Thursday, April 30, 2009

Sesat Di Kuala Lumpur

Banyak kenangan gua kat sini, antara dosa dan pahala, gua masih samar yang mana lebih rutin ketika disini.

Mungkin gua hanya seekor ulat yang belum tahu caranya untuk menjadi rama-rama.

Ayat-ayat dan kenangan-kenangan yang gua pegang sebagai peringatan, nampaknya belum lagi berhasil.

Apapun

Terima kasih Tuhan

Dan terima kasih Kuala Lumpur

Dan

Perlukah untuk gua merindu Kuala Lumpur sedikit masa lagi?

Thursday, April 16, 2009

Nok bulih pekdoh doh budok-budok nih, aku tijok dado baru tahu!

Rangka-rangka merangkak
Ingin menjadi sampah
Mencipta syurga dikaki neraka

Seorang iblis tersenyum
Membelai lembut jiwamu
Menyambut cinta dimulut neraka

Terbentang hamparan dunia
Dari sisa neraka
Bayangan diri disejadah hati

iblis menghulur mimpi
Indahnya neraka
Syurga akan ku beri
bersama derita


Kalau lu semua hebat, kat mana ayat-ayat ni boleh ditemui? Mat yen lu jangan mengada nak jawab. Gua tahu lu tahu, diam-diam sudah.

**********

Nak tahu apa yang sering mengganggu gua sepanjang gua duduk kat kolej kediaman gua ni?

Monyet-monyet yang melalak sambil menendang-nendang pintu bilik tayangan bila pasukan bola mereka score, sorakan seumpama kiamat akan tiba dalam masa 3 minit lagi. Dah takde masa nak bertaubat.

Nak bersorak gua tak heran, yang buat gua bengang bila bersorak saja dah sampai 10 minit, gila babi apa lu? Bersorak punggung aku! apa neraka?

Berapa ramai yang bangun bersorak dan menjerit melontarkan riak benci bila dikhabarkan saudara seagama kita diperlakukan seperti binatang di tanah palestin? berapa ramai? yang ada cuma dua tiga orang, itupun cakap belakang sok sek sok sek. Cuba bandingkan dengan mereka yang bersorak bilamana pasukan bola pujaan mereka yang dipunyai oleh yahudi dapat score, atau menang perlawanan.

Huh!

Maka tidak layakkah lagi kita untuk kekal didalam murka Tuhan?

Macam zimbit, katanya Baguk.

Tuesday, April 14, 2009

Hujan memang tak pernah miss buat Baguk kebulur, oh bukan band Hujan. Baguk Hate it.

Baguk : Apa projek malam ni?
Gua : ………………………..
Baguk : Aku lapar la
Baguk : Rasa macam nak makan lamb chop je
Gua : ……………………….
Baguk : Jom gi Kg. Baru
Gua : Wat nate apo?
Baguk : Steak house, aku belanja
Gua : oh! Jom!
Gua : Jap, meh sini aku nak comolot skit
Baguk : Babi!
Gua : Bodoh, macam la aku nak sangat. Muka macam tempeyek, hark ptuihh!!


**********

Hari ni setelah sekian lama, Baguk berhajat untuk membuat kebaikan. Rupanya jauh disudut hati Baguk, ada juga apa yang kita semua panggil kebaikan.

Gua bersyukur. Semoga dia dirahmati Tuhan.

Amiiin..




p/s : Baguk tak reti pakai garfu, dua kali garfu dia jatuh bawah meja. Kali kedua tu gua rasa nak tikam je dia, biar dia mati disitu jua. Haha..haha..ha!

Wednesday, April 8, 2009

Kita ini hamba, hidup dilingkaran undang-undang yang terikat

Bila kemodenan menjadi cara hidup, maka segala perkara rakus dinilai berdasarkan pemikiran dan ini sedikit demi sedikit akan menyebabkan iman yang telah tersedia dukacita kondisinya akan semakin menipis dan ini memang cukup-cukup menyedihkan.

Dan bila perkara itu berlaku didepan mata kita, dan kita menegurnya secara ikhlas dan teguran kita itu dianggap sebagai satu unsur hasad, maka apa rasa yang layak untuk bergelora didalam dada?

Jangan tanya gua, gua tak tahu dan tidak pernah ada niat gua untuk tahu.

Gua menegur bukan dengan rasa untuk mendabik dada, tapi untuk kebaikan bersama. Seberhemah mungkin telah gua cari cara untuk itu, namun masih gua dihambur dengan kata yang membuat diri terasa cukup tercabar dan marah, serta beberapa titis air liur yang sempat dielak.

“tak suka aku cakap takpe, maaf…”

Gua berlalu ke work base dan menyiapkan kerja yang bersisa.

Beginilah..

Jika terasa Tuhan itu sesuatu yang tidak relevan diera ilmu dan pengetahuan terawang-awang diatas talian, cuba buatkan sejenis sut yang tahan panas dan kalis api, biar selesa dan tidak perit selepas dihisab nanti.

Kerana rasanya lu dah terlalu dewasa untuk tidak memahami, atau cuba untuk memahami.

Asta la vista!

Thursday, April 2, 2009

Kereta Dan Motosikal

Kereta engkau hebat berkilat.
Motosikal aku cabuk berhabuk.
Istana engkau berdiri megah.
Pondok aku menanti roboh.


Yang kaya semakin kaya.
Yang miskin semakin miskin.
Yang senang semakin buncit.
Yang susah semakin keding.


Apakah hebatnya kamu menjadi hamba kapitalis?

Sedarlah kamu hanya anjing, anjing yang juga dihenyak semahunya oleh manusia yang rakus bertuhankan syaitan.

*****

Amacam ayat kat atas tu, agak-agak kalau gua hantar ke utusan ni, dia siar tak dalam akhbar dia? Haha.

Sebenarnya yang kat atas tu bukan gua yang tulis, mat yen yang tuliskan. Saja dia bagi kat gua, boleh tahan juga mat yen ni memaki kan.

“amik nih, gi update blog nuh!” gitu la lebih kurang ayat mat yen.

Sayang jugak mat yen kat gua kan, tengok blog gua dah agak berhabuk, lama tak berusik, dia perah otak ketuk jari atas kibod nak taip sesuatu untuk gua. Sayang mat yen, auww!

Sebenarnya kadang-kadang gua sampai terlupa yang gua ni sebenarnya ada blog dan cuma bila ditanya mat yen, “bila nak update blog?” baru gua cepat-cepat tersedar dan ingin kembali ke pangkal jalan. Moga Tuhan merahmati gua.

Haih!

Semester akhir, sangkaan gua yang semester ni gua boleh goyang kaki sememangnya meleset sama sekali. Kelas kurang, tapi dia punya tugasan dengan projek akhir tambah dengan tarikh submit memang macam haram, kalah orang nak pegi perang.

Itulah sebabnya gua jadi terlupa yang gua ada blog ni, haha..

Tapi jika diizinkan Tuhan, selesai semua yang tengah sedap membelenggu gua ni, gua akan kembali aktif menulis macam dulu-dulu. Memaki-maki apa yang tak puas hati, mencarut-carut geram tanpa perlu fikir siapa yang peduli dan memberontak untuk memuaskan hati, ah rindunya waktu dulu-dulu.

Tapi sebelum semua itu, mari sekali lagi doakan gua agar poket gua ni padat berisi duit RM50.00, baru best. Ni tak, esok pun gua belum tentu dapat makan ke tak dapat makan.

Haih!