Tuesday, July 28, 2009

Inilah Kesannya Bila Tidak Berakal, Yang Memilih Atau Dipilih.

Gua hairan juga memikirkan benda yang terjadi ni.

Belum sampai sebulan berada disini, rata-rata orang yang gua kenal semuanya terkena demam. Termasuklah gua yang masih lagi sakit-sakit kepala dan badan.

Kenapa ya? perubahan cuaca ke? Mana mungkin perubahan cuaca buat semua orang demam dan batuk-batuk, takkan orang yang aktif dan selalu bersukan dan berpeluh sehingga baju kebasahan seperti gua ni boleh terkesan dengan perubahan cuaca seperti ini?

Haih..

Atau mungkin kerana air yang digunakan disini adalah air yang dijual murah kepada Singapura dan diproses di Singapura? Kemudian dijual secara mahal kepada Malaysia oleh Singapura?

Jahat punya penjual, bodoh punya pembeli.

Siapa la yang undi pembeli tu masa pilihanraya, baik undi lembu. Sekurang-kurangnya kalau berlaku kajadian seperti ini tidak mengapalah, kerana dia lembu.

Pilihanraya sekali lagi, bolehlah perbetulkan kesilapan anda ya. Janganlah lagi menyokong orang yang tidak berakal(lembu?) ini naik ke takhta kuasa. Seumpamanya seperti menadah kepala anda untuk diberak oleh mereka, wekkk!!!

Gua tak sanggup.

Agenda penjualan yang jahat disusuli agenda pembelian balik yang jahat dan bodoh(lembu?) ini nyata dimurkai Tuhan. Maka Tuhan kenyit saja mata untuk memberi pengajaran buat mereka.

Yang terkenanya orang-orang yang sakit dan demam rata-rata di Johor ni lah, kesian mereka.

Kesian gua.

Uhuk! uhuk!

Thursday, July 23, 2009

Entri Entah Apa-Apa

Kapitalisme adalah anjing, betul atau tidak? ramai yang berkata seumpama itu.

Dunia saat sekarang adalah dunia yang mana dilingkungi oleh golongan kapitalis disegenap ceruk dan pelusuk. Tidak dapat tidak, kita akan terjebak sama. Hidup bersama didalam lingkungan mereka, dan merasa selesa dengan tawaran-tawaran mereka.

Bersendirian, gua terlintas suatu masa dikampung dahulu. Suatu masa yang sangat lama dahulu, bilamana masyarakat yang saling berjiran menjalani kehidupan seharian.

Bila ada suatu kemahuan dari jiran, yang biasa didengari adalah "makcik..mak minta serai sikit", contohnya..

Tapi diwaktu sekarang, yang biasa didengar adalah "makcik..mak minta beli serai"..

Kita semua sudah tidak berani untuk meminta, duit mesti diutamakan. (kapitalis?)

Dan sambungannya adalah, "berapa ringgit mak kamu nak beli?"

Nampak? mereka-mereka yang sebetulnya tidak tahu menahu akan maksudnya kapitalis ini pun sedikit demi sedikit berubah menjadi kapitalis. heh!

Ini contoh kasar sahaja, kampung gua masih lagi percuma kalau sekadar dua tiga batang serai.

Cuma tidak terfikirkah kita siapa dalang kapitalis ini? siapa mencipta sistem kapitalis ini? apa kesannya kepada kita?

Namun hakikatnya ini adalah cabang-cabang sahaja dari rumpun pokok yang telah lama berakar umbi diatas muka bumi ini. Hidup subur dan menjalar ke serata dunia, memeluk setiap aspek dan prospek.

Percaya atau tidak, sila tengok The Arrivals dari mula sampai ke akhirannya.

Nafsu tunjangnya, syaitan penguasanya, mereka-mereka pendokongnya.

Atau termasuk kita?

Sunday, July 19, 2009

Aku Tahu Aku Bukan Perjudian Yang Terbaik Buatmu, Tapi Aku juga Bukan Yang Terburuk Untuk Kau Buangkan.

Hari ni gua seharian lepak dalam dewan, dari pukul sepuluh sampai ke maghrib. Selesaikan urusan ptptn yang agak siput babi. Lama kemain tercongok dalam dewan, tak lulus juga ptptn nanti, gua ingat nak jadi pengganas. Nak bakar bangunan ptptn sana nu ha.

Tapi sebelum tu rasa-rasanya gua terpaksa mati kering dulu, sungguh-sungguh dah kering ni. Pokok duit gua dah jarang berbuah sekarang ni.


*****

Dan hari ni juga baru gua tahu bahawa selain boleh disulam dibaju dan dibuat gelang tangan, manik juga boleh dibuat selipar.

Hahaha!

Jangan marah no.

Friday, July 3, 2009

Tidur Lebih Enak

Ada satu hari tu, gua dalam orientasi. Dipaksanya masuk kedalam dewan. Terkonyong-konyong gua berjalan.

“khaled nordin nak datang” katanya puak-puak fasilitator. Oh terlupa, mereka tak suka dipanggil fasilitator, “panggil kami crew ok”.

Apa-apalah kau

Terpamer satu kain rentang, perasmian program minggu haluan siswa oleh menteri pelajaran.

“oooohhh”..gua didalam hati.

Sampai saja dia tu, kami terpaksa pula menyogok dia dengan bermacam-macam gaya yang kalau dibuat bukan didalam program tu, bisa menjatuhkan harga diri. Orientasi, faham-faham sajalah..

Oh, bila gua sebut kami maknanya gua terkecuali. Gua berdiri dan masuk tangan dalam poket saja.

Banyak juga benda merepek yang puak-puak crew ni ajar dalam masa tu. Sama merepeknya macam 1 malaysia tu, tengoklah nanti, tinggal 1 malaysia saja. Isinya entah kemana, macam DEB juga.

Dalam pukul 10 pagi, dapat saja mikrofon kat menteri pelajaran tu, perkara pertama yang dia sebut adalah kita patut bersyukur hidup dibawah naungan kerajaan malaysia.

Gua dah setting badan atas kerusi sedap-sedap, bila menteri pelajaran tu cakap lagi, gua dah terlena.

Pukul 10.35 gua tersedar, nyenyak betul tidur dalam hawa yang dingin tu. Menteri pelajaran masih membebel, “kita patut merasa bangga mendapat perdana menteri sebijak beliau” fitnah menteri pelajaran.

“bila dia nak rasmi majlis ni” getus hati kecil gua, sambil bersedia untuk sambung tidur.