Wednesday, December 22, 2010

Lisa Surihani

Hari ini, rata-rata orang sudah mula mahu bebas dari sebarang bentuk kongkongan yang membelenggu diri. Di Malaysia, perkara yang paling nyata sekali adalah kebebasan untuk bersuara. Walau kita menuduh kerajaan terlalu jahat dalam pelbagai bentuk cara, sekurang-kurangnya mereka masih lagi tidak mengikut jejak langkah Singapura dengan memenjara dan menghukum mereka yang sebebasnya menentang arus.

Akan tetapi, kebebasan yang diperolehi walau bukan secara mutlak ini seharusnya digunakan secara bijaksana dan bukan membuta tuli sehinggakan sanggup mengguna pakai buah mulut atau khabar angin yang disebarkan entah oleh siapa dengan berpandukan kepada perkara tersebut, membuat kenyataan yang jika diteliti sangat diragui kebenarannya.

Sebenarnya, saya amat tertarik dengan komen seorang anonymous yang entah siapa juga yang daripada ayat-ayatnya seakan mahu mengatakan Anwar Ibrahim adalah seorang lelaki 'belaan' musuh-musuh Malaysia yang entah siapa juga. Kerana mengikut perdana menteri saya yang seorang itu, biarlah saya bahasakan dia dengan gelaran manja Pak Jib, mengatakan bahawa negara kita adalah sebuah negara yang selamat. Negara kita adalah sebuah negara yang aman, rakyat tidak perlu khuatir tentang keselamatan kita seMalaysia. Ekonomi kita juga amat kukuh, tambahnya lagi walau harga barangan sentiasa naik disamping pemotongan subsidi diperingkat agensi kerajaan yang teramat banyak disana-sini hinggakan ramai yang mengeluh kepayahan.

Saya andaikan bahawa pengomen anonymous tadi mahu mengaitkan pembelian tanah dan banglo oleh Anwar Ibrahim di Segambut dengan agen asing atau lebih tepat lagi yahudi. Inilah apa yang saya maksudkan diperenggan kedua saya tadi. Jika kita lihat kembali pada zaman sebelum kejatuhan Anwar Ibrahim, semasa beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Pada ketika itu, demi untuk kebaikan dan kelangsungan pemerintahan kerajaan waktu itu, beliau mula menjalin hubungan baik dengan agen-agen dan banker-banker asing. James Wolfensohn, Al Gore, Desmond Tutu dan David Rockfeller adalah antara beberapa nama yang masih ada dalam ingatan saya. Namun pada ketika itu, tiada satu pun daripada media yang banyak ataupun orang perseorangan yang membuat spekulasi yang buruk berkenaannya kecuali akhbar Harakah yang mempertikaikan tindakan Anwar Ibrahim ini. Namun hari ini, selepas kejatuhan Anwar Ibrahim, jawatan dan maruahnya, timbul pelbagai spekulasi serta tuduhan yang mengatakan Anwar Ibrahim adalah antara pengkhianat negara kerana mempunyai hubungan yang baik dengan agen-agen asing yang saya sebutkan diatas. Kebanyakannya yang saya perhatikan datang dari orang-orang barisan nasional sendiri. Saya sebagai rakyat kebanyakan, tidak merasa kasihan kepadanya, akan tetapi saya memandang perkara ini sebenarnya lebih kepada lawak jenaka yang sangat bodoh dan gila.

Dan si pengikut seperti yang saya maksudkan diperenggan kedua saya, jika tidak meneliti sehalusnya babak-babak politik terdahulu, maka akan terus mengatakan Anwar Ibrahim itu sangat jahat dan hanya akan bercakap perkara-perkara yang buruk tentangnya tanpa banyak soal dan berfikir terlebih dahulu. Cukuplah sampai disini, banyak yang ingin saya katakan namun terlampau banyak lagi kerja yang memerlukan perhatian saya yang jauh lebih berfaedah.

Satu perkara lagi sebelum saya sudahi, pengomen anonymous itu juga ada menyebut bahawa pakatan rakyat adalah sebuah parti politik kronisme, "parti politik laki bini" katanya. Sudahnya, hampir seminggu kata-kata itu menjadi bahan ketawa saya dan rakan-rakan. Saya juga mengandaikan pengomen itu adalah seorang penyokong kuat barisan nasional yang saya rasakan hampir sama dengan seekor kambing, pada pandangan hadapannya nampak alim dan berjanggut, tapi bila dilihat pada bahagian belakang nampak batu pelir bergayut-gayut. sekali lagi ketawa saya pecah berderai, keh keh keh.

Dan banyak lagi soalan-soalan lain yang diutarakannya yang menuntut jawapan dari saya. Banyak kenalan yang menegah dan saya sendiri pun tiada keinginan untuk menjawab soalan yang saya rasakan seperti si penanya itu berada didalam kolam tahi, tetapi menuding jari kepada orang lain mengatakan orang lain busuk. keh keh keh.

Oh ya, sebelum saya terlupa. Saya ini bukanlah orang pakatan rakyat jauh sekali penyokong Anwar Ibrahim, satu-satunya benda yang berwarna biru muda yang berada dalam simpanan saya adalah sebuah pemain mp3 yang saya guna untuk mendengar lagu dari album 'Dari Rakyat Untuk Rakyat'.

Dan saya tak mahu bising-bising dengan orang yang entah siapa, lainlah kalau Lisa Surihani. Mengaum juga saya. Grrrrrrr..!!

Wednesday, December 15, 2010

Aktiviti Masa Cuti

Mengerjakan seketul besi buruk yang diberi nama, datsun sunny b110.

harap-harap tak kelaut.

Tuesday, December 7, 2010

Saya Kira

Saya kira, muda-mudi yang menyokong barisan nasional dalam segenap perkara, serta tidak mahu untuk menerima berita-berita kepincangan barisan nasional dalam pemerintahan, adalah muda-mudi yang tidak cerdik malahan bacul.

Saya kira, adalah wajar sekiranya kita muda-mudi yang tidak mahu untuk menjadi tidak cerdik dan bacul, agar berfikiran lebih luas dan terbuka dalam menilai perilaku pemerintah. Ini kerana, selagi masih ada yang mahu menjadi tidak cerdik dan bacul dengan menyempitkan fikiran, selagi itulah kepincangan serta ketidakadilan barisan nasional akan terus berlaku.

Dan saya kira, sudah sampai masanya kita muda-mudi ini menjadi nadi penggerak kepada titik tolak perubahan besar yang akan membawa kesejahteraan kepada kita dan generasi seterusnya.

Ayuh!

Proton Wira, Perodua Kancil

Perkara yang paling teruk tentang kereta buatan Malaysia adalah ianya bukan dicipta oleh mereka-mereka yang ingin menghasilkan kereta yang bagus, sebaliknya ianya dicipta oleh perusahaan-perusahaan automobil yang hanya ingin menghasilkan duit yang banyak.

Sesiapa sahaja yang tidak bersetuju, jelaslah bahawa kamu seorang yang tidak faham apa itu nikmat memandu.