Tuesday, December 30, 2008

Ini gua nak kasi tahu sikit

Sekarang ni gua menetap di setapak, dekat-dekat flat desa rejang ni ha. Mesti lu tau kat mana.

Dok kat sini memang tak best, apa yang tak best tu memang banyak. Tapi yang paling tak best yang paling buat gua bengang adalah ketidakupayaan kolej ni menyediakan perkhidmatan bertenet. Sekejap ada sekejap takde, bangsat lu tahu.

Time ada, slow nak mati pulak tu. Weh jahanam, nama je universiti teknologi malaysia. Teknologi hapekebenda namanya kalau dah gini?

Jadi kat sini gua nak bagitau la bahawasanya kekerapan gua menghapdet blog cabuk gua ni dah jadi tak konsisten dah. Dia dah jadi cacamurba dah. Dan keupayaan gua untuk mengkomen blog-blog kelolaan bloger yang gagah perkasa serta cantik manis semua sudah berkurangan. Jangan sedih-sedih ye.

Haha..haha..ha..

Tadi masa perjumpaan pertama gua ngan semua rakan sekelas gua, gua punya pensyarah suruh pilih ketua darjah. Gua dengan member-member dah berpakat nak kasi kat Baguk jawatan tu. Tapi apa pasal bila pensyarah gua tanya nak kasi kat siapa, semua awek-awek kelas gua serentak pakat dok jerit gini

"shaaaaaaaaaaaaawwwwnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!"

Nampak sangat gua market kan, heh.

Tapi serius, gua benci jawatan tu.

Dah dah, mat yen dah memanggil-manggil dah tu.

Tata.

Saturday, December 27, 2008

Gua baru sampai kuala lumpur

Dan gua tengah demam saat lu baca entri ni. Dari bentong ke setapak gua kena hujan, bengong jadinya kepala gua.

Tapi apa kes gua datang sini menaip-naip?

Haa..haha..ha..

Esok pagi si A.A.Aziz sampai, nak dok sebilik dengan gua katanya.

Dulu bukan main lagi cakap gua itu la ini la, tengok-tengok apa yang dah jadi sekarang ni.

Haha..haha..ha..

Mat yen, jangan apa-apakan gua ok.

Dah, gua pening. Kesian gua kan.

Sunday, December 21, 2008

Mari ke mari

Semakin hari, semakin tahun ini berlalu untuk pergi meninggalkan kita. Dan semakin tahun depan kemari menghampiri kita.

Apakah yang telah kita buat untuk membiarkan tahun ini pergi meninggalkan kita?

Dan

Apakah persediaan kita untuk menghadapi tahun depan yang sudah semakin hampir?

Aku redha dengan segala apa yang telah berlaku dalam hidup aku pada tahun ini, dan juga tahun-tahun sudah.

Harapan aku, moga pada tahun depan aku akan mampu untuk menjalani hidup dengan lebih baik tidak seperti tahun-tahun sudah. Tiada lagi kegilaan, tiada lagi sisi hitam, tiada lagi kebuntuan.

"ingat..walaupun lorong ini sempit, gelap dan busuk. namun dihujung sana, adanya cahaya yang menanti"

Cukuplah segala cemuhan, cukuplah segala tangisan, cukuplah segala keperitan.

Aku mahu hidup secara aman, aku mahukan kejayaan, aku adalah harapan.

Marilah dikau kemari!

Biar terubat kudis luka dihati.

Jelesnya gua

Bila menatap gambar mereka-mereka di stadium gong badak.

Bila menatap gambar mereka-mereka di masjid kristal.

Bila menatap gambar mereka-mereka di pantai batu burok.

Haih..

Tapi takpe la, ini hari gua dapat kushitani merah siri hole shot.

Nanti gua nyoho sama lu orang ok.





p/s : entri gua dibawah ni, ada member gua sms cakap "that was so not you". Taik lu!..gua tak tau pun mana dia tau ini blog gua dan gua tak tau pun dia baca blog gua.

Saturday, December 20, 2008

Ini adalah...

Komen dari cik siti wan pasa sanda yang gua copy paste kat sini.

Sila baca

Dan pada yang buta masih mengamalakan bidaah, ketahuilah kamu bahawa

"Setiap bidaah adalah sesat"

Riwayat Imam Muslim.

"Bidaah itu lebih disukai iblis daripada kemaksiatan, pelaku maksiat masih ingin bertaubat dari kemaksiatannya, sedangkan pelaku bidaah tidak ada keinginan untuk bertaubat dari kebidaahannya bahkan akan semakin menyukainya."

Ini adalah kerana pembuat bidaah merasakan perbuatannya baik, dan dengan perbuatan bidaah itu dia bermaksud untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. Oleh kerana itu pelaku bidaah tidak pernah terfikir untuk bertaubat kepada Allah dari perbuatannya bahkan dengan kebidaahannya dia mengharapkan pahala.

Firman Allah s.w.t. :

"Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk dia meyakini pekerjaannya itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan?"

Surah Faathir ayat 8.

walau aku suka menyumpah alhamdulillah aku masih tidak dibutakan mata hati.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cik pasa, lu jangan nak jadahkan gua cilok lu punya komen, haha..haha..ha..

Ah, gua sememangnya setuju dengan yang ini. Dan kerana inilah gua sering dianggap songsang, songsang taik lu.

Bangsat, agama pun lu nak takwilkan guna akal.

Ingat, Islam itu adalah undang-undang terikat. Tuhan kata gitu, maka gitu la. Jangan ingat lu lebih tahu dari yang tahu, lebih pandai dari yang pandai.

Lain la gua, naik basikal boleh lepas tangan.

Friday, December 19, 2008

Orang kuat upaya

Kenapa orang kuat upaya? kerana walaupun pahanya dah jadi sebesar lengan gua, dia tetap gagahkan diri ke masjid menunaikan solat jumaat. Gua salute sama beliau.

Selesai imam berkhutbah, dan bilal start iqamah makmun yang dok kat luar-luar tu segera naik ke masjid, bersesak-sesak berebut-rebut untuk masuk ke dalam masjid termasuk la gua. Tu la, awal-awal tanak masuk, hahaha..

Namun gua jadi kaget bila gua tiba-tiba terpandang pakcik kuat upaya tadi dok sorang-sorang kat atas kerusi roda dikaki lima masjid. Dia pandang gua, gua pandang dia. Kesian jugak gua kat pakcik tu.

"aduh, nok wat gano ni?"

Hati gua berkata bila riak muka pakcik tu seakan-akan memberitahu yang dia juga mahu turut serta untuk masuk kedalam masjid.

Namun itu nampaknya tidak boleh

Kerana kaki lima dan lantai masjid itu dipisahkan oleh dua anak tangga yang gua agak setinggi sekaki. Gua tak tahu nak buat apa, jadi gua pandang sajalah pakcik tu dan terus naik ke atas.

Masjid dah besar, boleh muat ribu-ribu orang dalam satu masa. Ada mesin yang kalau tekan keluar air sejuk macam air dalam peti tu kat setiap pintu, ada pustaka yang besar, van jenazah sampai dua,lampu kristal lip lap lip lap, banyak lagi la. Semua yang hebat-hebat.

Tapi tidak mesra OKU.

Gua ingat, ini adalah perkara yang ahli jawatankuasa masjid dah terlepas pandang. Orang kuat upaya macam pakcik tu ramai yang nak ke masjid, tapi takkan sekali pergi kena solat kat kaki lima, dua kali pergi pun kena solat kat kaki lima jugak?

Kalau takde peruntukan, minta dengan wakil rakyat. Tak guna la jadi wakil rakyat kalau sekadar nak bercakap pung pang pung pang kalau benda seremeh itu pun lu takleh nak buat. Tapi kalau lu jadi wakil rakyat hanya sekadar untuk pakai mecedis dan rumah besar, baik lu bunuh diri je gua nasihatkan.

Haih..

Kalau sapa-sapa yang ayah dia ke, sedara mara dia ke yang jadi ahli jawatankuasa masjid. Tolong suruh beri perhatian pada hal ni, ok?

Kita kan manusia, bukan lembu.

Paksaan terhadap gua

Baru je gua berniat untuk sign-out dari blogspot ni, tiba-tiba.

kring!.. kring!.. kring!..henset gua berbunyi, ya gua tak tipu. Memang begitu ringtone henset gua, shah calling.

"mu keno gi jugok kot mana-mana pon, kito nok kumpul skali dengan set-set teganu ni. buke sokmo kito wat konvoi gini"

"tengok la dulu"

Tak lama lepas tu, dua orang lagi call gua. Orang lain-lain. Bermotifkan perkara yang sama seperti shah.

Jawapan gua tetap sama

"tengok la dulu"

Bukan gua tak berminat nak pergi. Masalahnya nak sampai ke sana mau bertangki jugak minyak motor gua tu, memang la minyak dah murah. Tapi gua nak bayar minyak tu pakai apa setan oi? ngan bulu hidung gua? makan kat sana lagi, awek tepi pantai minta belanja aiskrim lagi. Heh..

Tengok la, gua cuba kehel duit dulu. Ada kalu, gua pergi, takde kalu terpaksala korang semua pergi tanpa gua.

Lu semua tengok la, takde gua kalut dorang semua. Haha..haha..ha..

Thursday, December 18, 2008

Alergik

Disuatu petang yang damai, oklah petang semalam. Gua melepak dikedai makan bersama member gua sambil nunggu motor gua diservis.

"kruuk..kruuk"

Berkeroncong pulak perut gua nih, lalu gua pun terus mengorder megi tomyam bersama segelas lagi nescafe o ais , member gua tidak ketinggalan untuk berbuat perkara yang sama.

Kemudian, megi tomyam sampai. Berasap-asap lagi, gua ingat nak tiup, tapi gua teringat nenek gua pernah bagitau yang tiup makanan ni tak baik, jadi gua tak jadi nak tiup megi tomyam gua yang panas berasap tersebut.

Gua pun makan slow-slow. Tak payah bayang ok, memang kelakar muka gua kalau makan makanan yang tengah panas berasap.

Tengah gua sedap berkerut menahan panasnya megi tomyam tu, tiba-tiba member gua ni

"mu boh goni la, koho sedak megi mu"

"nate apo ni?"

"ni la peraso aji-no-moto"

Sambil menghulurkan sebekas kecil perasa cap aji-no-moto kepada gua, alah yang tudung warna oren tu la. Tak reti gua nak bagitau apa tajuk perasa tu. Tapi gua tak berapa terasa nak cuba sangat benda tu.

"tokse eh aku, botok palo bengong"

Dipaksanya pulak gua

"oloh boh sikit-sikit takpo goni, aku dok make sokmo takdok gapo pon"

Sambil tangannya dah merenjis-renjis serbuk perasa aji-no-moto tu dalam mangkuk gua, banyak pulak tu. Sampai tertutup megi gua jadinya ha..gila babi apa dia ni getus hati kecil gua.

Nak tak nak terpaksala gua makan. Gua gaul-gaul dan suap ke mulut, takdela teruk sangat, dan gua makan sampai habis.

Bila gua balik rumah, lepas je solat maghrib. Dah kepala gua ni rasa lain macam, rasa berat-berat sikit. Dada gua jadi berombak, dahi gua berpeluh. Tekak gua terasa mual, perut gua rasa terik-terik je. Ini dah lain dari lain macam ni.

Sampai satu tahap, gua memang dah tak tahan sangat. Gua ke bilik air, gua dok termenung atas baldi, tiba-tiba automatik gua jadi termuntah. Banyak pulak tu, gua basuh-basuh kemudian terus gi baring atas katil gua. Pening toksah cakap la, telan air liur pun dah jadi macam telan anak batu dah.

Esoknya, gua pikir-pikir balik kenapa sampai begitu sekali. Tak lain tak bukan dah ni, perasa aji-no-moto punya pukulan dah, confirm. Sampai begitu sekali kesannya kat gua, tobat dah tak nak makan benda tu lagi. Macam haram jadinya.

Jadi

Kepada sesiapa yang terbaca entri ni dan mahu jadi isteri gua, tak pun mahu jadi tukang masak gua buat seumur hidup lu. Belajarla untuk memasak secara semulajadi, tak perlu tambah apa-apa perasa lebih-lebih lagi perasa aji-no-moto tudung oren tu.

Kalau buat jugak, memang tak sayang gua.

Dunia yang penuh tanda tanya

Semestinya dunia artis.

Pemain bola sepak dan pelakon yang bertepuk tampar hingga terjunam kedalam swimming pool bernikah di thailand.

Gila babi apa yang sedang berlaku ni?

Dah, gua tak kuasa nak taip panjang-panjang.

Buat semak otak gua je dok memikir menatang ni.

Pegi mampus.

Manusia dan manusia

Manusia diciptakan oleh Tuhan dengan pelbagai kerenah dan ragam dan hidup dalam pelbagai kelompok dan set-set sosial yang tertentu. Kesemuanya mempunyai perbezaan dari sekecil-kecil hingga kepada sebesar-besarnya.

Namun mereka semua berkongsi suatu perkara yang sama iaitu etika, yang diciptakan oleh manusia-manusia pemikir seperti emmanuel kant dan yang lain-lain. Ini gua pernah belajar dalam subjek etika profesional. Yang mana pensyarahnya adalah seorang yang sangat suka bercerita namun gua sangat menyukai kelas beliau.

Dan etika, yakni ciptaan manusia. Kadang-kadang gua mahu hidup membelakangkan etika, hidup gua mahu berbeza dari orang kebanyakan.

Gua tidak mahu hidup dibawah telunjuk mereka yang berak kemudian kesat dengan tisu.

Sebolehnya, gua mahu untuk hidup dalam etika yang gua sendiri cipta selagi mana ia tidak menyalahi undang-undang kita sebagai umat Islam.

Salahkah kemahuan gua yang satu ini?

Gua perasan sangat, bila gua menyuarakan pendapat gua berkenaan hal ini kepada teman-teman gua, mereka seakan tidak menyetujui serta melemparkan pandangan-pandangan yang kurang enak kepada gua. Seakan-akan gua telah berbuat sesuatu yang jahat.

Apakah ini kerana gua telah sedikit tersasar dari norma-norma yang mereka jalani?

Gua sekali-sekala ada berdiskusi tentang ini bersama teman-teman gua. Dan mereka-mereka semua seakan berpakat untuk menghentam idea yang gua ketengahkan. Pada mereka, kalah menang dalam sesuatu diskusi adalah lebih penting berbanding diskusi itu sendiri.

Bila lu semua nak jadi manusia?

Harrrkkk ptuuuiiiihhhhh!!!!!!!!

Ada yang marah-marah, ada yang menuduh gua telah hanyut dalam dunia ciptaan gua sendiri.

Tidakkah itu sangat menjengkelkan?

Dan tidak ada seorang pun dari teman-teman gua yang mampu memuaskan hati gua berkenaan hal ini.

Tuesday, December 16, 2008

Gua sedikit peduli

Semakin hari, manusia semakin membesar dan meningkat dewasa. Seiring dengan itu, bilamana manusia berada pada satu tahap dalam kehidupan, akan timbul rasa dijiwanya untuk mengasihi dan dikasihi.

Bercinta, berpacaran, berpasangan, bergewe, bercouple itu semua memberi erti yang sama dan merupakan natijah yang terhasil kesan daripada keinginan yang ingin mengasihi dan dikasihi yang sudah tiada dapat dibendung lagi.

Tetapi ada juga segelintir mereka-mereka yang berbekalkan semangat yang kuat, dapat membendung keinginan itu daripada memuncak dan membuak-buak. Sehinggakan umur 36 tahun pun masih lagi dapat membendung rasa itu, 39 tahun, 43 tahun pun ada.

Ada yang tertewas awal, Rohaya contohnya.

Tsskkkk..sori, gua dah melalut. Berbalik kepada topik asal.

Apa maksudnya bagi lu semua terjebak didalam kancah percintaan ni? Ingin rasa dimiliki? Ingin menampilkan perubahan seiring perubahan fasa hidup? atau sekadar ingin bersuka-suka demi menunjukkan kehebatan bermain-main dengan perasaan manusia?

Ataupun untuk yang sedikit tidak cerdik, munginkah bercinta ini bagi kamu hanya bercakap-cakap di telefon lama-lama? ata bersms setiap waktu dan ketika? atau sentiasa berkepit kesana-kemari seperti belangkas? atau check-in ke hotel murah dan kemudiannya memproses 3gp?

Damn!

Jangan lu tergamak untuk merendahkan nilai cinta.

Namun jika telefon bimbit lu setiap hari sentiasa ditangan, dan sering menaip sms berbentuk

"cyg, dah mandi?"

atau

"dah makan?"

atau

"dok buat pe tu?"

maka

Cinta jenis apakah itu? apakah lu sudah terlalu kemaruk?

Man, u need to grow up.

Tsskkk.

Mistik? wtf?

Namakan aja apa dia

Susuk, Puaka niyang rapik, jangan pandang belakang, misteri nusantara dan entah menatang apa laginya cerita-ceriti yang berunsur mistik. Khabarkan pada gua, rakyat malay-sial mana yang tak minat?

Dan peminat utamanya tentulah.......??

Cerita mengarut begini, bisa menghairankan gua kerananya selalu mendapatkan rating yang tinggi bagi sesebuah penyiaran. wtf? ada unsur ilmiah sangat ke?

Yang pergi berjemaah dimasjid, bila time ada cerita gitu aja. Berlari-lari pulang kerumah, dan dengan kopiah dikepala serta mulut yang meleleh dengan air liur, mata terus tertacap menghadap televisyen. Mistik konon, lu sila pegi main jauh-jauh dari gua.

Maka gua ingin sekali berkata kepada lu dalam slanga remaja urban kuala lumpur

"you dah hilang akal ek?"

Warkah buat Baguk

Kehadapan Baguk yang lama tidak kutemu

bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla

Semoga segala yang telah terjadi akan kekal tersisip didada lu, jadikan ianya pengajaran.
Jangan main api, panas.




yang benar
bokbon

Saturday, December 13, 2008

Apa gunanya akal jika tidak digunakan?

Maka ambil dan lempar sajalah ke laut, kan?

Gua bukanlah manusia tepung yang boleh lu uli sesuka hati lu.

Dan

Hari-hari gua telah kembali hitam.

Friday, December 12, 2008

Mari gua settlekan 3

Gua kena tag lagi, kali ni oleh cik pasa, lagi.

Tapi takpe, disebabkan gua baru lepas makan nasik, mari sini gua settlekan. Sapa-sapa yang membaca entri gua ni, kalau lu semua ada tag yang belum dijawab. Sila jawab segera kemudia tag cik pasa banyak-banyak. Sampai pat lima nam kali pun takpe. Biar dia kelemasan menjawab tag, haha..haha..ha..

Ok, cukup sekadar disitu carutan gua. Meh nak layan tag plak

Sesiapa yang kena tag, 10 sesuatu berkenaan orang yang men'tag' dia.
(berkenaan pengganti fasha sanda)

  1. Nama blog dia The Spiral Eyes
  2. Nenek dia dok teganu
  3. Penah tipu sorang laki-laki nama azman, last-last kantoi. haha..
  4. Seorang cikgu bahasa inggeris
  5. Dah pegi Mekah dah pun (bila gua nak pegi jugak ni)
  6. Pakai jam kaler oren yang gua tak tau jenama hapa
  7. Pernah tersua dengan modes terbuang dikala mengambil angin pantai
  8. Pernah ada pakwe india, tapi clash sebab bola sepak. jadah bola sepak? sekarang ni pakwe dia orang amerika, ada kucing plak tu.
  9. Pernah terlompat-lompat gara-gara dapat hadiah hanset csl.
  10. Ayah dia seorang lelaki yang pakai spek mata.

Orang yang kena tag kena tulis tentang dirinya.
  1. Suka makan nasi goreng sama telur mata cicah kicap cap kipas udang.
  2. Pernah disukai atau digilai laki-laki, macam setan ok pengalaman gua yang itu.
  3. Penggemar peter stuyvesant, skang ni dah jadi kent ok.
  4. Ada 2 henset. 1 celcom, satu lagi pun celcom jugak.
  5. Beragama Islam
  6. Jangan tak tau, gua pernah amik upah ajar budak-budak mengaji.
  7. Mereka-meraka yang berumur lebih tua dari gua, selalu panggil gua abang. Jadah lu?
  8. Masa sekolah menengah, ada seorang lahanat obes memanggil gua hellboy, gara-gara muscle gua yang berketul. hellboy? lu gila?
  9. Pernah satu ketika semasa disekolah menengah gua pegi sekolah pukul 8, lepas waktu rehat je gua balik umah selama 2-3 minggu berturut-turut. tak pernah terkantoi.
  10. Sangat benci kepada manusia yang lembab gila babi ketika berada di traffic light, tak Kuala Lumpur langsung!

At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

Gua tak nak fikir gua mampu untuk tag sampai 10 orang, sikit-sikit cukupla. Ni ha..
  1. Ahmad Azrin Aziz
  2. Datuk seri
  3. Anak cikgu Shaari
  4. Nadiah a.k.a Dinot
  5. saya qaisara
Selamat mengetag!

Thursday, December 11, 2008

Mari gua settlekan 2

1. Do you think you're hot?
hot kemendanya kalau dah misai sampai masuk hidung dulu baru gua nak trim..

2. Upload your fave picture of you


3. Why do you like that picture?
sebab gua pernah dok mencangkung tepi papan tanda tu sambil layan peter stuyvesant.

4. When was the last time you ate pizza
piza? 2-3 tahun sudah, gua memang tak berapa sikit piza ni, nanti makan kena tarik panjang-panjang. susah nak putus.

5. The last song you listen to?
Sultans of swing - dire straits

6. What are you doing right now besides this?
sedang fikir cara tercepat nak slim seslim-slimnya!

7. What name you prefer besides yours?
haji, haji shawn.

8. People to tag:
#1 Azrin Aziz
#2 Dinot
#3 Srikandi
#4 Datuk seri
#5 Faryn

9. Who is number one?
bakal perancang bandar & wilayah. pernah suatu ketika naik berahi dengan botol kosong!

10. Number three is having relationship with?
pakwe dia la, sapa lagi. mana gua tau sapa. raya haji aritu dia eksiden sampai terbelit wayar pam angin kat tayar belakang. rugi gua tak tengok secara live. haha..

11. Say something about number five?
keje bank, esok gua nak buat loan gua cari lu. header blog ada gambar motor 2 stroke, lu rempit?

12. How about number four?
penghuni bumi maya, waiter kat 7/11. beranak kat amerika, ha..apa lagi?

13. Who is number two?
Nadiah binti Ismail, 3DDN. err..lu dah tau sapa gua?

Haa cik pasa, amacam? pantas dan efisien tak gua mengerjakan pekerjaan tag?

Kepada sesiapa yang dah kena tag sama gua. Hutang darah dibayar darah, hutang tag bayar tag!

Dah dah, makin menjadi kembung perut gua ni.

Selamat malam, Assalamualaikum..

Mari gua settlekan 1

Nampak gaya, gua dah tak boleh lari dah. Memang nak kena jawab tag si a.a.aziz ni.

Tag dia tak susah pun, cuma tak senang.

Ni ha,

1. Tangkap @ sertakan 3 keping gambar anda yang anda rasakan paling seksi.
2. Tak semestinya tak berpakaian atau mendedahkan. Mungkin anda rasa senyuman anda masa itu adalah seksi. Sertakan!
3. Nyatakan kenapa gambar itu begitu seksi dimata anda
4. Tag 5 rakan anda yang seksi
5. Selamat berseksi

Agak celaru jugak gua nak buat seleksi gambar, namun akhirnya jumpa jugak. Ini aja yang gua nak bagi, itupun dah cukup!


Abdomen belakang gua yang tegap, walaupun gambar dari jauh dan seakan gambar ni nak ambik gambar kete tapi percayalah ini hanya teknik fotografi, takde rasa nak terkam ke wei?

Ha..selesai sudah gua menjawab tag gua yang pertama sepanjang karier gua sebagai pemblog. Amacam wei?

Gua tak tahu nak tag sapa, jadi sapa-sapa yang ada gambar seksi boleh buat-buat kena tag ngan gua.

Ok?

Gua kena tag lagi

Itu hari gua dah kena tag dengan si a.a.aziz. Ini hari cik pasa sanda plak telah mengetag gua. Nanti la gua jawab.

Mat yen, lu punya tag gua tak tau nak jawab cane. Gua taip-taip, bila masukkan gambar. Otomatik gambar dok atas je, takleh nak letak bawah pun. Naik fedup gua dok godek-godek. Sapa-sapa tolong ajar gua.

Cik pasa, nantila gua jawab tag lu. Hari ni perut gua kembung, sakit.

Sekian.

Suka ek?

Pernah lu semua terserempak manusia yang menjual ubat di kaki lima? Manusia yang pakai akar kayu dilengan bersemutar dikepala sambil menjerit

"ubat kuat! ubat kuat!"

Gua tidak mahu untuk nafikan yang mereka mencari rezeki yang halal, niat gua menulis entri ini bukanlah untuk menabur pasir kedalam periuk nasi mereka. Sila baca dan fahamkan dengan minda yang terbuka. Tapi gua curios, apa kebaikannya? lu tau mana tang baiknya gitu? Kalau betul apa yang diuar-uarkan oleh mereka-mereka itu benar-benar berkesan, kenapa selama puluhan tahun gua menghela nafas ni belum pernah waima sekalipun gua terdengar akan penjual ubat kaki lima yang tersohor dek penangan kemujaraban ubatan jualannya? menerima anugerah pulitzer mungkin.

Kelapa hanyut berwarna hitam sebesar penumbuk yang lu jual jika diletak dibawah katil, akan mampu mengembalikan sensasi malam pertama lu biarpun lu telah lama berkahwin hatta 37 tahun sekalipun. Jadahnya lu?

Bila nak kasi laku lu punya produk, sembang bukan main lagi. Pung pang pung pang, meletup! Yang ralit dok ternganga mendengar tentulah si melayu pertengahan umur. Lu ada krisis pertengahan umur ye? pernah lu tengok cina atau india atau serani dok kerumun peniaga ubat jual ubat kaki lima macam kumbang taik kerumun taik? mesti lu tak pernah kan? gua pun.

Melayu ni kan, orientasi hidup mereka banyak berkisar benda-benda gitu la. Lagi pasal mistik-mistik, pasal batu cincin, hantu jembalang dan banyak lagi la yang gua kira kalau gua tulis satu-satu sampai rosak kibod gua ni pun takkan abis la. Tapi itu kisah lain, lain kali gua cerita ok.

Berbalik pada kisah penjual ubat tadi. Gua kira, itulah dia pemangkin orang-orang kita ni suka untuk berbincang tentang seks. Lebih-lebih lagi mereka-mereka yang berumur, lagi tua lagi menjadi. Lu pegilah mana-mana sekali pun, kalau jumpa lelaki melayu yang agak berumur dok semeja ramai-ramai tak lain yang dorang bincang, seks. Lagi-lagi kalau di kedai kopi waktu pagi. Memang meriah la acara tu kat sana.

Apa yang menjengkelkan gua adalah, mereka-mereka yang kelihatan seakan tersengguk-sengguk namun apabila berbicara tentang seks, macam kete dixon cheng time gear 3, tajam je pegi. Yang nak dapat cucu ke-16 pun sama je.

Ustaz gua pernah kata, orang laki-laki dunia dia dok kat seks la. Takde yang tu, takde la dunia laki-laki. Gua syak dia gersang. Gilo apo?

Kita ni hidup, tuhan jadikan bermacam benda untuk kita terokai. Bukan meneroka hutan dara mencari tongkat ali ok. Tapi kalau dah lu, lu dan lu tiap-tiap pagi gi lepak kedai kopi asyik cerita benda sama yang gua bagitau kat atas tu, apa jadah? Bila lu nak maju kalau asyik begitu?

Bila anak-anak gadis serta anak-anak teruna lu, ditangkap basah lenjan. Ataupun basah lenjan tanpa ditangkap, mengamuk berapi-api la pulak lu ye?

Tau nak salahkan orang. Hoi badigol, lemang kalau lu bakar dalam buluh takkan jadi bentuknya macam lempeng, ngok!

Generasi melayu, yang lu dok sibuk kata rosak sana, rosak sini. Dari mana asuhannya?

Dari lu la jugak.

Dari masyarakat lu.

Melayu.

Ngok!

Wednesday, December 10, 2008

Lap ta li lap tam plom!

Kepada sesiapa yang tak suka merasa bosan, sila abaikan entri ini. Gua tak mahu bertanggungjawab kalau lu tercarut lepas baca entri ni. Ok?

Beberapa hari lepas, ada sorang bloger ni, orang kampung gua. Srikandi. Ada tulis pasal keluarganya tahu pasal dia dengan dia punya 'the chosen one'. Kecoh satu family katanya.

Gua bet, dia taip entri tu sambil senyum tersipu-sipu. Gua syak, mahu tapi malu..

Kisah yang gua nak cerita ni pun, lebih kurang sama la. Tapi kejadian ni berlaku hanyalah beberapa minit sudah.

Nak dijadikan cerita, arini gua rajin nolong umi gua kat dapur. Yela esok rumah gua ada wat majlis sikit, kenala gua pamerkan ringan tulang gua ni. Baru ada modal gua nak pau duit umi gua tu kemudian hari. Amacam, licik tak gua?

Tengah gua dok ralit isi puding dalam bekas, tiba-tiba aje umi gua cakap. Ni baru wat majlis hari raya ni, dah besar gini. Kalau majlis sambut menantu, lagila besar umi buat. Lagi-lagi menantu sulung sambil tersengih pelik kat gua. Eh..apa jadah plak orang tua gua ni, tiba-tiba je.

Gua pun buat-buat fedup

"ah..umi wat la, malas ah"

Gua pun datang ngadap komputer cabuk gua ni, menaip. Inilah hasilnya.

Ha..amacam lu srikandi, umi gua lagi sporting wei.




p/s : sesiapa saja boleh datang umah gua esok, ada makan-makan sikit. sapa tak datang rugi, umi gua memang champion dalam scene masak-memasak ni.

Tuesday, December 9, 2008

It's very good

Lepas sembahyang raya tempohari, semestinya ada khutbah raya. Pastu ada jamuan sikit kat surau.

Tak cakap banyak, gua gi amik bihun sama keropok goreng. Gi cari port, landing situ, hadap.

Tengah gua sibuk menyantap, datang sorang budak ni dok tepi gua. Muka macam anak mustafa kamal. Haha..haha..ha..tau-tau je gua. Gua agak dalam 5 tahun gitu la kot umur dia. Ditanyanya gua

"what do you eat?"

"haa..."

"i said, what do you eat?"

"bihun goreng dengan kopok goreng"

"mee too, its very good, tau tak apa itu its very good?"

"apa?"

Haih..anak sapa la ni, boleh dia tanya gua gitu. Tak ngaji sekolah gamaknya dia ingat gua ni. haha.. tapikan, esok-esok, kalau anak gua gitu, mesti gua best kan?

Tak sangka gua

Raya kali ni kat kampung gua, rasanya sama je kemeriahannya berbanding raya tahun-tahun sudah.

Segala apa yang Pjoe bagitau, memang itulah yang berlaku dan gua nampak. Tapi sume orang-orang tua puji pisau yang gua pakai. Maklum la, pisau dari New Zealand. Haha..haha..ha..

Oh btw, tadi gua join orang kampung gua lapah daging. Saja gua tunjuk muka, tu pun dah ada yang tanya gua

"anok sapo ni?"

Tssskkk.

Nampak sangat gua tak berapa nak market kat kampung sendiri.

Tengah gua ralit dok lapah daging tadi, tiba-tiba ada sorang pempuan datang kat gua sambil dukung anak, senyum kat gua. Gua pun balas senyuman dia, ntah gua belum ingat lagi sapa pempuan tu. Gua sambung lapah daging lagi. Sambil-sambil gua cuba ingat balik sapa pempuan tu.

Tak lama lepas tu, bila dah siap cincang tulang. Pempuan tu datang bagi bekas plastik kat gua

"shawn, tolong boh daging dale bekas ni"

Gua dongak dan perati betul-betul, sapa dia ni. Dalam gua dok termenung tu, tiba-tiba gua teringat. Masa kecik-kecik gua selalu main lompat tali, main 'gelek paro', dan dalam ramai-ramai tu hanya ada sorang pempuan.

Rohaya.

Ya, Rohaya. Dan pempuan yang dukung anak tu adalah Rohaya. Bila lu kahwin weh? gua tak tau pun.

"hey shawn, boh la daging tu"

"ho la, meta"

Siap semuanya, gua basuh tangan dan gi kat Rohaya. Gila lama tak jumpa dia ni, bertanya khabar lebih kurang. Dia kenalkan gua pada suaminya, kami bersalaman. Dan dengan suaminya ada lagi sorang budak kecil, anak mereka.

Ish..dah dua orang anak rupanya. Umur sama je dengan gua.

Begitu cepat masa berlalu. Kawan-kawan gua, masing-masing dah ada haluan hidup masing-masing. Yang berjaya, yang tengah berusaha untuk berjaya, yang tak berjaya langsung, semuanya ada. Masing-masing selesa berada dalam fasa-fasa tertentu.

Haih..dunia ni penuh dengan warna-warni kan.

Untuk Rohaya, selamat berumah tangga dan selamat menjadi ibu.

Suruh anak lu panggil gua uncle shawn.

Monday, December 8, 2008

Lari tune

Ah..rupa-rupanya, gua hanya bimbang semata-mata. Sebenarnya gua tak jadi pergi ke Thailand.

Macammana nak pergi(betul ke gua eja macammana?)..Rantau Panjang tenggelam, air sungai Golok melimpah ruah.

Sedara-mara gua pun semua tak pergi, kesian nenek gua raya sorang-sorang. Datuk gua dah takde, tuan dia dah ambik.

Jadi

"SELAMAT HARI RAYA HAJI MOK"

Ye, gua panggil nenek gua Mok.

Lu semua panggil nenek lu apa?

Bagaimanakah?

Esok gua nak masuk Thailand, ziarah sanak saudara.

Tak susah pun. Buat je border pass, RM10.00 untuk 6 bulan. Apa yang nak kena ada? kena ada kad pengenalan pastu kena ada gambar berukuran passport 2 keping. Eh nanti kejap, gua mana ada dah belen-belen gambar. Gambar last gua aritu guna dah buat kad hijau.

Tapi esok kedai gambar kat sini mesti semua tutup, kedai cina pun tutup.

Cuba lu bagi gua idea, apa gua nak kena buat.

Takkan gua nak masuk secara haram kot? ah..tak pasal-pasal tertukar gua dengan lembu korban.

Kalau gua tak masuk takkan gua nak beraya sorang-sorang kat umah wei?

Ah..gua sampai tak tau dah nak kena sedih ke nak kena gabra ni.

Sunday, December 7, 2008

Aidiladha..korban tak?

Esok, 8 Disember 2008 adalah hari raya Aidiladha.

Maka

Hari ini adalah hari wukuf kepada sesiapa yang menunaikan fardhu haji.

Dan hari ini, adalah hari dimana doa kita sebagai umat Islam diangkat kepada ALLAH S.W.T tanpa adanya hijab.

Dan

Waktu kemuncak untuk berdoa adalah diantara pukul 5.09 petang sehingga 10.38 malam waktu Malay-sial.

Oleh itu

Ingin sekali ana menyeru kepada diri ana sendiri dan juga antum semua supaya memperbanyakkan doa kepada ALLAH S.W.T.

Moga-moga, segala apa yang dihajati oleh antum semua diperkenankan olehNya.

Dan untuk itu

Sukacitanya ana mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua yang menganut agama Islam dimana jua antum semua berada.





p/s : Datuk seri, ana dah buat apa yang anta minta ana buat tempohari. Shisha sedapur barangkali?

Saturday, December 6, 2008

Tradisi Disember

Hujan.hujan.hujan.hujan.hujan.

Panas sekejap

kemudian

Hujan.hujan.hujan.hujan.hujan.

Apapun, gua masih bersyukur. Tiada tanah runtuh disini. Tiada banjir disini. Selamat-selamat semuanya.

Terima kasih Tuhan.

Friday, December 5, 2008

Zahir manusia naluri binatang

Tadi dalam perjalanan balik dari masjid, gua ternampak sorang budak laki-laki menangis kat tepi jalan. Gua berhenti motor, gua pergi sapa dia. Bila dia dongak kat gua, gua nampak bibir dia berdarah. Pipi pun bengkak.

Kesian gua tengok budak tu, gua pegang bahu dia dan pujuk dia supaya berhenti menangis.

"bakpo ni?"

"ada ore amik duit kito tadi, kito tokse wi pahtu dio te kito. pah dio amik blako duit. sepuloh riyal"

Gua tiba-tiba jadi marah bercampur sedih.

Kenapa gua sedih?

Sedih sebab budak tu mengingatkan gua kepada arwah adik gua.

Sedih sebab budak tu cakap duit tu kakak dia bagi suruh beli telur dan sardin, lagi panadol. Sebab mak dia demam. Itu punca gua jadi tersentuh.

Gua ajak budak tu ikut gua, gua bawak pegi kedai runcit. Gua belikan dia telur, sardin dengan panadol sekali. Kemudian gua hantar dia balik rumah.

Sampai kat umah budak tu, kakak dia tengah tunggu kat muka pintu. Mungkin risau sebab budak tu lambat balik. Kemudian mak dia keluar dengan 'koyok' bertampal di kepala. Gua ceritakan apa yang berlaku.

Lu semua tau apa yang berlaku?

Tiga beranak tu serentak menangis sambil si mak memeluk budak tu, gua bukan nak meninggi diri tapi keluarga tu keluarga susah. Gua bagitau begini sebab gua tengok keadaan rumah budak tu.

Gua tak mahu cakap banyak. Gua minta diri dan terus beredar, gua tak mahu air mata gua tumpah di hadapan mereka. Dan air mata gua memang menitis dalam perjalanan gua balik rumah gua.

Gua tak malu untuk mengaku gua menangis, saat gua ingat balik dan tulis entri ni air mata gua masih bergenang.

Celaka lu manusia! celaka!!

Kerana RM 10.00 lu sanggup perlakukan sebegitu rupa kepada seorang anak kecil. Kerana perbuatan jahanam lu itu lu telah mengguris hati seorang ibu, hati seorang kakak dan juga gua.

Hey babi! itu mungkin RM 10.00 terakhir mereka.
RM 10.00 itu mungkin satu-satunya penyambung nyawa mereka ketika itu. Babi lu!!!

Lu zahirkan sifat binatang lu pada tempat yang salah.

Binatang!!!!

Thursday, December 4, 2008

Ni apa jadahnya ni?

Sampai nak berbini pun nak buat iklan suruh sms lu? lu bengap ke? tak cukup-cukup lagi duit yang lu dapat hasil duit kredit sms rakyat Malay-sial ni?

Yang astro tu pun satu hal, bangang! orang-orang yang sms tu dua hal, bangang jugak!

Tolong tunjukkan kat gua, dimana kebaikan semua ni, kalau ada. Kepada yang berkuasa, cukup-cukup la memperbodohkan orang Malay-sial ni. Kepada yang takde kuasa, cukup-cukup la jadi bodoh. Lu tak bosan ke?

Kepada yang sibuk nak sms sempena dia nak berbini ni, sila angkat jari tengah lu kemudian jolok lubang bontot lu sendiri.

Ah..sapa lagi kalau bukan mawi.

hark ptuuiiihhhhh!!!!!!!

Kembara seniman jalanan

"jangan begitu la, mari gua belanja lu burger. gua boleh hutang sama Joe, no problem punya"

Saat dimana Osman cuba memujuk Bujang tatkala Bujang meradang terhadapnya berikutan Osman telah mencilok dompet Bujang.

Dan Joe adalah seorang penjual burger yang sentiasa memakai baju band.

Ah..Pyanhabib, gua tak pernah puas tengok dia jadi Osman Tikus. Juga M. Nasir yang begitu menjadi dengan Bujang. Serta Imuda yang serasi sebagai Joe yang sangat rebel terhadap government yang judgemental.

Gua sangat menikmati filem ni.

Serius, ini filem melayu pertama yang gua tonton sampai habis kemudian ulang tonton dan malam tadi adalah untuk kali yang ke-4.

Semangat gua untuk mencari filem-filem melayu produksi lewat 80'an dan 90'an tiba-tiba datang, tunggu aja.

Seterusnya lu semua

Mari persetankan impak maksima, evolusi kl drift serta apa jadah lagi filem yang nawaitunya hanya duit semata-mata.

Lebih-lebih lagi filem arahan pak jusop selam.

Creet! creet!! creet!!!

Dulu masa-masa free gua selalu pekena lepak sama geng-geng gua kat mutiara cafe.

Ahmad Azrin Aziz tahu kat mana cafe ni, Nadiah Ismail juga tahu. Tapi ini bukan entri pasal lauk kat cafe tu yang tak pernah berubah dari hari pertama gua masuk situ sampai ke hari ni atau pasal tandas cafe tu yang boleh diguna laki-laki mahupun perempuan.

Sila ambil perhatian

Dulu ada awek yang tolong uncle jual roti canai kat cafe tu buat bunyi creet creet kat gua, alah yang kena muncungkan mulut dulu baru boleh buat bunyi tu la. Dan tempat kejadian tu adalah didalam tandas tu. Gua kat sinki, dia baru nak masuk tandas. Lu nak ajak gua buat apa setan? terus gua buang peter stuyvesant gua dan berlari keluar, dah la panjang lagi. Rugi la gua itu hari. Tapi keterunaan gua mesti dilindungi.

Eh, lu orang perasan tak? tadi kan gua cakap entri ni takde pape kaitan dengan tandas kan? tiba-tiba cakap pasal tandas plak. Lantak la, malas dah gua nak edit.

Ceritanya gini, gua tengah lepak semeja dengan geng-geng sekelas gua. Minum-minum sambil borak kosong. Tiba-tiba datang la budak ni, budak batu caves. Juga penganut agama batu caves. Dia nak join kitorang. Takde hal, welcome gua ucapkan. Pastu kitorang pun berborak la pasal macam-macam. Dari satu topik ke satu topik, dari satu bab ke satu bab.

Bercakap pasal Malay-sial, pasal pembangunan, pasal kemajuan, pasal masa depan. Tiba-tiba budak ni boleh tanya gua

"shawn, pembangunan di kelantan macam mana?"

"macam biasa la, semua kemudahan ada dan rakyat tak payah nak bersesak-sesak selahanat sesaknya KL ni. gua aman kat sana, awek pun ramai tergilakan gua"

Dia tak puas nampaknya

"kelantan mana ada kemajuan doh"

"oi sial, pehal plak?"

"macammana nak maju, takde disko. mana ada tempat orang nak clubbing, tak boleh lepas tension la. kalau stress macammana pekerja nak produktif, sebab tu kelantan takde kemajuan doh"

Gua ingat lahanat ni saja nak bergurau dengan gua, rupa-rupanya dia ni bersemangat gila defend kenyataan anjing dia tu.

Inilah dia contoh generasi yang rosak. Lu jadikan disko, seburuk-buruk tempat sebagai kayu ukur lu untuk ukur kemajuan satu-satu tempat. Gua tau la lu takde kiblat setan, tapi mana perginya otak lu? apa kena-mengena plak disko dengan kemajuan? babi lu.

Gua pun tanya dia

"lu penah gi disko tak setan?"

"tak penah, bapak gua tak kasi doh"

Ah..memang lu serupa babi.

Penakut? wtf?

Berani untuk melupakan kenangan silam
Dan mencari ketenangan
Tapi kita perlu mengharungi hidup ini
Selangkah demi selangkah

Wednesday, December 3, 2008

Topup banyak-banyak boleh sms banyak-banyak

Sebenarnya dah lama benar gua nak tulis pasal ni.

Entri ni berkenaan akademi fantasia dan juga akademi-akademi lain yang ada yang mana disiarkan di televisyen. Tak kiralah samada yang tayang golek punggung atau yang tayang ustaz berkopiah tersengih-sengih.

Dulu hangat diperkatakan tentang akademi fantasia, sampai melarat ke musim ke-6 (yang ke-7 gua tak tau dah ada ke tak, malas gua nak peduli). Macam-macam yang cuba ditonjolkan dalam siaran tu. Dari budak-budak menangis sebab kena sound lantaran suara macam setan sampai ke budak bergaduh-gaduh macam orang bodoh. Macam sial. Oh btw, saja gua letak budak-budak, sesuai.

Tapi apa yang menjadi kekonfiusan gua adalah mengapa rancangan-rancangan tersebut seboleh-bolehnya memastikan yang setiap penonton menghantar sms untuk mengundi peserta pilihan. Undi dia tu la, undi dia ni la. Gilo apo?

Dan yang lebih buat gua kebingungan adalah mengapa ramai rakyat Malay-sial ni terutamanya orang melayu yang dengan ghairah serta stimnya mengundi melalui sms. Bukannya murah pulak tu. Sampai sanggup berhabis pun ada. Semua tidak terkecuali, semua nak bagi sms.

Yang lebih ghairah tentunya si gadis-gadis. Asal muka hensem terus nak sms. Hensem pun kalau mambar apa guna. Kamu tahu mambar?

Ah..nampak sangat ketidakintelektualan kamu.

Manakala mereka-mereka yang terlibat dalam komuniti agama, yang tahu pasal agama, atau yang buat-buat tahu pasal agama menolak untuk terlibat sama didalam perbuatan tidak sihat ini. Buang duit, tidak berfaedah kata mereka. Lagipun tuhan tak suka. So, they raise their middle finger for this kind of shit.

Sebenarnya mereka-mereka tidak mahu untuk minat serta mengundi sms kerana apa yang ditampilkan dirasakan tidak sejajar dengan apa yang mereka percayai serta perjuangkan. Tidak berbaloi bagi mereka untuk berhabis demi hal seumpama itu. Ah!..gua sememangnya setuju dengan yang itu.

Tapi ingin sekali gua nyatakan disini. Mereka semua bukan tidak mahu, cuma belum mahu.

Dan berasaskan keadaan cuma belum mahu mereka ini, maka ahli-ahli keparat pun come up dengan idea yang memastikan mereka-mereka ini langsung tertarik dan merubah orientasi mereka-mereka itu terhadap hiburan. Bukan susah pun, mereka wujudkan akademi al-quran. Dan ahli-ahli keparat itu berjaya.

Dan setelah itu, maka berhabislah pula mereka-mereka ini membuang duit menghantar sms undi qari/qariah pilihan mereka. Kan dah gua kata, cuma belum mahu saja. Sekarang dah mahu bukan?

Situasi 1 :
"kenapa lu suka afundi ni?"

"mamat tu hensem la. Suka sangat, i ingat nak sulam seluar dalam i nama dia la. Eii sukanya!!.."

"eh, serupa babi la lu"

Situasi 2 :
"kenapa lu suka sms undi tu?"

"ana bukan apa, muka nampak baik je. Mengaji pun pandai, lagipun sekurang-kurangnya lagi baik ana sms yang ni dari afundi tu. Nampak baik sikit..eh, brader! brader!, brader nak gi mana tu? ana tak habis cakap lagi ni"

Itulah lu melayu, hidup atas dasar sekurang-kurangnya. Sekurang-kurangnya itu, sekurang-kurangnya ini. Setiap masa lu berusaha untuk jadi bodoh kan.

Sedarkah lu semua, segala rancangan yang direka itu tak kiralah samada menyanyi ke, berdikir ke, mengaji ke, gila meroyan ke apa ke. Itu semuanya hanya dicipta untuk memiskinkan lu, merosakkan generasi lu. Tapi lu tak nampak semua itu sebab mata lu dah terkabur, sikit lagi nak jadi buta.

Mari gua bagitau lu, segala rancangan yang ada itu dicipta hanyalah berpaksikan keuntungan semata-mata. Selain itu hanya pura-pura dan indah khabar dari rupa, sila buka mata dan hati lu. Dan resign jadi bodoh.

Dan buat mereka yang minat untuk menghantar sms undi tak kiralah untuk rancangan mana sekalipun

Selamat memuja anjing kapitalis gua ucapkan.

Dan lu, terima kasih sebab baca sampai habis. Nanti gua belanja burger.

Friday, November 28, 2008

Belum pape lagi gua dah kena tag

Lepas solat jumaat tadi, hujan turun lebat lak. Tanpa berlengah, gua terus pekena ubi stelo rebus dengan kopi panas sambil layan blog jiwa celaru ni.

Gua tengok la mamat ni layan tag, diposnya gambar-gambar yang buat ubi stelo gua rasa macam tanah liat, tak pasal-pasal.

Tiba-tiba..

Cilakak!, dia dah tag gua rupanya.

Woi, mana gua nak cari gambar gua seksi ni?

Nantila gua cari dulu gambar gua yang seksi-seksi.

Thursday, November 27, 2008

Mando Diao - Never Seen The Light Of Day

video

Sapa-sapa tolong belikan gua mood, gua dah takde mood.

Tuesday, November 25, 2008

Dedikasi untuk The Banned

Apa yang lu cari dalam hidup lu?

Kesenangan? kemewahan? Kemashyuran?

Semua itu ada diluar sana.

Namun

Lupakan semua itu bila lu tak tahu bagaimana untuk menjalani hidup secara bijaksana. Bangunlah dari mimpi lu jika setiap perilaku lu mengundang seranah dari manusia-manusia lain.

Belajarlah untuk hidup dengan baik. Ketahuilah ada cara untuk membuatkan manusia-manusia lain senang dengan kewujudan lu, setelah usai kesemua itu.

Maka

Tidurlah, dan mula untuk bermimpi.

Jiwa jiwa jiwa

Hari ini aku mahu hidup
Seperti mereka
Punyai kata
Punyai rasa
Punyai jiwa

Aku juga manusia
Seperti meraka

Bisa bernadi
Bisa mati.

Sunday, November 23, 2008

Ini gua

Buat sesiapa yang kenal gua, gua adalah diri gua yang sendiri.

Dan jangan lu terfikir untuk menidakkan peribadi gua, biarkan saja gua begini. Gua selesa menjalani kehidupan sebagai gua, melalui jalan yang gua pilih sendiri. Biarlah gua disisihkan, dipandang sebagai golongan yang segelintir. Namun gua sebolehnya tidak mahu berubah. Sehingga gua habis.

Gua bahagia begini, Menjadi minoriti. Dipandang benci oleh majoriti. Kerana apa yang gua percaya dan gua pegang. Dan lu tak payah bermimpi untuk mengherdik gua, kalau lu setakat pengikut dan bertaklid secara membabi buta seperti babi yang buta.

Dan

Kalau terbuka pintu hati lu untuk melihat sinar fajar dikaki langit, ayuh tinggalkan gelap senja bersama. Biarlah apa cerca yang akan diludah, gua tidak mahu untuk peduli. Kerana gua bukanlah si dungu, yang hidup dalam dunia yang penuh palsu.

Dan jika lu tidak mahu

Teruskan hidup plastik lu.

Friday, November 21, 2008

Pelanduk dua serupa

Tidak.

Antara gua dan dia. Kami berbeza. Harap lu dapat bezakan.

Terima kasih.

Undang-undang

Dulu gua pernah belajar undang-undang. Tak best.

Tapi ada satu daripada definisi undang-undang yang buat gua betul-betul tertarik. 'Undang-undang adalah merupakan satu mekanisma yang digunakan oleh golongan atasan untuk mendominasi dan mengeksploit golongan bawahan'.

Sebabnya sampai ke hari ni, sampai ke saat gua taip entri ni. Gua tak dapat nak cari dimana silapnya definisi tu. Tiada yang benar melainkan benar-benar belaka.

Thursday, November 20, 2008

Wednesday, November 19, 2008

Pepatung

Pepatung
Dalam rumah tua
Masih bernyawa
Adalah perhiasan
Untuk tontonan zaman

Pepatung
Hidupnya tanpa guna
Bicaranya
Cuma angguk dan geleng kepala
Diangguk kepala dihati tidak
Digeleng dikepala dihati hendak

Pepatung
Hidupnya
Tanpa erti
Bernafas dalam mati.



- Kasajiza A.S -

Tuesday, November 18, 2008

Monday, November 17, 2008

Hukum karma

Perlukah untuk lu ada lebih dari satu cinta kepada insan dalam satu masa?

Untuk apa?

Untuk buktikan lu seorang manusia hebat? untuk suka-suka? atau lu sangap?

Dunia ini berputar dengan diiringi keseimbangan kosmos, tunggu saja karma datang menyapa lu.

Tak perlu itu semua ok.

Ini aku tak faham

Mengapa perlunya perpisahan andainya ia pedang yang menikam jiwa.

Kita sering terdengar ungkapan "jika kau sayangkan dia, lepaskanlah dia". Wtf betul kan?. Jika lu ada sebuah kereta, kereta lu cantik. Lu sayang sangat kereta lu. Adakah perlu lu lepaskan kereta lu pada orang lain? Mesti lu tanpa teragak-agak taknak untuk lepaskan kereta lu kan? Mesti lu nak sentiasa bersama kereta lu, jaga kereta lu, pergi bersiar-siar dengan kereta lu kan.

Jadi siapa yang bodoh sangat cipta ungkapan "jika kau sayangkan dia, lepaskanlah dia"?

Bodohnya.

Sunday, November 16, 2008

Sial batara

Dulu masa sekolah menengah, orang cakap itu gua angguk orang cakap ini gua angguk. Gua tak pernah nak suarakan apa yang gua rasa, gua hanya melihat dan bersuara didalam hati.

Tapi sekarang lain.

Gua mempunyai pandangan gua tersendiri terhadap apa yang gua fikirkan. Gua belajar dan gua ingin guna apa yang gua ada untuk jadikan diri gua lebih baik, gua ingin lebih terbuka. Gua tak perlukan lu untuk menyogok gua dengan pemikiran lu yang terhasil dari acuan kaum lu.

Lu dan kaum lu adalah golongan yang bila berpegang pada sesuatu, lu berpegang dengan sangat kejab. Dan bila terserlah akan kenyataan dan kebenaran, lu persetankan. Pegangan lu maha penting, mana boleh lu suka-suka nak ubah orientasi hidup lu kan?

Lu sangat menjunjung tinggi apa lu pegang kan, lu jadikan adat sebagai tuhan lu. Itu gua tak berapa kisah, akaun masing-masing kan? Tapi yang buat gua betul-betul tak faham adalah bila kenyataan dan kebenaran yang terserlah itu lu tolak ketepi. Malah lu pijak dan ludah ia kerananya ia bercanggah dan menidakkan apa yang dah jadi budaya lu. Malah lu labelkan mereka-mereka yang mendokong kenyataan dan kebenaran itu dengan segenap cacian yang ada. Lu kata apa yang lu buat adalah yang terbaik.

Tapi ingat, sebiji mutiara akan tetap kekal sebagai sebiji mutiara. Tiada apa yang perlu lu tambah untuk membuatkannya kelihatan menarik. Ia sudah tersedia cantik.

Jangan lu cuba-cuba untuk takwilkan dengan akal. Garis panduan telah tersedia. Bukalah mata, bukalah hati.

Dan jangan buat sampai gua anggap lu setaraf batara.

Blog lu blog gua

Tengok tengok tengok!

Sekarang gua pun sudah pandai berblog-blogan ni. Nak salahkan siapa ni. Lu salah ke gua yang salah?

Hahaha!!

Gua tiru entri lu, sapa suruh lu hasut gua. Haha..haha..ha..

Saturday, November 15, 2008

Ini Syed, tapi kat sini gua nak introduce nama baru yang gua reka untuk dia. Mari kita panggil dia Baguk. Baguk orang Melaka. Dia suka sakat gua, tapi satu benda yang bagus tentang Baguk ni. Dia tak suka sebut lahabau.

Baguk ni rupa tak seberapa, perangai pula jarang-jarang je senonoh. Ada juga ye orang macam Baguk ni, mesti lu orang heran kan?, gua pun.

Ramai orang kata senyuman Baguk bangsat, tapi Baguk tak ambik port. Baguk senyum jua.

Selama gua berkawan dengan Baguk, gua banyak menahan sabar. Time Baguk timbulkan masalah ada la jugak gua terbayang nak letak tapak kaki gua kat muka Baguk. Tapi gua ingat peraturan pengakap, kasihkan binatang. Gua tak jadi buat begitu.

Ni U dah nak buka balik, doakan moga-moga gua ditetapkan didalam kesabaran ye.

Memori

Hari ini masih lagi seperti semalam, hujan tiada henti.

Gua takde aktiviti, lepak je lah kat rumah macam biasa. Time hujan-hujan gini gua jadi jiwang, gua suka dok termenung kat tepi tingkap. Tengok bintik-bintik hujan.

Sedang gua syok layan lepak, gua terkenang memori lama. Memori tentang kematian adik gua. Memori tentang kehilangan.

Hmmmm..

Gua sayang adik gua, tapi ALLAH s.w.t lebih sayangkan dia.

Rest in peace bro.

Sampai bila?

Sampai bila lu nak treat gua gini? Gua bukan anak-anak kecil. Semua yang gua buat tak pernah betul. Gua diam-diam salah, gua bising-bising lagi la salah.

Lu bikin gua jiwa kacau la.

Haihh!!

Malam ni SDB round 5

Tapi gua tak boleh pegi. Gua takde transport. Jadah ke hapa gua nak pegi naik motor?!

Buat teman-teman gua yang pergi, bila balik nanti berceritalah kepada gua.

Biar terubat duka lara gua ni.

Dulu gua suka lu

Sekarang tak lagi, gua jadi menyampah yang teramat kat lu.

Bila gua ingat-ingat balik. Gua ni macam sweater. Time sejuk lu pakai gua, time panas lu buang gua.

Kali terakhir lu buang gua, lu buang selama-lamanya.

Apapun yang lu dah buat kat gua, gua redha. Gua doakan kesejahteraan lu.

So long sucker!

Lu pegi main jauh-jauh

Gua bukan 'ignorant'. Bukan keras kepala. Gua cuma mahu hidup dalam arah haluan yang gua tetapkan. Bukan orang lain.

Gua tak suka kalau kita begini

Pagi tadi gua lepak KB Mall, gua saja jalan-jalan. Boring dok umah, maklum la gua ni pemalas.

Tengah gua pekena lepak tu, gua nampak sorang budak laki berlari-lari. Sambil berlari-lari budak tu depakan tangan, seronok agaknya budak tu dapat buat gitu. Gua? apa gila gua nak buat gitu?!

Tiba-tiba budak tu tersadung, jatuh tergolek-golek. Muka dia dah ala-ala nak nangis dah gua tengok. Datang la sorang makcik kat budak tu, gua syak makcik tu mak kepada budak tu. Gedebukk!!! makcik tu kasi sedas kat atas belakang budak tu, terdetik rasa kasihan gua kat budak tu. Tak cakap banyak dah, meraung terus budak tu.

Keseronokan budak laki tadi time dia berlari-lari terus musnah. Dan dari firasat gua, tercetuslah aura rebel dijiwa budak laki tersebut, maka tersemailah satu benih dendam kecil, yang akan membesar.

"Mak aku tak patut buat aku begini", detik hati kecil budak tu mengikut firasat gua. Makin hiba tangisan budak tu gua dengar.

Gua nak bagitau lu, gua tak pernah ada anak dan gua tak tahu macam mana nak jaga dan besarkan anak. Tapi dari hal tadi, buat gua betul-betul tersentuh dan berfikir. Gua cukup terkilan dengan sifat menghukum yang ada dikalangan masyarakat kita. Pada gua, sifat itu tak layak untuk dijadikan ikutan.

Sebenarnya, banyak lagi contoh-contoh yang boleh menjadikan moral dan 'self-esteem' kita jatuh. Kita konon berbuat begitu diatas alasan mahu mendidik anak-anak, tapi lebih kepada menjaga air muka dihadapan masyarakat bagi gua. Dan lu tahu tak kesan jangka panjang hal ni? anak-anak boleh jadi pasif, tiada keyakinan diri dan mereka takut untuk mencuba. Dan jadilah mereka golongan tercorot.

Kanak-kanak berbeza kehendaknya dari kita, mereka tak perlukan duit yang banyak, tak perlukan pakaian yang mahal-mahal. Cukup sekadar dorongan dan perlindungan dari kita orang dewasa.

Terutamanya kamu wahai ibu bapa.

Dan bagi gua, ada perbezaan diantara ketegasan dan kebijaksanaan.

Cinta

Setiap kehidupan memerlukan cinta demi kelangsungan hidup.

Siapa yang tidak perlukan cinta? gua heran dengan lu. Namun cinta perlu ada batasan, perlu ada harga, tidak perlu kuantiti tapi perlukan kualiti.

Dan ingat supaya jangan berlebih-lebih didalam cinta, sanggup menjadi bodoh, atau sanggup buat-buat bodoh.

Ini gua nak pesan kat lu..

Cinta bukan berhala untuk disembah.
Dan hati bukan rumah tumpangan untuk lu singgah dan pergi sesuka hati.

Gua

Parent gua dan gua, dua entiti yang sampai bila-bila tidak akan memahami antara satu sama lain.

Lu bagaimana?