Wednesday, April 8, 2009

Kita ini hamba, hidup dilingkaran undang-undang yang terikat

Bila kemodenan menjadi cara hidup, maka segala perkara rakus dinilai berdasarkan pemikiran dan ini sedikit demi sedikit akan menyebabkan iman yang telah tersedia dukacita kondisinya akan semakin menipis dan ini memang cukup-cukup menyedihkan.

Dan bila perkara itu berlaku didepan mata kita, dan kita menegurnya secara ikhlas dan teguran kita itu dianggap sebagai satu unsur hasad, maka apa rasa yang layak untuk bergelora didalam dada?

Jangan tanya gua, gua tak tahu dan tidak pernah ada niat gua untuk tahu.

Gua menegur bukan dengan rasa untuk mendabik dada, tapi untuk kebaikan bersama. Seberhemah mungkin telah gua cari cara untuk itu, namun masih gua dihambur dengan kata yang membuat diri terasa cukup tercabar dan marah, serta beberapa titis air liur yang sempat dielak.

“tak suka aku cakap takpe, maaf…”

Gua berlalu ke work base dan menyiapkan kerja yang bersisa.

Beginilah..

Jika terasa Tuhan itu sesuatu yang tidak relevan diera ilmu dan pengetahuan terawang-awang diatas talian, cuba buatkan sejenis sut yang tahan panas dan kalis api, biar selesa dan tidak perit selepas dihisab nanti.

Kerana rasanya lu dah terlalu dewasa untuk tidak memahami, atau cuba untuk memahami.

Asta la vista!

8 comments:

Yuyun said...

terdiam...merenung lantai..

*bila lu free kita gi mkn cendol..lalala :)

Anonymous said...

ego kah dia?

BudAk hijAu said...

haih!!!

Sitie BUm BUm said...

insaf guwe..

A said...

tak pe, gua faham lu.. lu boleh guna bahu gua, untuk luahkan segalanya..

Nurul Binti Ibunya said...

ko nak nangis ke beb?
nah tisu?
ahaks!

suehanna said...

hurm. berat ni berat. hehe(:
common la tu kan?

'kau taknak dengar cakap aku dahhhhh'

lain kali patut cakap macam tu bg effect die drastik sket. ahahaha;DD

bokbon said...

butterflytwinlove
gua tengah free, meh la sini nak belanja gua cendol. hahaha!

manje
ego tahap tak ingat

budak hijau
haih jugak, haih!

siti
lu baik kan, baik takpe.heh!

mat yen
tak nak ah, nanti sayang lu nun jauh di utara jeles, haha!

Tsujun
bagi la handkerchief, baru romantik.

nur suhana
kalau la ada lain kali, rasanya nak bercakap pakai kaki dah, heh!