Monday, June 8, 2009

Malam ini bulan hampir purnama, indah sungguh ciptaan Tuhan yang satu itu.

Hari-hari cuti seperti hari yang gua lalui sekarang ini terasa benar kosongnya tanpa ada apa-apa perkara yang boleh membuatkan gua sedikit aktif, asyik berkurung dirumah dan cuma sesekali menolong dikedai komputer memang membosankan.

Masa terluang banyak yang diisi dengan termenung dihadapan gelas kopi diwarung, ah..seperti orang tua. Tidak langsung ada perkara yang mampu menarik minat dan merangsang nafsu gua untuk tidak bersahaja.

Mahu mengisi lompong-lompong antara waktu dengan kawan-kawan, masing-masing ada komitmen. Yang dadah dengan dadahnya, yang bekerja dengan kerjanya, yang sudah berbini asyik dengan bininya.

Setiap masa asyik mahu bersama bini, ah..perasaan mahu berbini tu tiba-tiba datang pula. Membuak-buak.

Jadi untuk menghilangkan sedikit kebosanan, malam tadi gua keluar keseorangan. Memandu motosikal tanpa arah tuju menyusur malam yang dengan fikiran yang kosong.

Sehingga tiba-tiba terbit satu akalan untuk ke pantai, gua ke pantai irama. Sesampai disana dan memilih tempat yang sedikit jauh dan terasing daripada ramai orang, gua memanjat dan duduk termenung diatas batu.

Merenung air dan bias cahaya bulan dimuka laut, kosong dan gelap jauh dihadapan sana. Pandang keatas, mata tertacap pada indahnya bulan yang hampir purnama, putih dan cerah. Alangkah baik jika hati gua seputih dan secerah itu, namun hakikatnya tidak. Itulah masalahnya.

Ketenangan sukar dicari jika begitu.

Selang beberapa ketika, bila merasakan bunyi desiran ombak sudah menjadi gangguan dan sudah tidak menenangkan, secepat yang mungkin gua pisahkan punggung dari batu untuk berlalu pergi dari pantai.

Dengan kelajuan sederhana gua kembali menunggang tanpa arah tuju, angin malam laju menerpa ke muka. Dingin, sedingin hati gua bila rasa suka dan sayang sudah dikikis oleh benci dan meluat.

Sambil memandu, fikiran jauh melayang. Teringat kenangan-kenangan lama, suka duka hidup selama mana menghela nafas ini, apa yang bakal gua lalui untuk hari-hari yang akan datang.

Jika ditakdirkan suatu hari nanti gua ada keluarga sendiri, mampukah gua dengan keadaan yang sekarang ini untuk mencorakkan keluarga gua itu dengan warna-warna yang cerah dan menarik. Ah..kusut jadinya.

Macam-macam pula gua ni fikirkan.

Waktu sudah lewat bila gua sampai di rumah, umi membebel tanda prihatin dan sayang. Gua sudah biasa.

Harapan untuk menghilangkan kebosanan memang tidak tercapai, kebosanan yang ada ditambah lagi dengan kemurungan yang tercipta akibat dari berperang dengan segala macam perasaan dan buah fikiran sendiri, berperang dengan diri sendiri. Orang gila.

Kadang-kadang gua sedar yang gua ni terlalu banyak fikirkan perkara yang masih jauh dihadapan, sepatutnya lebih fokuskan kepada hal didepan mata.

Adakah ini permainan alam dewasa, atau gua takut dengan kedewasaan?

27 comments:

BudAk hijAu said...

1st-pantai irama kt mana bro...?cm best je..

2nd-rilex..jg pk sngt...just go wif da flow...

mrblind said...

lain macam je bunyi..dah sampai seru la tu..hehehe..

Teha said...

sungguh jauh pemikiran anda :)

tapi mmg time cuti ni bosan pun.. haihh

yuyu said...

bunyi cam jiwa kacau..

Jard The Great said...

carik keje part time.. hehehe

pye:rudz said...

aku rasa kau takut dewasa (dalam hati: kehkehkeh)

insan kerdil said...

persoalan y kdg2 susah untuk dirungkaikan..
mse kcik lagi best, x yah nk pk pape..mkin lama hidup, makin byk dosa.

nuyuljana said...

huhu.

sudah cukup matang la tuh!

bile buleh dapat kad jemputan anda?

haha.

syfasendat said...

ewah, bukan main nak berbini.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

uhh...besh wo jadi dewasa...

Basuh Baju said...

selamat...mencari..haha

ShaZMi said...

dah tak lama la tu...

penanya (?) said...

lelaki rupanya kau ni!!

SATIRA + KACAU said...

Purnama di negeri Sdr lebih indah dari purnama di negeri lain. Mungkin Kedah juga.

Satira + Kacau

S.YanaZ said...

gua doakan,k.

S.YanaZ said...

doakan semoga kedewasaan itu membahagiakan...

balqissy said...

itu menunjukkan kamu sudah mula berfikir untuk menjadi dewasa.
dan, ingat ini. sila jadi dewasa yang seronok. yeah!

balqissy said...

itu menunjukkan kamu sudah mula berfikir untuk menjadi dewasa.
dan, ingat ini. sila jadi dewasa yang seronok. yeah!

terrarosa said...

kawe pun dah mula runsing ni...
ada ke permainan alam dewasa ?

wahahaaaa...

Dzulkarnain Mohamad said...

bila dah dewasa ni. kadang2 pelik bila memikirkan macamana mak ayah kita dapat melalui segala2nya selama ini demi sebuah kehidupan..

mampukah kita..? (soalan penambah tensen..) hahaha

Anonymous said...

relex dulu...don hav 2 thnk much..
study, work, earn some money..then married...
life is much happier than u ever thnk...chill bro..

Anonymous said...

lu dah mimpi basah belum ni?

kakak gua yg keje DBP mesti marah kalau dia baca 'memandu motosikal' tu!

abuyusof said...

kita semua pun sama..

StingRay said...

muka ganas....



hati taman....

F A R Y N said...

syg,sila jadi driver i eh...
anta & jemput i blk dari keje...

bokbon said...

budak hijau
pantai irama dekat bachok, kelantan. sotong goreng dia sedap.

mr.blind
entahlah, haih..

Teha
gua dah isi kebosanan tu dengan 'bina badan'.

yuyu
yuyu lama tak nampak lu, cendol jom.

jard the great
dah ada dah, surf internet keje part time gua.

pye:rudz
memang takut, nak besarkan anak orang macam mana la nanti (kehkehkeh!)

insan kerdil
great power comes with great responsibility.

nuyuljana
ewah..nak sangat nampak, jom kawen. nak?

syfasendat
benda sedap sapa tak gelojoh, heh..heh..he..

akupentoi
harap-harap betul la best, harap sangat ni..

bokbon said...

basuh baju
lu nak tolong carikan?

shazmi
apa yang tak lama, tak paham la..

penanya
silap, patut tambah sejati kat belakang tu..

satira+kacau
itu memang benar saudara, saudara memang hensem!

S.yanaz
Amiiinn..lu mesti seorang awek yang cun.

balqissy
gua nak jadi bapa mithali.

terrarosa
tak tahu la, minta-minta takde. hahaha!

Dzulkarnain Mohamad
haih..lu memang nak kena la beb, heh!

anonymous
hidup itu singkat saja, patut juga kalau nak runsing heh!

hidemichi
baca betul-betul heh..heh..he..

abuyusof
kita hamba saja.

stingray
dani filth pun tahu nak ada bini weh, haha!

faryn
ala..nanti orang cop lu jadi minah rempit macammana? gua mana ada impreza.hehe!