Wednesday, December 22, 2010

Lisa Surihani

Hari ini, rata-rata orang sudah mula mahu bebas dari sebarang bentuk kongkongan yang membelenggu diri. Di Malaysia, perkara yang paling nyata sekali adalah kebebasan untuk bersuara. Walau kita menuduh kerajaan terlalu jahat dalam pelbagai bentuk cara, sekurang-kurangnya mereka masih lagi tidak mengikut jejak langkah Singapura dengan memenjara dan menghukum mereka yang sebebasnya menentang arus.

Akan tetapi, kebebasan yang diperolehi walau bukan secara mutlak ini seharusnya digunakan secara bijaksana dan bukan membuta tuli sehinggakan sanggup mengguna pakai buah mulut atau khabar angin yang disebarkan entah oleh siapa dengan berpandukan kepada perkara tersebut, membuat kenyataan yang jika diteliti sangat diragui kebenarannya.

Sebenarnya, saya amat tertarik dengan komen seorang anonymous yang entah siapa juga yang daripada ayat-ayatnya seakan mahu mengatakan Anwar Ibrahim adalah seorang lelaki 'belaan' musuh-musuh Malaysia yang entah siapa juga. Kerana mengikut perdana menteri saya yang seorang itu, biarlah saya bahasakan dia dengan gelaran manja Pak Jib, mengatakan bahawa negara kita adalah sebuah negara yang selamat. Negara kita adalah sebuah negara yang aman, rakyat tidak perlu khuatir tentang keselamatan kita seMalaysia. Ekonomi kita juga amat kukuh, tambahnya lagi walau harga barangan sentiasa naik disamping pemotongan subsidi diperingkat agensi kerajaan yang teramat banyak disana-sini hinggakan ramai yang mengeluh kepayahan.

Saya andaikan bahawa pengomen anonymous tadi mahu mengaitkan pembelian tanah dan banglo oleh Anwar Ibrahim di Segambut dengan agen asing atau lebih tepat lagi yahudi. Inilah apa yang saya maksudkan diperenggan kedua saya tadi. Jika kita lihat kembali pada zaman sebelum kejatuhan Anwar Ibrahim, semasa beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Pada ketika itu, demi untuk kebaikan dan kelangsungan pemerintahan kerajaan waktu itu, beliau mula menjalin hubungan baik dengan agen-agen dan banker-banker asing. James Wolfensohn, Al Gore, Desmond Tutu dan David Rockfeller adalah antara beberapa nama yang masih ada dalam ingatan saya. Namun pada ketika itu, tiada satu pun daripada media yang banyak ataupun orang perseorangan yang membuat spekulasi yang buruk berkenaannya kecuali akhbar Harakah yang mempertikaikan tindakan Anwar Ibrahim ini. Namun hari ini, selepas kejatuhan Anwar Ibrahim, jawatan dan maruahnya, timbul pelbagai spekulasi serta tuduhan yang mengatakan Anwar Ibrahim adalah antara pengkhianat negara kerana mempunyai hubungan yang baik dengan agen-agen asing yang saya sebutkan diatas. Kebanyakannya yang saya perhatikan datang dari orang-orang barisan nasional sendiri. Saya sebagai rakyat kebanyakan, tidak merasa kasihan kepadanya, akan tetapi saya memandang perkara ini sebenarnya lebih kepada lawak jenaka yang sangat bodoh dan gila.

Dan si pengikut seperti yang saya maksudkan diperenggan kedua saya, jika tidak meneliti sehalusnya babak-babak politik terdahulu, maka akan terus mengatakan Anwar Ibrahim itu sangat jahat dan hanya akan bercakap perkara-perkara yang buruk tentangnya tanpa banyak soal dan berfikir terlebih dahulu. Cukuplah sampai disini, banyak yang ingin saya katakan namun terlampau banyak lagi kerja yang memerlukan perhatian saya yang jauh lebih berfaedah.

Satu perkara lagi sebelum saya sudahi, pengomen anonymous itu juga ada menyebut bahawa pakatan rakyat adalah sebuah parti politik kronisme, "parti politik laki bini" katanya. Sudahnya, hampir seminggu kata-kata itu menjadi bahan ketawa saya dan rakan-rakan. Saya juga mengandaikan pengomen itu adalah seorang penyokong kuat barisan nasional yang saya rasakan hampir sama dengan seekor kambing, pada pandangan hadapannya nampak alim dan berjanggut, tapi bila dilihat pada bahagian belakang nampak batu pelir bergayut-gayut. sekali lagi ketawa saya pecah berderai, keh keh keh.

Dan banyak lagi soalan-soalan lain yang diutarakannya yang menuntut jawapan dari saya. Banyak kenalan yang menegah dan saya sendiri pun tiada keinginan untuk menjawab soalan yang saya rasakan seperti si penanya itu berada didalam kolam tahi, tetapi menuding jari kepada orang lain mengatakan orang lain busuk. keh keh keh.

Oh ya, sebelum saya terlupa. Saya ini bukanlah orang pakatan rakyat jauh sekali penyokong Anwar Ibrahim, satu-satunya benda yang berwarna biru muda yang berada dalam simpanan saya adalah sebuah pemain mp3 yang saya guna untuk mendengar lagu dari album 'Dari Rakyat Untuk Rakyat'.

Dan saya tak mahu bising-bising dengan orang yang entah siapa, lainlah kalau Lisa Surihani. Mengaum juga saya. Grrrrrrr..!!

Wednesday, December 15, 2010

Aktiviti Masa Cuti

Mengerjakan seketul besi buruk yang diberi nama, datsun sunny b110.

harap-harap tak kelaut.

Tuesday, December 7, 2010

Saya Kira

Saya kira, muda-mudi yang menyokong barisan nasional dalam segenap perkara, serta tidak mahu untuk menerima berita-berita kepincangan barisan nasional dalam pemerintahan, adalah muda-mudi yang tidak cerdik malahan bacul.

Saya kira, adalah wajar sekiranya kita muda-mudi yang tidak mahu untuk menjadi tidak cerdik dan bacul, agar berfikiran lebih luas dan terbuka dalam menilai perilaku pemerintah. Ini kerana, selagi masih ada yang mahu menjadi tidak cerdik dan bacul dengan menyempitkan fikiran, selagi itulah kepincangan serta ketidakadilan barisan nasional akan terus berlaku.

Dan saya kira, sudah sampai masanya kita muda-mudi ini menjadi nadi penggerak kepada titik tolak perubahan besar yang akan membawa kesejahteraan kepada kita dan generasi seterusnya.

Ayuh!

Proton Wira, Perodua Kancil

Perkara yang paling teruk tentang kereta buatan Malaysia adalah ianya bukan dicipta oleh mereka-mereka yang ingin menghasilkan kereta yang bagus, sebaliknya ianya dicipta oleh perusahaan-perusahaan automobil yang hanya ingin menghasilkan duit yang banyak.

Sesiapa sahaja yang tidak bersetuju, jelaslah bahawa kamu seorang yang tidak faham apa itu nikmat memandu.

Tuesday, November 30, 2010

Sunyi Sepi



Dreamtale : The Dawn

Lagu ini sebenarnya adalah hasil ciptaan Hans Zimmer dengan tajuk Hummell Gets The Rocket Away dan dicipta khusus sebagai soundtrack filem The Rock. Kemudian sebuah band power metal dari Finland iaitu Dreamtale telah memberi sentuhan baru kepada lagu ini dengan genre yang berlainan daripada genre asalnya. Alah, lebih kurang Metallica dengan Whiskey In The Jar la ye dok?

Dok korek-korek khazanah lama dalam hard disk tadi terjumpa lagu ni, sedap juga layan lagu nih.

Maklumla sekarang tengah solo, errr...maksud aku sekarang tengah sunyi. Sebab orang lain semua dah balik kampung.



Wednesday, November 24, 2010

1..2..3..

light up the stage, please..

Tuesday, October 5, 2010

Mungkin.

Sudah lama benar rasanya aku tidak menjenguk kemari. Malam ini, hati aku terdetik untuk menulis, perkara yang rasanya sudah lama aku tidak praktikkan. Ah..intro macam gampang.

Sepanjang saat aku tiada disini, aku sebenarnya tertanya-tanya kepada diri aku sendiri

"aku memblog kerana apa?"

"aku menulis kerana apa?"

Yang penting, aku bukanlah mencari nama disini. Suatu ketika dahulu, aku adalah seorang lelaki yang marah. Ketidakpuasan hati aku selalunya meliputi perkara yang sangat banyak, mungkin kerana itu aku salurkan rasa marah aku dengan menulis.

Mengenangkan hal itu, aku teringat, abdullahjones pernah mengatakan bahawa seorang bloger adalah bukan seorang bloger jika tidak memaki hamun. Rasanya ada benar disitu. Bila aku perhatikan kembali, entri-entri aku yang lama mengandungi banyak sekali unsur-unsur tidak puas hati dan amarah. Amat jarang sekali aku menulis sesuatu yang menggembirakan.

Dan benarlah juga kata pjoe, blog ini adalah seumpama taman permainan. Sementara kita adalah kanak-kanak, kita bebas untuk memilih setiap jenis permainan yang ada disitu, samada jongkang-jongket, gelungsur ataupun istana pasir. Dan aku memilih jenis permainan yang sesuai dengan kehendak aku.

Jadi sekarang, kerana apa aku tidak menulis? mungkin kerana aku tidak lagi memaki hamun? oh tidak, perkara yang bacul masih tidak terlepas dari maki hamun aku. Atau aku sudah terjumpa permainan baru? itu aku tidak pasti, aku sendiri tiada jawapan untuk itu.

Yang aku pasti, aku sudah tiada minat untuk menulis. Aku tiada berahi untuk menaip segala ketidakpuasan hati aku disini lagi, mungkin aku bukanlah seorang lelaki berjiwa penulis.

Jadi mulai dari sekarang, blog ini mungkin akan berubah wajah.

'mungkin'

.

Friday, July 16, 2010

Ubah Gaya Hidup

Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas adalah salah satu bukti bahawa kerajaan sudah mula goyah untuk membiayai kos pentadbiran negara, pemotongan subsidi pendidikan daripada RM667 juta kepada RM67 juta juga adalah merupakan salah satu dari buktinya. RM600 juta kena potong, banyak tu. Sekarang, cikgu sekolah mana satu yang tak berbunyi lagi?

Kalau dulu, awal persekolahan, setiap kelas mesti ada tong sampah baru, penyapu baru, bulu ayam baru serta semua kelengkapan yang sepatutnya ada didalam kelas diberi yang baru secara percuma. Sekarang, pemadam white board atau black board pun kena kutip duit kelas nak beli?

Kemana duit negara yang dikhabarkan bayak sangat tu? dah habis kena tarah?

Tak lama dulu sibuk dok gebang ekonomi negara kukuh la apa la, kukuh la sangat kalau dah macam ni gayanya.

Nak suruh rakyat ubah gaya hidup? kenapa tak suruh rakyat pakai cawat je, lepas tu tinggal atas pokok makan ubi kayu. lagi la jimat negara.

Thursday, June 10, 2010

Bingkisan Rasa

Selesai solat maghrib tadi, saya keluar dengan hajat untuk mengisi perut yang kelaparan setelah seharian suntuk bertungkus-lumus dipejabat, dunia memang melalaikan.

Saya keseorangan sedang menjamah nasi ketika telefon bimbit saya berdering. Satu pesanan ringkas daripada seorang sahabat sampai kepada saya yang isinya menyatakan begini

"baru saja dapat khabar dari Dompet Dhuafa : ambulan Team Mer-C yang membawa doktor dari seluruh dunia menuju Palestin dibom Yahudi laknatullah, 19 orang syahid, 12 orang doktor Team Mer-C belum ditemukan. Mohon doanya dari semua mu'min / mu'minah. Dari : DDR & Dr. Jose Rizal."

Apa salah mereka-mereka yang berniat untuk membantu warga Palestin yang sangat memerlukan disana sehingga diperlakukan sebegitu rupa?

Apakah pula hak Yahudi keparat untuk melakukan tindakan seperti itu? apa justifikasi mereka? siapa yang membenarkan mereka berbuat sedemikian?

Kenapa pula tiada tindakan untuk menyekat kezaliman tersebut dari mana-mana pihak? dimana badan hak asasi sedunia? tidak sanggupkah mereka bertempik marah untuk perkara ini? apakah yang telah berlaku kepada dunia kita pada hari ini?

Saya baru menjamah setengah pinggan dari makan malam saya, dan selera saya terhenti disitu.

Thursday, June 3, 2010

Kemaskini Setelah Sekian Lama

I sekarang ni bukan apa, i busy sangat you tahu tak?

APK la, PHK la. Meeting sana meeting sini, balik-balik lepak mapley jugak.

Bila nak kaya? nak hidup senang?

Dahla, nak sambung buat BQ pulak. Jahanam punya IR, drawing macam herreeemm..!

Bye.

Sunday, April 4, 2010

Gun For Hire



Dalam masa setahun ni, cuba senaraikan apa benda yang cemerlang? keh keh keh..

Orang surat khabar ni pun, mengampu tak agak-agak. Jatuh muflis gamaknya kalau tak buat macam ni.

*****

Ada seorang bloger tu, namanya cukup dikenali lantaran banyaknya isu-isu hangat yang cuba diutarakannya. Benar ataupun tidak, maka biarlah Tuhan sahaja yang menentukannya.

Suatu ketika dahulu, dia cukup disegani kerana berani dan lantangnya dia memperkatakan kebenaran melalui penulisannya. Tapi sekarang ramai sungguh yang beranggapan bahawa penulisannya penuh dengan batil dan tipu muslihat. Jika dahulu penuh dengan pujian dan penyanjungan, sekarang sarat dengan hentakan dah tohmahan.

Akibat tidak berpuas hati dan tertanya-tanya, maka saya tanpa berselindung telah menanyakan perihal kemusykilan saya diruangan komennya. Tidak saya nafikan nada pertanyaan saya agak sinis bunyinya, namun jawapan yang saya tunggu tidak juga kunjung tiba.

Dan suatu ketika, sedang saya meninjau-ninjau isi kandungan ruangan blognya, mata saya tertacap pada satu baris ayat yang bermaksud bahawa dia tidak akan menyiarkan komen-komen yang boleh mengundang persepsi negatif kepadanya. Adakah dia tidak sedar bahawa setiap hari dia disumpah seranah?

Jika dia boleh dengan sewenangnya mempertikaikan keperibadian seseorang yang begitu tinggi martabatnya pada pandangan saya, maka apalah salahnya saya yang sekecil-kecil dan sehina-hina manusia ini mempersoalkan tindakannya yang nyata sesuai digambarkan sebagai berpaling tadah itu?

Maka hati kecil saya berbisik kepada diri saya sendiri

"berani kerana benar".

Saturday, April 3, 2010

Tahi Kucing

Tadi masa tengah tunggu hujan reda kat bus stop tadi, macam-macam idea datang nak menulis. Banyak pulak tu, pasal itu pasal ini.

Bila dok mengadap laptop sekarang ni, satu habuk pun tak keluar nak taip.

Sokmo gitu, sakit sungguh hati gua.

Friday, March 26, 2010

Hai..Nama Gua Bokbon

Kot-kot la ada yang terlupa, keh keh keh..

Gua akan kembali bersiaran seperti biasa, dah dekat dua bulan gua tak pedulikan blog ni. Kesian dia, kalau bini dah lama dia minta cerai dah. Sebelum ni tugasan gua berlambak-lambak yang nak kena buat, nasib baik semua dah setel dan dah dibentangkan.

*****

Study week dah start, tapi ramai yang amik kesempatan ni nak balik kampung. Tinggal la gua sorang-sorang terkontang-kanting dok kat kolej. Selain basuh baju dan lipat kain, apa lagi benda berfaedah yang gua boleh buat? belajar? nak kena pukul? nanti la dulu..

*****

Sekarang ni macam femes pulak kes dera kanak-kanak dengan bayi ye, hari-hari mesti ada berita macam tu. Tu la si pendera, kecik-kecik taknak mampus bila dah besar nak dera budak kecik pulak.

*****

Apa khabar saiful bukhari sekarang? dah boleh berak secara sempurna dah ke? tak malu punya orang, kehulu kehilir dok jaja cerita lubang dubur kena tala. Gua ingat baik lu jadi lembu la saiful, ada jugak pekdahnya.

*****

Ada macam jahanam tak?

Thursday, February 4, 2010

Kemaskini Ringkas Setelah Sekian Lama 2

2-3 hari lepas terjumpa Mat Yen dekat arked meranti. Terkejut beruk juga gua tengok dia punya penampilan baru ni, berat ke gaya artis dah. Cis, dah pandai pasang badan lu ye yen..

Dia punya body dah makin kecut gua tengok, dulu-dulu circa 2007-2009 (heh..!) gua tengok ada sedikit kembang juga. Kalau pakai baju fit-fit, sikit-sikit nak tahan nafas. Gua tanya apa rahsia, dia kata berdiet sama joging petang-petang. Disiplin mau kuat katanya, tapi gua syak makan julap budak mat yen nih. Dah body lawa-lawa tu, asyik nak mengusha awek sajalah kerjanya. Huh..!

Saja je menulis. Bukan nak promote Mat Yen pun, sikit lagi dia dah nak menikah dah pun. Takde pape nak tulis, bosan kan hidup gua sekarang.

Hah..ha..bizi sebenarnya, katanya yoshz bizi macam mesin basuh.

*****

Dengar-dengar 1 Mac nanti akan ada satu isu lagi pasal minyak, khabarnya pasal rombakan apajadah, rombak kabinet sajalah jib.

Tiap-tiap tahun mesti ada isu pasal minyak ni, macam celaka jugak ye kadang-kadang.

Yang lagi celaka, time minyak naik sibuk dok bising-bising. Time mengundi pangkah yang tu jugak, lembu punya orang.

Dah la, gua nak pegi diet. Nak jadik kempis macam Mat Yen jugak.

Tuesday, January 26, 2010

Kemaskini Ringkas Setelah Sekian Lama

Apa khabar para fellow blogger? dah makan nasik?

Sekadar pemberitauan, mulai dari hari ini gua akan membuang had perbendaharaan kata gua, kata ganti diri yang akan digunakan semasa penulisan disini tidak lagi terhad kepada 'gua' 'lu' sahaja. Mungkin akan berubah kepada 'saya' 'awak' atau 'kau' 'aku', atau bila naik syeikh mungkin menjadi 'ana' ataupun 'anta'.

Diharap perubahan ini akan menaikkan lagi pointer gua sem ini, terima kasih.

*****

Pilihanraya kampus semakin dekat, makanan percuma ada dimerata tempat dan berlambak-lambak.

Cuma berhati-hati dengan plihan makanan percuma anda, ianya penentu masa depan anda. Gua tak kira calon mana, asal ada nasi dengan gulai udang yang besar-besar gua sokong. keh keh keh..

Asta la vista!

Monday, January 4, 2010

Azam Baru

Takde, faham takde?

Asal tahun baru je nak azam baru. Azam saja la, buatnya tidak.
Asal tahun baru je nak sambut macam-macam.
Asal ada apa-apa saja mesti kita pun macam-macam.
Tak senonoh betul.

Betul la kata anti toksin tu, manusia adalah pelumba loneliness yang mengejar happiness.

Dalam konteks tahun baru dan sesetengah orang, guinness.