Saturday, June 20, 2009

'Selamat Datang'..Ucap Skudai Penuh Sinis.

Ya, gua berjaya dalam permohonan untuk melanjutkan pelajaran.

Terima kasih Tuhan.

Sekarang gua tengah menunggu surat tawaran berserta segala mak nenek borang itu dan ini yang masih belum sampai ketangan gua, tarikh lapor diri adalah 28 jun. Tinggal lagi 7 hari.

Dengan pemeriksaan kesihatan, pengesahan itu pengesahan ini, setem hasil lagi, bla bla bla macam-macam lagilah. Habis projek gua kat rumah ni siapa mahu uruskan?.. Minta-minta semua sempat gua selesaikan.

Hoi Khaled Nordin, tidak terfikirkah lu akan kekalutan yang bakal gua lalui nanti? atau mereka-mereka yang sekapal dengan gua akan lalui nanti?

Otak udang!

Wednesday, June 17, 2009

Manusia Setengah Dewa

Wahai Presiden kami yang baru
Kamu harus dengar suara ini
Suara yang keluar dari dalam gua
Gua yang penuh lumut kebosanan

Walau hidup adalah permainan
Walau hidup adalah hiburan
Tetapi kami tak mahu dipermainkan
Dan kami juga bukan hiburan

Turunkan harga secepatnya
Berikan kami pekerjaan
Pasti ku angkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Masalah moral masalah akhlak
Biar kami cari sendiri
Urus saja moralmu urus saja akhlakmu
Peraturan yang sihat yang kami mahu

Tegakkan hukum setegak-tegaknya
Adil dan tegas tak pandang bulu
Pasti ku angkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Turunkan harga secepatnya
Berikan kami pekerjaan
Tegakkan hukum setegak-tegaknya
Adil dan tegas tak pandang bulu
Pasti ku angkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Wahai Presiden kami yang baru
Kamu harus dengar suara ini


**********

Kemaskini : Ini adalah hasil karya yang telah gua salin dan tampal yang telah diceduk dari lirik lagu nyanyian Iwan Fals, salah seorang penyanyi yang gua gemari. Penulis lirik asal lagu ini tidak pula gua ketahui, tapi besar kemungkinan lirik adalah ciptaan Iwan Fals sendiri. Sila betulkan kalau gua silap dan beliau menyanyi adalah bukan kerana duit yang menjadi alasan nombor pertama.

p/s : Terima kasih bang abdullahjones kerana telah menyedarkan gua, nanti satu masa izinkan gua belanja bang abdullahjones teh halia gelas besar. :-)

Monday, June 8, 2009

Malam ini bulan hampir purnama, indah sungguh ciptaan Tuhan yang satu itu.

Hari-hari cuti seperti hari yang gua lalui sekarang ini terasa benar kosongnya tanpa ada apa-apa perkara yang boleh membuatkan gua sedikit aktif, asyik berkurung dirumah dan cuma sesekali menolong dikedai komputer memang membosankan.

Masa terluang banyak yang diisi dengan termenung dihadapan gelas kopi diwarung, ah..seperti orang tua. Tidak langsung ada perkara yang mampu menarik minat dan merangsang nafsu gua untuk tidak bersahaja.

Mahu mengisi lompong-lompong antara waktu dengan kawan-kawan, masing-masing ada komitmen. Yang dadah dengan dadahnya, yang bekerja dengan kerjanya, yang sudah berbini asyik dengan bininya.

Setiap masa asyik mahu bersama bini, ah..perasaan mahu berbini tu tiba-tiba datang pula. Membuak-buak.

Jadi untuk menghilangkan sedikit kebosanan, malam tadi gua keluar keseorangan. Memandu motosikal tanpa arah tuju menyusur malam yang dengan fikiran yang kosong.

Sehingga tiba-tiba terbit satu akalan untuk ke pantai, gua ke pantai irama. Sesampai disana dan memilih tempat yang sedikit jauh dan terasing daripada ramai orang, gua memanjat dan duduk termenung diatas batu.

Merenung air dan bias cahaya bulan dimuka laut, kosong dan gelap jauh dihadapan sana. Pandang keatas, mata tertacap pada indahnya bulan yang hampir purnama, putih dan cerah. Alangkah baik jika hati gua seputih dan secerah itu, namun hakikatnya tidak. Itulah masalahnya.

Ketenangan sukar dicari jika begitu.

Selang beberapa ketika, bila merasakan bunyi desiran ombak sudah menjadi gangguan dan sudah tidak menenangkan, secepat yang mungkin gua pisahkan punggung dari batu untuk berlalu pergi dari pantai.

Dengan kelajuan sederhana gua kembali menunggang tanpa arah tuju, angin malam laju menerpa ke muka. Dingin, sedingin hati gua bila rasa suka dan sayang sudah dikikis oleh benci dan meluat.

Sambil memandu, fikiran jauh melayang. Teringat kenangan-kenangan lama, suka duka hidup selama mana menghela nafas ini, apa yang bakal gua lalui untuk hari-hari yang akan datang.

Jika ditakdirkan suatu hari nanti gua ada keluarga sendiri, mampukah gua dengan keadaan yang sekarang ini untuk mencorakkan keluarga gua itu dengan warna-warna yang cerah dan menarik. Ah..kusut jadinya.

Macam-macam pula gua ni fikirkan.

Waktu sudah lewat bila gua sampai di rumah, umi membebel tanda prihatin dan sayang. Gua sudah biasa.

Harapan untuk menghilangkan kebosanan memang tidak tercapai, kebosanan yang ada ditambah lagi dengan kemurungan yang tercipta akibat dari berperang dengan segala macam perasaan dan buah fikiran sendiri, berperang dengan diri sendiri. Orang gila.

Kadang-kadang gua sedar yang gua ni terlalu banyak fikirkan perkara yang masih jauh dihadapan, sepatutnya lebih fokuskan kepada hal didepan mata.

Adakah ini permainan alam dewasa, atau gua takut dengan kedewasaan?

Haram Zadah..!!!

Semalam tengah ralit gua menziarah blog, terjumpa satu blog ni. Sila klik disini.

Entah dari celah bedah mana datangnya.

Lepas terbaca sikit, gua jadi pening, kembung perut dan loya.

Malang sungguh, boleh buat orang sakit rupanya blog ni.

Semoga Tuhan bukakan pintu hatinya untuk menjadi orang terlebih dahulu, kemudian barulah menjadi sesuatu yang ada gunanya.

**********

Hah kamu..banyak mana jemputan kenduri yang kamu dapat musim-musim cuti sekolah ni?

Thursday, June 4, 2009

Pasir Puteh - Kuala Terengganu - Kuantan - Kuala Lumpur - Ipoh - Kuala Kangsar - Cameron Highland - Grik - Pasir Puteh

Penat, letih, nak marah orang.

Penat, letih, nak mandi dan makan.

Penat, letih, nak tidur.

Aduh, seksa juga ye jadi pemandu orang bercuti ni.

Abis gua yang tengah bercuti ni macammana?

Serupa tak cuti langsung..dahla, gua nak pergi tidur.

Selamat malam.