Wednesday, December 23, 2009

Writer Block (Konon)

1. Baguk beli laptop baru, 2 hari tak hilang sengih dia. Macam shilake..

2. Perut tengah ketat, baru lepas melantak.

3. Kenapa lepas berbulan-bulan enjin jet hilang baru boleh perasan? mula-mula seketul, lepas tu 2 ketul. Entah-entah lepas ni jadi 7 ketul pulak, najib baik ko jawab, ko kan menteri pertahanan.

4. Johor ni baru nak masuk musim bah agaknya, hari-hari hujan. Sedap betul tido.

5. Perut tengah ketat, baru lepas melantak.

6. No. 2 dengan no. 5 sama, saja tulis nak bagi nampak banyak.

7. Kerja tengah banyak, orang lain tak sibuk gua sibuk. Ponter tak naik-naik juga, makin turun ada la.

8. Baguk macam shilake.

9. Dah la, baik lu orang pegi baca Quran, dapat juga pahala.

Monday, November 23, 2009

Jenis Perangai Minta Penendang

Antara genius dan bebal nak mampus, dimanakah letaknya Yusof Haslam?

Genius?

Cuba perhatikan corak filem-filem arahannya. Terutamanya gerak khas, polis-polis menyiasat berdasarkan laporan dan statistik surat khabar. Kalau kilang surat khabar terbakar, bermaharajalela penjenayah dinegara 1 malaysia ni gamaknya. Damn. Cuba la tiru James Bond sikit, menyiasat pakai otak. Baru la orang nak tengok pun ada rasa. Kalau dulu ada 2 ekor detektif bergaduh, sekor cakap cina sekor cakap India. Huh macam tahi, tak 1 Malaysia langsung.

Tapi kalau perhati lagi, mungkin si Yusof Haslam menyindir PDRM agaknya dalam segi penyiasatan. Penyiasatan yang tak cekap, sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi pengebom Al-Tantuya. Sama macam menyiasat pakai surat khabar. Tak ditulis dalam akhbar maka tak dapat nak siasat. Oh..genius.

Bebal nak mampus pulak?

Tengoklah sendiri drama sembilu. Lepas bergaduh berbaik. Lepas berbaik bergaduh. Macam tu lah keadaannya sampai penonton naik jemu. Last-last bercerai barai. Penutup ceritanya pulak kalau hero tak bunuh penjahat, mesti mero mati. Penjahatnya pulak kalau tak kena bunuh dengan hero atau kena tangkap polis mesti dia automatik jadi insaf. Dah insaf, kopiah atau songkok tu wajib, pulak dah. Jenis cerita yang merepek-repek. Mat kacau mesti boikot cerita macam ni.

Tapi kalau perhatikan balik, senario ni sama la jugak macam senario politik negara kita. Ahli politik bergaduh sampai timbul urat leher, lepas tu mesti berbaik. Dah berbaik cari lagi isu nak bercakar balik. Gua tampar jugak dua-dua ni kang bodoh jugak jadinya nanti. Ada sesetengah ahli politik tu sekejap-sekejap jadi menteri tu, sekejap-sekejap jadi menteri ni. Tak pernah tetap dengan satu-satu benda, macammana nak maju kalau macam ni?

Semua orang nak jadi tu nak jadi ni. Ibrahim Ali je nak jadi katak puru. Terlompat sana terlompat sini.

Haih.. rasa tak tenteram jugak.

Apa saja boleh berlaku dalam dunia pada hari ni, dalam jangkaan dan luar jangkaan. Politik? Dalam politik, mana-mana parti sekalipun kuasa yang akan bercakap. Dan kuasa didalam politik adalah wang. Oh..bukan politik saja hatta dalam kehidupan seharian pun wang adalah satu bentuk kuasa.

Bercakap pasal kuasa wang.

Pagi tadi pagi-pagi lagi gua ke pasar. Nak cari ulam-ulam hajatnya. Berpusing-pusing dalam pasar ternampak pulak orang jual ubi stelo. Kepala dah terbayang ubi stelo rebus cicah kelapa. Ciken cop tolak tepi. Ada 1 kilo je ngam-ngam, RM 2.00 sekilo. Gua dah suruh budak penjual ubi tu bungkuskan. Tiba-tiba datang seorang awek yang dah jadi bini orang gua syak. Tergopoh-gapah.

adik..wi ko kak la ubi tu, kak baya 3 riyal. Nih amik duit nih”..

Budak penjual ubi tu pun hulur la ubi tu kat awek tu. Abis gua macammana ni? Takkan gua tertewas kerana seringgit? mentang-mentang awek tu charee kata orang johor.

Jahanam punya budak penjual ubi, dasar materialistik.

Saturday, November 7, 2009

Gua Ada Kebolehan Untuk Membaca Gerak Bibir

Tadi masa Halim Napi lalu depan KJ, gua tengok bibir dia sebut

"hey motherfucker.."

"ya saya.." balas si KJ

Apa-apalah.

Monday, October 26, 2009

Mari Balik Kampung

Dari Skudai ke Kelantan, antara melalui jalan Yong Peng - Segamat dan Kota Tinggi - Mersing, yang mana lebih dekat kalau dikira jaraknya secara kilometer?

Siapa yang terbaca entri ni dapat menghurai persoalan yang sedang berputar-putar kat dalam kepala gua ni?

Sebabnya, malas juga gua nak menunggang dan menyeksa enjin motor gua tu lama-lama, sorang-sorang pulak tu. Dah orang lain 11/11/2009 baru habis paper, gua 4/11/2009 dah settle dah.

Tapi apa yang lebih pentingnya sekarang ni, kemana hilangnya nota gua? saat-saat mendebarkan macam ni la dia nak hilang, tahi punya nota.

Dah, esok gua dah first paper, lu orang semua tadah tangan, doakan gua selamat dan berjaya.

Terima kasih.

Gua doakan semoga Tuhan sentiasa merahmati lu semua.

Amiiin..

Tuesday, October 20, 2009

Cerita Yang Sudah Tiada Siapa Mahu Ambil Peduli

Mata kita tidak buta, cuma cahaya yang tidak menyuluh arah kita.

Cahaya yang dipadam oleh mereka yang rantai pada tangan kita, kuncinya ada pada mereka.

Cahaya yang dipadam sinarnya kerana mereka lebih bahagia melihat kita kegelapan.

Di setiap detik kehidupan, manusia tidak dapat tidak mesti dan terpaksa untuk membuat keputusan. Namun dengan lumrah kehidupan kita seperti sekarang, apa yang kita dapat bukanlah apa yang terbaik buat kita kerana mereka yang memutuskannya dan itulah apa yang terbaik buat mereka. Walau mereka tidak dan tidak pernah akan sedar gelojoh serakah mereka bakal membunuh kita.

Mata kita dibutakan, telinga kita ditulikan.

Kita dilambung-lambung didalam arus yang direka-reka, dan kita akan terus kekal menerima semua itu sebagai suatu kehidupan, dan bagi sesetengah dari kita tiada kehidupan yang lebih baik selain dari ini.

Maka kita tidak akan lagi merasa janggal untuk menjadi dangkal.

Kami telah terlalu lama dibelenggu sehinggakan kami berubah kepada manusia yang sudah terlupa bagaimana untuk menjadi manusia.

Jika kunci itu belum kamu buangkan, ambilkan dan bukakan rantai ditangan kami. Biar kami lepas bebas, biar kami dapat pelajari kembali apa yang telah kami lupakan, untuk menjadi kami yang sepatutnya.

Monday, October 5, 2009

Ular juga diantara kesemuanya, berotak dan berakal.

Kerana ular dengan sungguh-sungguhnya mengatakan

"memang makanan aku"..

dan diulangi lagi

"memang makanan aku"..

Sementara yang lainnya, dengan mudah dan tanpa berfikir panjang menuding jari kepada orang lain. Maka terserlahlah akan kedunguan mereka semua.

Bangau contohnya, menidakkan kedangkalan dan kemalasan diri sendiri dengan meletakkan kesalahan kepada ikan, dan ikan kepada rumput yang tinggi.

Nah sekarang, sifat seperti ini dimana dengan mudah dapat kita lihat? atau mungkin kita alami dengan sendirinya, dimana?

Namun berhati-hatilah, walau ular itu bijak namun dalam ajaran sesetengah kultus ular itu digambarkan sebagai makhluk lambang kejahatan.

Sedang molek benarlah.

Saturday, September 19, 2009

Untuk Semua Kaum Muslimin Dan Muslimat

Selamat menyambut hari raya aidilfitri.

Semoga hari raya yang bakal tiba akan membawa kegembiraan, keceriaan dan keberkatan kepada kita semua.

Kepada yang akan memandu pulang ke kampung, berhati-hati dijalan raya.

Kepada rakan-rakan, saya meminta maaf untuk segala yang tidak menyenangkan.

Kepada umi dan abah, saya minta maaf dari hujung kaki ke hujung kepada, halalkan makan minum saya, halalkan kemudahan yang umi dan abah bagi, halalkan setiap sen duit yang umi dan abah berikan.

Kepada ALLAH s.w.t, ampuni dosa saya yang jahil ini, berikan saya kekuatan untuk mengikut kehendakmu, berikan juga saya kekuatan untuk menghindar laranganmu.

Selamat berhari raya, saya akan sibuk dengan majlis pernikahan.
...
...
...
...
...
sepupu saya.




p/s: 'saya' untuk selamat hari raya.

Friday, September 11, 2009

Selamat Berbuka Puasa

Esok gua balik kampung, melalui Kuala Lumpur.

Singgah semalaman diKuala Lumpur.

Siapa mahu belanja gua buka puasa?

Tuesday, September 1, 2009

Monday, August 31, 2009

Ron 95 dan Ron 97

Kemerdekaan kali ke-52 semalam menghadiahkan kita semua rakyat malaysia dengan 20 sen pertambahan harga minyak pasaran bagi ron 97 dan minyak bergred baru iaitu ron 95 mulai diperkenalkan. Menjadikan harga bagi minyak ron 97 rm2.00 seliter dan ron 95 rm1.80 seliter, angka yang belum rasmi dan berkemungkinan akan dipinda kepada jumlah yang lebih tinggi lagi.

20 sen seliter itu mampu mengubah keseluruhan perbelanjaan bagi sebuah keluarga yang kurang berkemampuan.

20 sen itu, pasti membebani mereka-mereka yang kerjanya bergaji minggu.

20 sen itu, gua tak suka.

Dan sebagai pengetahuan am, ron adalah singkatan kepada research octane number atau jumlah nilai oktana yang terkandung dalam minyak. Semakin tinggi nilai oktana, maka semakin cekaplah kadar pembakaran campuran petrol dan udara didalam ruang pembakaran enjin.

Pembakaran yang cekap disamaertikan dengan pembakaran yang sempurna yang mana ianya akan menjimatkan penggunaan minyak petrol dalam kadar yang berterusan, dan gred 95 adalah gred yang kurang cekap pembakarannya. Bermakna, dengan tekanan serta suhu yang tinggi didalam enjin, campuran petrol dan udara akan terbakar dengan lebih awal dan tidak sempurna, menjadikan enjin kenderaan kurang berkuasa, knocking serta penggunaan minyak yang tidak efisien. Ini fakta, sebab itulah antara minyak hijau dengan minyak merah, orang akan pilih minyak hijau, kerana minyak hijau itu ron 97 dan minyak merah itu ron 92. Mananakala ron 95 adalah minyak kuning.

Masalahnya dengan minyak ini, raya nanti gua balik kampung halaman bermotosikal. Johor ke Kelantan, hujung ke hujung, jadi nilai duit yang akan gua spend untuk minyak juga akan bertambah. Dengan banyaknya. Kerana gua hanya menggunakan minyak ron 97, lebih kilometer yang gua dapat.

Kalau pakai ron 95, menangis la gua kat jalan jerangau-jabor nanti. Mana ada stesen minyak sepanjang jalan tu, dah la jauh. Minyak tu cepat habis, testimoni dah pun dilakukan oleh member gua.

Takkan gua nak pikul tong minyak pulak balik nanti? bodoh la lu jib, lu takpe la duit minyak pakai duit bapak gua. Cuba la lu naik motor macam gua ni, baru la lu insaf sendiri.

Rakyat didahulukan? rakyat diulu-ulukan, baru la betul. kan?



p/s : dah rasa macam blog permotoran pula. Takpelah, memang gua minat permotoran pun.

Sunday, August 30, 2009

Hari kemerdekaan yang ke-52

Selepas detik pukul 12 malam ini, diharap tidak ada yang meraikannya dengan botol-botol arak yang bergelimpangan, getah-getah durex bersepah-sepah. Hodoh benar gua membayangkannya, manusia dah serupa binatang dah.

Tak payah sambut pun tak apalah, bukan boleh tambah nilai patriotik dalam jiwa pun. Jangan didengar sangat bebelan rais yatim pasal patriotik tu, mengarut saja.

Sekali lagi untuk yang suka minum tunggang-langgang tu, kalau dah kemaruk sangat nak mabuk, minum senyap-senyap dekat rumah. Nanti kena tangkap susah, mengaku salah susah, tak mengaku salah susah juga. Dah la sisters in islam macam pukimak, islam apakebenda kalau tak setuju dengan ketetapan Tuhan. Tak guna punya orang, suap tulang ayam ni karang tercekik mampus baru la tau.

Jadi malam ni, duduk saja dalam bilik atau duduk saja dirumah. Tak payah nak keluar ke mana-mana. H1N1 dah berevolusi, dah makin advanced, tak takut ke? Nyawa bukan boleh beli dekat kedai alat-ganti, baik layan 10 Tahun Sebelum Merdekan arahan Fahmi Reza, ada juga faedahnya. Boleh perbetulkan balik apa yang dah dibengkokkan tu. Baru dapat bezakan mana satu biawak mana satu manusia.

Oh ya, siapa yang ada buku teks sejarah? kalau masih ada yang simpan, bakar api sajalah. Itu bukan buku teks sejarah yang mencatat sejarah dengan sebetulnya, itu hanyalah alat publisiti. Baik baca majalah kereta yang pipiyapong jadi kolumnis tu, untung-untung dia dapat bonus boleh dia belanja gua makan chicken chop.

Selamat hari kemerdekaan yang ke -52.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Puasa bererti menahan diri dari makan dan minum serta segala perkara berkaitan yang akan membatalkan puasa bermula terbitnya fajar sehingga terbenam matahari.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, rebutlah sebanyak mana mungkin nikmat Tuhan dibulan yang penuh berkat ini.

Thursday, August 13, 2009

Dimana Dia Kesatria Kita Semua?

Dari saat entri ini ditulis, angka kematian berkaitan wabak H1N1 adalah melebihi dari 40 orang, satu jumlah yang meningkat dengan cepat dari hari kehari.

Tidakkah kamu semua terkesan dengan semua ini? Atau tidakkah kamu semua merasa gusar dengan apa yang sedang berlaku ini? Kalau bimbang, apa yang telah kamu semua lakukan demi untuk ini?

Dan juga cuba tanya diri kamu sendiri, apa yang telah kerajaan kamu, kerajaan yang memerintah negara kamu ini telah lakukan dalam usaha memastikan keselamatan dan kesihatan rakyatnya terjamin? tanyalah berulang kali, dan pastikan kamu mendapat jawapan.

Langkah yang telah diambil setakat ini adalah dengan menghentikan operasi sesebuah institusi dengan memberi cuti sekurang-kurangnya seminggu, namun apa faedahnya untuk kita ini semua? Terhentikah penularan wabak ini? Adakah kerajaan yang kamu sanjung itu adalah setakat ini tahap bijaknya? Dengan cuti yang seminggu itu, mereka yang bercuti boleh sewenang-wenangnya kemana-mana yang mereka inginkan, tiada halangan. Tiada sekatan. Mereka boleh menghadiri tempat tumpuan ramai, mereka boleh balik ke kampung, dan mungkin merebakkan wabak ini dikampung mereka pula.

Ini satu langkah yang pasif, ini satu langkah yang sekadar ambil syarat mengatakan mereka telah berbuat sesuatu. Tiada gunanya kepada kita, kita sekarang ini seumpama berada didalam satu bilik kedap, dan menunggu masa untuk dilepaskan gas beracun kedalam bilik itu, dan kemudian mati.

Namun akhbar-akhbar tetap memuji kerajaan dengan mengatakan itu adalah langkah yang terbaik dari kerajaan. Dasar pengipas, kerja tidak berkat. Tuhan marahlah bodoh. Makan hasil rezeki tidak berkatlah kamu, membesar anak-anak kamu dengan hasil rezeki tidak berkatlah mungkin. Mana anak-anak kamu tidak jadi mat rempit, mana anak-anak kamu tak jadi bohsia, mana anak kamu tak jadi kutu rayau. Mana tak rosak generasi hari ni. Cukup.

Berbalik kepada isu wabak, ramai yang membicarakan situasi ini dengan mengaitkannya dengan amalan-amalan kapitalis, dengan amalan-amalan para pemodal antarabangsa yang rela melakukan walau apa sahaja demi mengaut apa yang mereka gelar sebagai harta dan kemewahan. Itu gua tidak mahu untuk nafikan kebenarannya, mereka yang bertuhankan setan begitulah gayanya.

Tapi mari kita melihat isu ini dari sudut kita, dari skop pengamatan kita. Ataui lebih tepat, kita melihatnya dari sudut negara kita, kerajaan kita. Sesudah itu, barulah kita melonjak kearah skop yang lebih meluas.

Umum mengetahui bahawa vaksin kepada wabak ini sudah ditemui, sudah tercipta. Namun masih tidak dapat diberikan kepada mereka yang amat-amat memerlukannya. Kenapa ini semua? mahu tunggu sehingga rakyat negara kamu tinggal sekerat baru kamu nak tergadah? tidakkah keraajan kita mempunyai kebolehan untuk mendesak mereka-mereka yang terlibat untuk mempercepatkan pengeluaran vaksin ini. Atau tidak berani? tidak ada telur?

Nah, secara jujur sekarang siapa yang membahayakan keselamatan negara? apakah masih tidak bahaya keadaan kita sekarang? orang suruh mansuh ISA tak mahu mansuh, sekarang gunalah akta kesayangan kamu itu untuk memastikan keselamatan negara kamu. Tangkap dan sumbat mereka-mereka yang membahayakan negara ini kedalam lokap, rahsiakan kedudukan mereka. Biar mereka mati mengerekot didalam sana. Padan muka.

Oh ya, terlupa pula gua. Mana boleh koyak baju dibadan sendiri, nanti jadi macam orang gila.


p/s : kenapa bila kita taip di word, kemudian salin dan tampal disini, tulisannya menjadi lain sekali ya?

Monday, August 10, 2009

Entri Nombor Seratus Juga Akhirnya

ini Baguk, bukan gua. Mat yen, tolong jelaskan.


Disuatu petang yang agak redup, gua duduk minum-minum bersama teman-teman, Baguk juga turut ada. Dengan muka seperti penanggalan.

Sedang asyik gua mengunyah wafer, Baguk menyua ingin berbicara.

Baguk : dok..ko nak duit lebih tak?

Gua : mesti la gua nak, sapa tak nak duit, apa benda la soalan lu ni, bengap.

Baguk : Sorry, my bad..kita berniaga bulan puasa ni nak tak?

Gua : molek juga, kita nak berniaga apa?

Baguk : kita berniaga burger nak tak?

Gua : kepala hotak lu, sapa nak makan burger time-time buka puasa? Orang buka puasa dengan nasi, dengan kuih-muih, cuba jadi bijak sikit.

Baguk : apa salahnya, ekonomi kita kan laissez-faire. Tau laissez-faire?

Gua : ……………,(dalam hati) wow! Bila masa pulak menatang ni study ekonomi.

Tu lah dia Baguk, tak padan dengan kencing dalam botol. Terkesima gua petang tu, sapa yang pernah ajar budak Baguk ni ekonomi? Patut lu dah boleh bangga, ada jugak benda yang melekat dalam kepala dia ni sekurang-kurangnya.

Tapi gua pantang kalau dengan Baguk, mana boleh kalah dengan dia tu. Lama jugak gua termenung, tiba-tiba..

Gua : oi, masalahnya keadaan kita ni sama seperti ekonomi sosialis, pasaran buruh dikawal oleh penguasa. Kan kita kena minta tapak dengan harta bina, bukan senang-senang nak berniaga.

Baguk : habis tu? apa yang nak kepohnya?

Gua : puasa lagi berapa hari, lu ingat ada lagi ke tapak berniaga orang nak bagi kat lu? mesti semua dah habis harta bina sewakan, lagipun kalau ada tapak sekalipun, siapa yang nak bagi kat lu kalau dorang tau lu nak berniaga burger time bulan puasa, baghal..!.

Baguk : ……………………………

Puas hati gua, bangun pagi tak gosok gigi terus capai roti. Pengotor, ada hati nak pangkah gua, heh..he..!

Sebetulnya gua terkejut juga, siapa sangka gua boleh berbicara secara ilmiah juga kita kira dengan Baguk. Selalunya kalau Baguk, mesti hal perempuan saja, yang mana cantik yang mana tak. Itu saja dalam benaknya kebanyakan masa.

Haih.


p/s : sebenarnya ada beberapa entri yang gua dah delete. Heh..he..

Tuesday, July 28, 2009

Inilah Kesannya Bila Tidak Berakal, Yang Memilih Atau Dipilih.

Gua hairan juga memikirkan benda yang terjadi ni.

Belum sampai sebulan berada disini, rata-rata orang yang gua kenal semuanya terkena demam. Termasuklah gua yang masih lagi sakit-sakit kepala dan badan.

Kenapa ya? perubahan cuaca ke? Mana mungkin perubahan cuaca buat semua orang demam dan batuk-batuk, takkan orang yang aktif dan selalu bersukan dan berpeluh sehingga baju kebasahan seperti gua ni boleh terkesan dengan perubahan cuaca seperti ini?

Haih..

Atau mungkin kerana air yang digunakan disini adalah air yang dijual murah kepada Singapura dan diproses di Singapura? Kemudian dijual secara mahal kepada Malaysia oleh Singapura?

Jahat punya penjual, bodoh punya pembeli.

Siapa la yang undi pembeli tu masa pilihanraya, baik undi lembu. Sekurang-kurangnya kalau berlaku kajadian seperti ini tidak mengapalah, kerana dia lembu.

Pilihanraya sekali lagi, bolehlah perbetulkan kesilapan anda ya. Janganlah lagi menyokong orang yang tidak berakal(lembu?) ini naik ke takhta kuasa. Seumpamanya seperti menadah kepala anda untuk diberak oleh mereka, wekkk!!!

Gua tak sanggup.

Agenda penjualan yang jahat disusuli agenda pembelian balik yang jahat dan bodoh(lembu?) ini nyata dimurkai Tuhan. Maka Tuhan kenyit saja mata untuk memberi pengajaran buat mereka.

Yang terkenanya orang-orang yang sakit dan demam rata-rata di Johor ni lah, kesian mereka.

Kesian gua.

Uhuk! uhuk!

Thursday, July 23, 2009

Entri Entah Apa-Apa

Kapitalisme adalah anjing, betul atau tidak? ramai yang berkata seumpama itu.

Dunia saat sekarang adalah dunia yang mana dilingkungi oleh golongan kapitalis disegenap ceruk dan pelusuk. Tidak dapat tidak, kita akan terjebak sama. Hidup bersama didalam lingkungan mereka, dan merasa selesa dengan tawaran-tawaran mereka.

Bersendirian, gua terlintas suatu masa dikampung dahulu. Suatu masa yang sangat lama dahulu, bilamana masyarakat yang saling berjiran menjalani kehidupan seharian.

Bila ada suatu kemahuan dari jiran, yang biasa didengari adalah "makcik..mak minta serai sikit", contohnya..

Tapi diwaktu sekarang, yang biasa didengar adalah "makcik..mak minta beli serai"..

Kita semua sudah tidak berani untuk meminta, duit mesti diutamakan. (kapitalis?)

Dan sambungannya adalah, "berapa ringgit mak kamu nak beli?"

Nampak? mereka-mereka yang sebetulnya tidak tahu menahu akan maksudnya kapitalis ini pun sedikit demi sedikit berubah menjadi kapitalis. heh!

Ini contoh kasar sahaja, kampung gua masih lagi percuma kalau sekadar dua tiga batang serai.

Cuma tidak terfikirkah kita siapa dalang kapitalis ini? siapa mencipta sistem kapitalis ini? apa kesannya kepada kita?

Namun hakikatnya ini adalah cabang-cabang sahaja dari rumpun pokok yang telah lama berakar umbi diatas muka bumi ini. Hidup subur dan menjalar ke serata dunia, memeluk setiap aspek dan prospek.

Percaya atau tidak, sila tengok The Arrivals dari mula sampai ke akhirannya.

Nafsu tunjangnya, syaitan penguasanya, mereka-mereka pendokongnya.

Atau termasuk kita?

Sunday, July 19, 2009

Aku Tahu Aku Bukan Perjudian Yang Terbaik Buatmu, Tapi Aku juga Bukan Yang Terburuk Untuk Kau Buangkan.

Hari ni gua seharian lepak dalam dewan, dari pukul sepuluh sampai ke maghrib. Selesaikan urusan ptptn yang agak siput babi. Lama kemain tercongok dalam dewan, tak lulus juga ptptn nanti, gua ingat nak jadi pengganas. Nak bakar bangunan ptptn sana nu ha.

Tapi sebelum tu rasa-rasanya gua terpaksa mati kering dulu, sungguh-sungguh dah kering ni. Pokok duit gua dah jarang berbuah sekarang ni.


*****

Dan hari ni juga baru gua tahu bahawa selain boleh disulam dibaju dan dibuat gelang tangan, manik juga boleh dibuat selipar.

Hahaha!

Jangan marah no.

Friday, July 3, 2009

Tidur Lebih Enak

Ada satu hari tu, gua dalam orientasi. Dipaksanya masuk kedalam dewan. Terkonyong-konyong gua berjalan.

“khaled nordin nak datang” katanya puak-puak fasilitator. Oh terlupa, mereka tak suka dipanggil fasilitator, “panggil kami crew ok”.

Apa-apalah kau

Terpamer satu kain rentang, perasmian program minggu haluan siswa oleh menteri pelajaran.

“oooohhh”..gua didalam hati.

Sampai saja dia tu, kami terpaksa pula menyogok dia dengan bermacam-macam gaya yang kalau dibuat bukan didalam program tu, bisa menjatuhkan harga diri. Orientasi, faham-faham sajalah..

Oh, bila gua sebut kami maknanya gua terkecuali. Gua berdiri dan masuk tangan dalam poket saja.

Banyak juga benda merepek yang puak-puak crew ni ajar dalam masa tu. Sama merepeknya macam 1 malaysia tu, tengoklah nanti, tinggal 1 malaysia saja. Isinya entah kemana, macam DEB juga.

Dalam pukul 10 pagi, dapat saja mikrofon kat menteri pelajaran tu, perkara pertama yang dia sebut adalah kita patut bersyukur hidup dibawah naungan kerajaan malaysia.

Gua dah setting badan atas kerusi sedap-sedap, bila menteri pelajaran tu cakap lagi, gua dah terlena.

Pukul 10.35 gua tersedar, nyenyak betul tidur dalam hawa yang dingin tu. Menteri pelajaran masih membebel, “kita patut merasa bangga mendapat perdana menteri sebijak beliau” fitnah menteri pelajaran.

“bila dia nak rasmi majlis ni” getus hati kecil gua, sambil bersedia untuk sambung tidur.

Saturday, June 20, 2009

'Selamat Datang'..Ucap Skudai Penuh Sinis.

Ya, gua berjaya dalam permohonan untuk melanjutkan pelajaran.

Terima kasih Tuhan.

Sekarang gua tengah menunggu surat tawaran berserta segala mak nenek borang itu dan ini yang masih belum sampai ketangan gua, tarikh lapor diri adalah 28 jun. Tinggal lagi 7 hari.

Dengan pemeriksaan kesihatan, pengesahan itu pengesahan ini, setem hasil lagi, bla bla bla macam-macam lagilah. Habis projek gua kat rumah ni siapa mahu uruskan?.. Minta-minta semua sempat gua selesaikan.

Hoi Khaled Nordin, tidak terfikirkah lu akan kekalutan yang bakal gua lalui nanti? atau mereka-mereka yang sekapal dengan gua akan lalui nanti?

Otak udang!

Wednesday, June 17, 2009

Manusia Setengah Dewa

Wahai Presiden kami yang baru
Kamu harus dengar suara ini
Suara yang keluar dari dalam gua
Gua yang penuh lumut kebosanan

Walau hidup adalah permainan
Walau hidup adalah hiburan
Tetapi kami tak mahu dipermainkan
Dan kami juga bukan hiburan

Turunkan harga secepatnya
Berikan kami pekerjaan
Pasti ku angkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Masalah moral masalah akhlak
Biar kami cari sendiri
Urus saja moralmu urus saja akhlakmu
Peraturan yang sihat yang kami mahu

Tegakkan hukum setegak-tegaknya
Adil dan tegas tak pandang bulu
Pasti ku angkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Turunkan harga secepatnya
Berikan kami pekerjaan
Tegakkan hukum setegak-tegaknya
Adil dan tegas tak pandang bulu
Pasti ku angkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Wahai Presiden kami yang baru
Kamu harus dengar suara ini


**********

Kemaskini : Ini adalah hasil karya yang telah gua salin dan tampal yang telah diceduk dari lirik lagu nyanyian Iwan Fals, salah seorang penyanyi yang gua gemari. Penulis lirik asal lagu ini tidak pula gua ketahui, tapi besar kemungkinan lirik adalah ciptaan Iwan Fals sendiri. Sila betulkan kalau gua silap dan beliau menyanyi adalah bukan kerana duit yang menjadi alasan nombor pertama.

p/s : Terima kasih bang abdullahjones kerana telah menyedarkan gua, nanti satu masa izinkan gua belanja bang abdullahjones teh halia gelas besar. :-)

Monday, June 8, 2009

Malam ini bulan hampir purnama, indah sungguh ciptaan Tuhan yang satu itu.

Hari-hari cuti seperti hari yang gua lalui sekarang ini terasa benar kosongnya tanpa ada apa-apa perkara yang boleh membuatkan gua sedikit aktif, asyik berkurung dirumah dan cuma sesekali menolong dikedai komputer memang membosankan.

Masa terluang banyak yang diisi dengan termenung dihadapan gelas kopi diwarung, ah..seperti orang tua. Tidak langsung ada perkara yang mampu menarik minat dan merangsang nafsu gua untuk tidak bersahaja.

Mahu mengisi lompong-lompong antara waktu dengan kawan-kawan, masing-masing ada komitmen. Yang dadah dengan dadahnya, yang bekerja dengan kerjanya, yang sudah berbini asyik dengan bininya.

Setiap masa asyik mahu bersama bini, ah..perasaan mahu berbini tu tiba-tiba datang pula. Membuak-buak.

Jadi untuk menghilangkan sedikit kebosanan, malam tadi gua keluar keseorangan. Memandu motosikal tanpa arah tuju menyusur malam yang dengan fikiran yang kosong.

Sehingga tiba-tiba terbit satu akalan untuk ke pantai, gua ke pantai irama. Sesampai disana dan memilih tempat yang sedikit jauh dan terasing daripada ramai orang, gua memanjat dan duduk termenung diatas batu.

Merenung air dan bias cahaya bulan dimuka laut, kosong dan gelap jauh dihadapan sana. Pandang keatas, mata tertacap pada indahnya bulan yang hampir purnama, putih dan cerah. Alangkah baik jika hati gua seputih dan secerah itu, namun hakikatnya tidak. Itulah masalahnya.

Ketenangan sukar dicari jika begitu.

Selang beberapa ketika, bila merasakan bunyi desiran ombak sudah menjadi gangguan dan sudah tidak menenangkan, secepat yang mungkin gua pisahkan punggung dari batu untuk berlalu pergi dari pantai.

Dengan kelajuan sederhana gua kembali menunggang tanpa arah tuju, angin malam laju menerpa ke muka. Dingin, sedingin hati gua bila rasa suka dan sayang sudah dikikis oleh benci dan meluat.

Sambil memandu, fikiran jauh melayang. Teringat kenangan-kenangan lama, suka duka hidup selama mana menghela nafas ini, apa yang bakal gua lalui untuk hari-hari yang akan datang.

Jika ditakdirkan suatu hari nanti gua ada keluarga sendiri, mampukah gua dengan keadaan yang sekarang ini untuk mencorakkan keluarga gua itu dengan warna-warna yang cerah dan menarik. Ah..kusut jadinya.

Macam-macam pula gua ni fikirkan.

Waktu sudah lewat bila gua sampai di rumah, umi membebel tanda prihatin dan sayang. Gua sudah biasa.

Harapan untuk menghilangkan kebosanan memang tidak tercapai, kebosanan yang ada ditambah lagi dengan kemurungan yang tercipta akibat dari berperang dengan segala macam perasaan dan buah fikiran sendiri, berperang dengan diri sendiri. Orang gila.

Kadang-kadang gua sedar yang gua ni terlalu banyak fikirkan perkara yang masih jauh dihadapan, sepatutnya lebih fokuskan kepada hal didepan mata.

Adakah ini permainan alam dewasa, atau gua takut dengan kedewasaan?

Haram Zadah..!!!

Semalam tengah ralit gua menziarah blog, terjumpa satu blog ni. Sila klik disini.

Entah dari celah bedah mana datangnya.

Lepas terbaca sikit, gua jadi pening, kembung perut dan loya.

Malang sungguh, boleh buat orang sakit rupanya blog ni.

Semoga Tuhan bukakan pintu hatinya untuk menjadi orang terlebih dahulu, kemudian barulah menjadi sesuatu yang ada gunanya.

**********

Hah kamu..banyak mana jemputan kenduri yang kamu dapat musim-musim cuti sekolah ni?

Thursday, June 4, 2009

Pasir Puteh - Kuala Terengganu - Kuantan - Kuala Lumpur - Ipoh - Kuala Kangsar - Cameron Highland - Grik - Pasir Puteh

Penat, letih, nak marah orang.

Penat, letih, nak mandi dan makan.

Penat, letih, nak tidur.

Aduh, seksa juga ye jadi pemandu orang bercuti ni.

Abis gua yang tengah bercuti ni macammana?

Serupa tak cuti langsung..dahla, gua nak pergi tidur.

Selamat malam.

Friday, May 29, 2009

Nyamuk, jangan gigit aku!

Teringat satu kata-kata kala menonton Kembara Seniman Jalanan coretan abang Pyanhabib..

"Nyamuk, jangan gigit aku!"

Banyaknya nyamuk-nyamuk hari ini yang menggigit kita dengan pelbagai cara dan kaedah dan dari kesemua sudut dan arah yang mampu kita fikir dan tak mampu fikirkan, sehinggakan kita longlai tidak berdaya untuk menepis lantas terjurus kedalam alam wabak yang dibawa nyamuk-nyamuk ini.

Antara rela dan terpaksa, itulah dunia kita pada hari ini.

Anak kita, cucu kita, generasi kita..bagaimanakah mereka dikemudian hari?

Lepas ni entah apa malapetaka lagi nak menimpa kita umat manusia bila Bik Mama bertempik pung pang pung pang sambil tuding-tuding jari.

Baru sudah buat menatang ni, untuk 10 orang murid.

Naik berpinar mata gua.

Hoi Rosmah, kepala hotak apa lu nak suruh buat benda ni?

Pundek.

Kalau lu ada depan gua ni, gua dah cincang lu bagi makan kat babi. Biar jadi macam cerita Snatch.

Tuesday, May 26, 2009

Baguk Bagero

Baguk jika dinilai secara menyeluruh, anda akan dapati bahawa dia adalah merupakan manusia dari spesies yang jarang ditemui. Kemungkinan besar Baguk adalah merupakan yang terakhir dari spesies yang sangat jarang ditemui itu.

Para gadis tidak perlu khuatir dan gusar, nafsu Baguk tidak terpikat kepada benda bernyawa apatah lagi kepada gadis dara sunti.

Selain dakwaan yang Baguk alah kepada bau durian, Baguk juga menjadi sedikit lahabau apabila tiba waktu makan nasi kerabu, dia akan mengasingkan daun-daun kerabu dan juga sambal kelapa dari nasi. Dan akan dicuit sedikit demi sedikit seiring dengan suapan demi suapan, bukan menggaulkannya semua sekali seperti adat orang kebiasaan makan nasi kerabu.

Pesen apa lu ni Baguk?

Ini ada sedikit gambar-gambar Baguk yang gua jumpa, daripada gua simpan buat menyemak kat dalam hard disk gua. Baik gua papar kat sini, biar orang ramai dapat tengok betapa Baguk itu adalah Baguk.


Hisap jari dan Baguk ibarat isi dengan kuku.



Akibat tidak pernah terkena cahaya lampu limpah kamera, Baguk seakan semi-retarded bila diambil gambar.



Pengaruh drama silat dahulukala yang sangat kuat, asal sakit badan sikit nak bertapa asal sakit badan sikit nak bertapa, tahyul benar lu Baguk.



Pengaruh Kamen Rider juga tidak kurang hebatnya didalam proses pembesaran Baguk, sampai ke kelas Baguk bawa poster Kamen Rider. Tengok ni la, buat gaya Kamen Rider nak bertukar.



Anak orang asli.



Ketika naik syahwat, tapi jangan risau. Seperti yang gua katakan, nafsu Baguk bukan pada benda bernyawa.




Oh ya, gambar kedua terakhir itu tiada kena mengena dengan Baguk.

Selamat menjamu mata.

p/s : bagaimana ya mahu untuk meletakkan tulisan-tulisan dibawah gambar itu menjadi berada ditengah-tengah, menjadi center. Dangkal sungguh gua ini, terasa diri ini insan terhina.

Monday, May 25, 2009

Berhati-hati

Bila kamu ke perpustakaan atau ke toko-toko buku, berhati-hati bila kamu terjumpa apa-apa nota yang terselit didada buku.

Tambah-tambah lagi jika ianya tertulis, jejaka kesepian mencari teman atau gadis kesunyian mencari kawan.

Kerana mungkin akhirnya kamu akan dicop sebagai buat-buat rajin membaca..demi mencari teman.

Aduh, sakit pula kepala gua ni. Nak masuk sauna la sekejap, nanti gua update lagi.

Siap lu.

Sunday, May 17, 2009

Friday, May 15, 2009

Baca betul-betul

Sebenarnya dah lama gua nak menulis tentang ini, tentang masalah segelintir daripada kita. Sejak dari hari seorang bloger menulis dan menghentam mat yen lagi, tapi gua tak akan menulis panjang-panjang untuk ini.

Pengagungan daya pemikiran yang sedikit bercelaru hasil pupukan falsafah-falsafah barat yang kiri itu dengan mengabaikan aspek-aspek Ketuhanan.

Manusia bila sudah pandai, sudah terbuka atau sudah terlalu terbuka mindanya maka akan lebih cenderung kearah melorong hidupnya berdasarkan tahap pemikiran atau apa yang dipanggil oleh mereka sebagai logik akal dan logik akal semata-mata.

Itu ini semuanya kalau logik akan diterima manakala tidak logik akan ditolak.

Hukum-hakam dan undang-undang Ketuhanan langsung tidak dipandang, malah dijeling pun mungkin sekali jarang.

Kemudian dengan sesuka hati bercakap tentang peraturan Tuhan mengikut perut pedal sendiri, fikirkanlah akibatnya walau sekali. Agama itu bukan milik lu, bukan milik ayah lu dan bukan milik sesiapa untuk ditakwilkan dengan logik akal.

Apa yang boleh itu dan apa yang tidak boleh itu ada baik buruknya, ada pertimbangan yang telah Tuhan tentukan untuk hamba-hambanya. Jangan yang tidak boleh dan tidak kena dengan selera lu itu lu ubah dan takwilkan sesuka hati mengikut logik akal lu. Itu celaka namanya, dan kalau lu masih suka dan berkeras untuk terus menyukainya maka teruskanlah hidup lu dalam kecelakaan.

Tuhan menyukai agar hambanya belajar berfikir dan menjadi pandai. Tapi kepandaian itu bukan gunanya untuk melawan balik Tuhan, anjing mana boleh gigit tuan sendiri.

Agama Islam itu adalah berkenaan pematuhan, baik jasmani mahupun rohani kita mesti patuh dan tunduk pada kehendak Tuhan. Tuhan tidak memerlukan apa yang lu panggil sebagai logik untuk membuktikan apa yang dihajatinya bersesuaian dan mempunyai kebaikan terhadap lu. Jadi yakinlah dan jangan cuba untuk ada bersangka-sangka lagi.

Dan berkenaan mereka-mereka yang terlalu mendokong falsafah-falsafah itu dan ini, sedarlah bahawa itu semua hanya teori ciptaan manusia. Sekadar mengetahui dan menghubungkait didalam sesetengah hal berpadananlah, jangan pula lu menjadikan benda-benda itu sebagai tunjang untuk hidup.

Takkan lu tak boleh fikir yang benda-benda tu semua dicipta oleh mereka yang beraknya hanya dilap dengan kertas, yang kencingnya hanya digoncang-goncang. Dan lu agungkan mereka? pada gua elok lagi budak-budak yang sanjung wonderpet.

Kemudian sedikit demi sedikit budaya mereka akan lu terima dan amalkan, sebab itulah ramai diantara kita yang bangga mengaku bahawa mereka-mereka itu adalah peminum arak yang tegar. Sementara dimasa lain sibuk bercerita diri itu penganut agama yang suci dan penyembah Tuhan yang satu.

Tidak malukah lu?

Wednesday, May 13, 2009

Bala Tuhan itu bukan setakat selesema babi, babi!

Dah bagi ambil balik, jahanam.

Woi apa nak jadi ni? sudah-sudah la main dalam kain, main kat luar biar orang nampak terang-terang. Itu nak tutup ini nak tutup mana syok.

Karang gua tulis bukan-bukan ni karang masuk ISA jahanam tu pulak

Bodoh.

Kecoh sana kecoh sini, mengundi balik apa salahnya? lagi bagus, semua orang puas hati.

Otak udang.

Betul kata bang dolah jones, insan itu tamaknya pada uang.

Gua sekeh karang bodoh jugak jadinya nanti.

Tuesday, May 12, 2009

Terima kasih Tuhan, terima kasih Kuala Lumpur.

Selamat tinggal Kuala Lumpur.

Dulu gua selalu dimomokkan dengan kata-kata berupa

"Kuala Lumpur tempat memperkosa jati diri"

"Kuala Lumpur tempat menodai budi"

"Kuala Lumpur tempat untuk membuntingkan akhlak dan melahirkan maksiat"


Semua itu pada gua, mungkin sekali kata-kata yang didasarkan kepada pengalaman. Mungkin benar dan mungkin juga dusta.

Lebih kepada dusta barangkali.

Kerana itu semua adalah didorong oleh setan, dan bukan didorong oleh sebuah tempat hutan batu yang bernama Kuala Lumpur.

Dan setan itu ada dimana-mana. Didepan kamu dibelakang kamu, dimana-mana sahaja.

Ini kata-kata dari gua

"Jangan kamu mencabul Kuala Lumpur, buntingnya akan melahirkan hanya nanah"

Hahaha!

**********

3 tahun gua menetap di Kuala Lumpur, suka dan duka kehidupan gua sebagai seorang pelajar disana akan kemas tersemat didalam lipatan sejarah hidup gua dengan harapan akan kekal menjadi jalur untuk gua ikuti dalam meniti hari yang semakin dewasa.

Dan

Kepada rakan-rakan yang selalu membantu dikala susah, menyusah dikala senang, dan mengepow bila duit gua masuk, terima kasih untuk segala-galanya.

Gua yang lu semua kenal selama masa itu, adalah gua yang sebetulnya. Ketawa gua tidak pura-pura sama juga marah gua tidak dibuat-buat.

Kepada kawan-kawan yang mengenali diri gua, terima kasih.

Tidak lupa juga kepada pensyarah yang banyak menyusahkan diri sendiri mahupun menyusahkan gua dan rakan sekelas, jasa kamu tidak mampu untuk kami semua balas. Semoga hidup kamu sentiasa didakap rahmat dan kasih sayang Tuhan.

Puan Zubaidah, terima kasih. Rumah saya ada anak kucing warna putih, comel je, puan nak?

En. Yusmady, terima kasih. Rumah kat Kelantan murah-murah, Mari la beli pat lima nam buah.

Puan Huda, terima kasih. Jaga Mawaddah baik-baik, Dah sampai masa nanti tak payah susah-susah cari calon suami, saya single lagi.

En. Saiful, terima kasih. Errr...lari dengan penuh semangat encik, nak kahwin jangan lupa jemput.

En. Norhan, terima kasih. Kawan saya ada bodykit waja nak jual, encik nak ke?

Encik Nuzul, terima kasih. Nanti encik beli la riding glove sepasang, walaupun naik skuter, keselamatan tu penting encik. Ek encik ek...

Dan untuk semua pensyarah subjek elektif gua, terima kasih. Saja je gua compile gini, malas nak taip dah, heh!

Dan untuk seterusnya kalau ada rezeki, mungkin sekali gua akan ke Skudai menyambung pengajian.

Doakan agar rezeki itu sentiasa ada untuk gua, kerana gua mahu untuk menetap dan merasa suka dan duka Johor untuk kali ini.

Terima kasih.

Gua ada kawan, orang Perak. Nama dia Suhaida

Hari ni, sampai je rumah, baru gua nak buka helmet gua dapat berita MB Perak tu haram rupanya.

Benda haram tak boleh buah buat main, pegi dok jauh-jauh. Syoohhh! syoohhh!

Tapi gua sikit heran, apa pasal dulu beria nak suruh dia jadi MB ye? sampai kecoh-kecoh.

Hmmm...

*****

Dah, mana kereta api? landasan pun gua tak nampak ni.

Eh, kereta api?

Lupa pulak dekat-dekat rumah gua ni mana ada kereta api.




p/s : Suhaida itu adalah nama seorang kawan gua yang berjantina lelaki, tak percaya kalu, tanya mat yen.

Thursday, April 30, 2009

Sesat Di Kuala Lumpur

Banyak kenangan gua kat sini, antara dosa dan pahala, gua masih samar yang mana lebih rutin ketika disini.

Mungkin gua hanya seekor ulat yang belum tahu caranya untuk menjadi rama-rama.

Ayat-ayat dan kenangan-kenangan yang gua pegang sebagai peringatan, nampaknya belum lagi berhasil.

Apapun

Terima kasih Tuhan

Dan terima kasih Kuala Lumpur

Dan

Perlukah untuk gua merindu Kuala Lumpur sedikit masa lagi?

Thursday, April 16, 2009

Nok bulih pekdoh doh budok-budok nih, aku tijok dado baru tahu!

Rangka-rangka merangkak
Ingin menjadi sampah
Mencipta syurga dikaki neraka

Seorang iblis tersenyum
Membelai lembut jiwamu
Menyambut cinta dimulut neraka

Terbentang hamparan dunia
Dari sisa neraka
Bayangan diri disejadah hati

iblis menghulur mimpi
Indahnya neraka
Syurga akan ku beri
bersama derita


Kalau lu semua hebat, kat mana ayat-ayat ni boleh ditemui? Mat yen lu jangan mengada nak jawab. Gua tahu lu tahu, diam-diam sudah.

**********

Nak tahu apa yang sering mengganggu gua sepanjang gua duduk kat kolej kediaman gua ni?

Monyet-monyet yang melalak sambil menendang-nendang pintu bilik tayangan bila pasukan bola mereka score, sorakan seumpama kiamat akan tiba dalam masa 3 minit lagi. Dah takde masa nak bertaubat.

Nak bersorak gua tak heran, yang buat gua bengang bila bersorak saja dah sampai 10 minit, gila babi apa lu? Bersorak punggung aku! apa neraka?

Berapa ramai yang bangun bersorak dan menjerit melontarkan riak benci bila dikhabarkan saudara seagama kita diperlakukan seperti binatang di tanah palestin? berapa ramai? yang ada cuma dua tiga orang, itupun cakap belakang sok sek sok sek. Cuba bandingkan dengan mereka yang bersorak bilamana pasukan bola pujaan mereka yang dipunyai oleh yahudi dapat score, atau menang perlawanan.

Huh!

Maka tidak layakkah lagi kita untuk kekal didalam murka Tuhan?

Macam zimbit, katanya Baguk.

Tuesday, April 14, 2009

Hujan memang tak pernah miss buat Baguk kebulur, oh bukan band Hujan. Baguk Hate it.

Baguk : Apa projek malam ni?
Gua : ………………………..
Baguk : Aku lapar la
Baguk : Rasa macam nak makan lamb chop je
Gua : ……………………….
Baguk : Jom gi Kg. Baru
Gua : Wat nate apo?
Baguk : Steak house, aku belanja
Gua : oh! Jom!
Gua : Jap, meh sini aku nak comolot skit
Baguk : Babi!
Gua : Bodoh, macam la aku nak sangat. Muka macam tempeyek, hark ptuihh!!


**********

Hari ni setelah sekian lama, Baguk berhajat untuk membuat kebaikan. Rupanya jauh disudut hati Baguk, ada juga apa yang kita semua panggil kebaikan.

Gua bersyukur. Semoga dia dirahmati Tuhan.

Amiiin..




p/s : Baguk tak reti pakai garfu, dua kali garfu dia jatuh bawah meja. Kali kedua tu gua rasa nak tikam je dia, biar dia mati disitu jua. Haha..haha..ha!

Wednesday, April 8, 2009

Kita ini hamba, hidup dilingkaran undang-undang yang terikat

Bila kemodenan menjadi cara hidup, maka segala perkara rakus dinilai berdasarkan pemikiran dan ini sedikit demi sedikit akan menyebabkan iman yang telah tersedia dukacita kondisinya akan semakin menipis dan ini memang cukup-cukup menyedihkan.

Dan bila perkara itu berlaku didepan mata kita, dan kita menegurnya secara ikhlas dan teguran kita itu dianggap sebagai satu unsur hasad, maka apa rasa yang layak untuk bergelora didalam dada?

Jangan tanya gua, gua tak tahu dan tidak pernah ada niat gua untuk tahu.

Gua menegur bukan dengan rasa untuk mendabik dada, tapi untuk kebaikan bersama. Seberhemah mungkin telah gua cari cara untuk itu, namun masih gua dihambur dengan kata yang membuat diri terasa cukup tercabar dan marah, serta beberapa titis air liur yang sempat dielak.

“tak suka aku cakap takpe, maaf…”

Gua berlalu ke work base dan menyiapkan kerja yang bersisa.

Beginilah..

Jika terasa Tuhan itu sesuatu yang tidak relevan diera ilmu dan pengetahuan terawang-awang diatas talian, cuba buatkan sejenis sut yang tahan panas dan kalis api, biar selesa dan tidak perit selepas dihisab nanti.

Kerana rasanya lu dah terlalu dewasa untuk tidak memahami, atau cuba untuk memahami.

Asta la vista!

Thursday, April 2, 2009

Kereta Dan Motosikal

Kereta engkau hebat berkilat.
Motosikal aku cabuk berhabuk.
Istana engkau berdiri megah.
Pondok aku menanti roboh.


Yang kaya semakin kaya.
Yang miskin semakin miskin.
Yang senang semakin buncit.
Yang susah semakin keding.


Apakah hebatnya kamu menjadi hamba kapitalis?

Sedarlah kamu hanya anjing, anjing yang juga dihenyak semahunya oleh manusia yang rakus bertuhankan syaitan.

*****

Amacam ayat kat atas tu, agak-agak kalau gua hantar ke utusan ni, dia siar tak dalam akhbar dia? Haha.

Sebenarnya yang kat atas tu bukan gua yang tulis, mat yen yang tuliskan. Saja dia bagi kat gua, boleh tahan juga mat yen ni memaki kan.

“amik nih, gi update blog nuh!” gitu la lebih kurang ayat mat yen.

Sayang jugak mat yen kat gua kan, tengok blog gua dah agak berhabuk, lama tak berusik, dia perah otak ketuk jari atas kibod nak taip sesuatu untuk gua. Sayang mat yen, auww!

Sebenarnya kadang-kadang gua sampai terlupa yang gua ni sebenarnya ada blog dan cuma bila ditanya mat yen, “bila nak update blog?” baru gua cepat-cepat tersedar dan ingin kembali ke pangkal jalan. Moga Tuhan merahmati gua.

Haih!

Semester akhir, sangkaan gua yang semester ni gua boleh goyang kaki sememangnya meleset sama sekali. Kelas kurang, tapi dia punya tugasan dengan projek akhir tambah dengan tarikh submit memang macam haram, kalah orang nak pegi perang.

Itulah sebabnya gua jadi terlupa yang gua ada blog ni, haha..

Tapi jika diizinkan Tuhan, selesai semua yang tengah sedap membelenggu gua ni, gua akan kembali aktif menulis macam dulu-dulu. Memaki-maki apa yang tak puas hati, mencarut-carut geram tanpa perlu fikir siapa yang peduli dan memberontak untuk memuaskan hati, ah rindunya waktu dulu-dulu.

Tapi sebelum semua itu, mari sekali lagi doakan gua agar poket gua ni padat berisi duit RM50.00, baru best. Ni tak, esok pun gua belum tentu dapat makan ke tak dapat makan.

Haih!

Saturday, March 28, 2009

Dah la nombor bilik 6.6.6, kena tag pun nak kena 6.6.6 jugak ke?

Itu hari gua ada kena tag sama cik butterflytwinlove, dia haram tak percaya bilik gua nombor 666. Sekarang ni tengok, kena tag yang ada sangkut paut dengan nombor 666.

Haha..haha..ha..

Nasib baik dia tag gua, ada la jugak modal gua nak update blog cabuk gua ni. Sekarang ni dah jarang gua update blog, tugasan bertimbun. Ada masa free gua buat benda lain, makan dengan tidur pun dah entah kemana-mana, tapi mandi gua tak pernah miss. Ah..cerita hidup gua memang duka lara. Malas nak cerita, pegi tengok tag kat bawah.

The Instruction:-
1)Go to your photos folder in your computer.
2)Go to the 6th folder of photos.
3)Go to the 6th picture in that folder.
4)Put the picture on your blog and description of it.
5)Invite 6 friends to join the challenge.
6)Link them in your blog and let them know they have been challenge.



Masa muda-muda, dinner kat dewan felda. Jangan ditanya kenapa gambar macam diambil dengan kaki.

Monday, March 23, 2009

Wes mangan?

Jumaat lepas gua ke pontian, ada kenduri kahwin dekat parit sikom. Jauh tu takde la jauh sangat, ada la dalam 300 km tapi apa hal gua bertolak pukul 8 pagi sampai pukul 6 petang? itu pun sampai kat rengit, bukan pontian. Buat-buat jauh pulak, cis..

Ni semua pasal ada sorang member gua, kata nak konvoi tapi dia sorang sedap-sedap je bawak 70 km/j dari kl ke sana, kepala bana dia.

Nak tak nak terpaksa la gua ikut, gua jaga kebajikan orang kurang upaya macam tu. Untuk menghilangkan boring gua menyanyi atas motor, abis dari rendang tak berbuah sampai ke semut merah gua nyanyi.

Tiba-tiba gua teringat gua pernah berbual dengan sorang pakcik masa gua tengah buat praktikal dulu. Dia tanya gua antara lelaki/jantan dengan perempuan/betina mana lagi cantik. Gua jawab perempuan, creettt salah.

Dia kata lelaki/jantan lagi cantik daripada perempuan/betina.

Sebagai contoh, cuba tengok bila nak keluar ke mana-mana. Lelaki lepas mandi terus sauk baju seluar, sikat rambut sikit terus boleh jalan. Perempuan nak kena pilih baju dulu, lepas tu nak iron tudung lagi, sapu bedak kat muka lagi, mekap sana mekap sini lagi, pakai tudung, sapu gincu, keluar bilik, masuk balik ejas tudung, baru la boleh pegi. Haru tak? haha..haha..ha.. nampak sangat yang lelaki ni dah tak payah nak touch-up dah, semulajadi cantik.

hehe!..

Haiwan pun sama, cuba bandingkan antara jantan dan betina mana lebih cantik? semestinya jantan. Tak kirala ikan gupi ke, ayam katik ke, semuanya jantan yang lebih cantik. haha!

Amacam orang perempuan? lu rasa pakcik tu betul ke salah?

Saturday, March 14, 2009

Buat-buat sibuk

Assalamualaikum

Apa khabar semua?

Dah lama benar rasanya gua tak post apa-apa kat sini, mat yen pun dah bising-bising dah. Tapi apa daya gua, kerja gua banyak dan berlambak-lambak. Ini pun gua curi-curi menaip je, maafkan gua kerana tidak dapat menatap dan menikmati penulisan terbaru bloger sekalian. Apa lagi nak meromen, haha!

Ini gua ada hajat sebenarnya, minta tolong sesiapa kat sini tolong doakan gua supaya setan malas ni pergi jauh-jauh dari gua. Kerja banyak, tapi gua langsung tak usik. Sebabnya dah dua hari gua tak keluar bilik, dok mengadap komputer layan GTA je.

Lahanat betul kan setan malas ni, haha..haha..ha..

Dah, tolong ye sesiapa doakan gua kembali rajin dan cergas. Biar gua jadi macam orang hidup sikit. Sebab katanya baguk, gua dah macam skeleton in the closet. Emmm..apa-apalah lu baguk.

Saaaayang kamu semua! tata.

Sunday, February 22, 2009

Requested entry, check.

Perkara pertama yang akan berlaku didalam sesebuah kehidupan adalah kelahiran. Setiap manusia akan melalui proses kelahiran. Tidak ada manusia yang akan menetas, kita semua bukan anak ayam.

Begitu dengan gua, dilahirkan dan dibesarkan sebagai anak yang sulung. Ditatang bagai minyak yang penuh, sehinggalah gua berumur 4 tahun gua mula menjadi mimpi ngeri parent gua.

Heh.

Ye, sewaktu gua masih kecil dan ketika gua masih lagi sedang rancak membesar, gua merupakan seorang anak kecil yang sangat nakal. Alas meja mana yang gua tak gunting, dinding mana yang gua tak conteng, apa benda yang gua tak ketuk dengan penukul.

Sumpah, memang gua nakal masa gua kecil-kecil dulu.

Umur 7 tahun gua start masuk sekolah, darjah 1. Disebabkan gua anak cikgu, jawatan ketua darjah selalunya dapat kat gua. Masa kecik-kecik kalau dapat jadi ketua darjah memang up gua cakap lu. Tapi kenakalan gua tak pernah pudar, makin menjadi ada la, yela dah ketua darjah sapa berani marah gua selain cikgu?

Masuk darjah 3, ada satu benda yang tak sedap berlaku dalam hidup gua. Gua kena pukul dengan mak gua depan orang ramai. Semuanya sebab gua naik basikal sapa ntah, kayuh punya kayuh tiba-tiba je ada setan mana datang rasuk gua main turun tangga pakai basikal. Tengah syok layan turun tangga pakai basikal, tiba-tiba je pin rantai basikal tu tercabut. Putus terus rantai basikal tu, datang tuan basikal tak cakap banyak dah, meraung macam orang gila dah gua nengok, tu baru rantai putus. Mak gua apa lagi, zapp! zapp! zapp!

Oh! Sungguh tidak cool. Malu dia sampai ke hari ni weh.

Naik darjah 6, gua jadi pengawas. Waktu assembly tak payah cakap la, macam komando muka gua jaga barisan, sapa-sapa bercakap memang kena marah dengan gua.

Heh! Yang ni sumpah cool.

Tapi nakal gua tetap ada, gua suka main tarik-tarik tudung budak pempuan. Ada satu hari tu gua tak sengaja tertarik tudung sorang budak pempuan ni kuat-kuat. Dia punya terkoyak kain tudung tu dah jadi macam kain buruk gua cakap lu, betul.

Kemudian tak sampai 2 minit, cikgu disiplin datang ke kelas gua siap bawa rotan lagi. 2 das kat atas punggung memang hampir-hampir buat gua jadi sawan. Dia punya sakit dah sampai tahap keluar air mata dah.

Oh, si cikgu disiplin tu cikgu shafie. Cikgu matematik gua.

Dekat-dekat nak UPSR dia ada bagitau kat gua sambil ketuk kepala gua dengan buku kuat-kuat.

ore supo mung ni tokleh A subjek aku

Ye, memang dia bahasakan diri dia aku dengan gua, tapi gua sikit pun tak heran.

Bila result keluar, terpampang matematik gua dapat A. Merata gua cari dia nak tunjuk result tu, tapi tak jumpa. Pandai dia menyorok.

Naik sekolah menengah, parent gua hantar gua ke sekolah menengah ugama arab. Gua syak, dorang nak gua berhenti jadi nakal kot. Tapi gua ikutkan aje, orang tua katakan, heh. Sekolah arab ni pegi sekolah kena pakai kopiah gua cakap lu.

Tapi sekolah gua ni jenis tak campur antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan, rehat pun asing-asing. Dah gua tak boleh nak main tarik-tarik tudung dah.

Namun gua agak langkah kiri bab berkawan masa sekolah menengah ni, berkawan dengan kaki ponteng, kaki malas belajar, kaki ponteng assembly, memang tak berapa nak menjadi manusia jugak la gua walau dah masuk sekolah menengah ugama arab.

Sebelum tamat tingkatan 1, semua guru dah kenal gua. Buku rekod disiplin sekolah dah banyak kali dah tercatat nama gua, nakal tak?

Masuk Tingkatan 2, adik bongsu gua meninggal. Dan tahun tu adalah merupakan tahun gua yang paling suram dan juga merupakan titik tolak perubahan yang gua alami. Sifat nakal gua makin lama makin takde, gua jadi seorang yang pendiam.

Dan pada tahun tu jugaklah gua perasan yang segala keadaan seakan telah berubah. Pemergian adik gua memang beri kesan yang besar. Keceriaan gua seakan diragut, gua lebih cenderung untuk bersendirian. Bilamana gua menyendiri, terfikir akan kesalahan-kesalahan yang telah gua lakukan pada diri gua mahupun orang lain.

Apapun, hidup mesti terus.

Lalu gua cuba untuk penuhi segala impian parent gua untuk melihat anak hasil didikannya berjaya dan cuba untuk menjadi anak yang baik. Dan gua teruskan kehidupan sebegitu sehinggalah bila gua mendapat keputusan yang agak baik untuk SPM dan ditawarkan ke UTM. Saat itu, gua terlihat linangan airmata seorang ibu, airmata kegembiraan.

Terima kasih Tuhan.

Dan teruskan, taburkan rahmatmu. Tidak salah rasanya jika air mata seorang ibu terus mengalir tanda gembira.

Gua gembira dengan hidup gua sekarang, dengan apa yang telah gua capai. Tapi ini semua masih belum cukup.

Tunggukan saja.

Saturday, February 21, 2009

Saja, terasa macam nak tulis

Setelah beberapa lama filem budak kelantan dikeluarkan, gua akhirnya dapat juga menatap karya garapan pengarah muda yang berbakat ni. Gila ketinggalan gua ni kan, heh.

Itupun atas belas ihsan mat yen.

Namun terlebih dahulu sebelum gua dapat menonton filem ni, fikiran gua dah diracuni dengan tohmahan yang kurang enak tentang filem ini. Ramai manusia dari tempat asal gua yakni kelantan yang sangat kontra dengan filem ini.

Nak burukkan kelantan kata mereka.

Dan setelah menghayati sendiri dengan mata serta dengan kepala, gua dapat simpulkan bahawa budak kelantan adalah sebuah hasil seni yang bagus.

Dengan kekuatan jalan ceritanya, watak yang berjaya dijiwai penontonnya. Apa yang cuba diketengahkan oleh pengarah filem ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Nyata sekali, budak kelantan adalah sebuah filem yang cuba lari dari nuansa filem tanah melayu yang takkan kemana ni.

Bagi gua, ini adalah satu hasil seni yang sangat jujur dan berani.

Namun tidak mahu untuk gua nafikan, penggunaan loghat serta budaya kelantan sebagai medium didalam filem ini sedikit sebanyak telah mencuit sensitiviti orang kelantan.

Tapi biasalah benda tu kan.

Lain dan sangat lain dari filem arahan dua beranak yang kononnya terselit mesej-mesej positif tapi tapi tak positif langsung. Sama la jugak dengan filem-filem lain yang diarah oleh pengarah yang matlamatnya adalah untuk menggalakkan anak-anak muda kita khayal dalam angan-angan cinta yang tak berketentuan dengan filem cintanya. Ataupun dengan filem lawak yang tak berkesudahan, gila rendah citarasa pengarah filem kita.

Gua harap dari semasa ke semasa akan lebih banyak filem-filem seperti ini khususnya filem melayu akan dapat dihasilkan buat tatapan manusia yang sudah muak dengan gaya filem tanah melayu sekarang seperti gua ni.

Oh sebelum gua terlupa. Dalam filem tu ada satu wataknya yang bernama bokbon.

Kenapa?

Kenapa mesti bokbon?

Friday, February 20, 2009

Orang pernah kata, mimpi itu mainan tidur. Lu rasa bagaimana?

Malam semalam, akibat keletihan yang amat sangat, gua tertidur nyenyak.

Sedang gua enak menghayati nikmat tidur malam, Tuhan menanugerahkan satu lagi nikmat kepada gua. Nikmat yang bukan semua orang akan dapat pada ketika tidur.

Nikmat bermimpi.

Nak tau apa mimpi gua?

Gua berjalan, dari suatu tempat untuk ke suatu tempat bila tiba-tiba gua terasa lapar. Dan entah apa alasannya secara tiba-tiba gua berada di selera semarak sedang menunggu untuk membeli pisang goreng.

Sambil menunggu pisang goreng dibungkus, gua terpandang Pjoe. Sedang makan pisang goreng cicah sambal kicap. Semestinya dengan gaya rambut terbarunya.

Oh Tuhan

Apakah maksudnya gua bermimpi bertemu Pjoe yang sedang makan pisang goreng diselera semarak?

Sesiapa saja, tolong tafsirkan mimpi gua tersebut.

Heh!

Manusia dan manusia 6

Bila aku fikirkan
Aku fikir seharusnya tak perlu untuk memikirkannya

Telah engkau terseret dengan sebegitu jauh
Tersasar dari apa yang sepatutnya menjadi halatujumu

Pandanglah pada sekelilingmu
Dan kisahkan kepada aku

Adakah apa yang baik buatku
Juga baik buatmu?

Tuesday, February 17, 2009

Gula-gula getah

Ada bermacam jenis, beraneka warna dan pelbagai rasa. Bagus untuk dikunyah kerananya dapat menguatkan otot muka serta menghilangkan bau mulut dan mengantuk.

Tapi

Kalau dah lepas kunyah, gula-gula getah dah jadi tawar lepas tu lu suka-suka buang kat atas karpet memang la binatang namanya.

Bodoh

Abis jahanam stokin baru gua

Kalau gua dapat orang yang suka-suka hati buang gula-gula getah kat atas karpet tu memang gua tak cakap banyak dah, gua gigit je halkum dia.

Friday, February 6, 2009

Manusia dan manusia 5

Ceritakan kepada gua, bagaimanakah caranya untuk memikirkan berbagai perkara dalam satu-satu masa?

Gua tengah kusut.

Kepada jiwa yang berduka, ampunkan dan ampunkan.

Gua hanyalah seorang manusia yang serba hina.

Ampunkan dan ampunkan.

Tuesday, January 27, 2009

Hari yang sangat gila babi

Lalu gua rasa seakan mahu berlari laju-laju sambil menjerit sekuat hati.

Arrrrrggggghhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!

Kenapa mesti semua orang, kenapa mesti semua benda seakan tidak sedar yang gua ni sebenarnya seorang manusia.

Cubalah untuk berbuat baik kepada manusia yang lain.

Cubalah untuk menjadi seorang manusia dan bukannya seekor manusia.

Sigh...

Sunday, January 25, 2009

Manusia dan manusia 4

Sampai bila kita mahu menjadi manusia yang meminta emosi menjadi pemandu?

Boikot.

Hilang marah hilang la boikot lu tu.

Thursday, January 15, 2009

Engkau sekuntum mawar yang pudar warnanya

Asalnya kuntuman yang kembang mekar

Kemudian didekati si kumbang

Diragut madunya

Lalu hilanglah seri kemanisan kuntum engkau

Namun engkau masih tercari kumbang lain

Yang sudi menghirup madu engkau yang telah bersisa

Semakin hari seri engkau akan semakin terus pudar

Jika engkau terus begitu

Sedarlah wahai bunga

Madu engkau itu bukan untuk sebarang kumbang

Bukan untuk kumbang jalang

Hentikan! Hentikan! Hentikan!

Friday, January 9, 2009

Israel jahanam, kita?

Kita sekali lagi digemparkan dengan keganasan yang berlaku keatas rakyat palestin yang dilakukan oleh israel celaka. Sibuk pihak media dok tayang berita ni, metro apatah lagi.

Dikhabarkan bahawa menatang tu menggunakan bom kimia fosforus untuk menyerang gaza, dan gua ada terbaca baca penggunaan bom ini adalah diharamkan dibawah perjanjian geneva. Tapi apa pasal menatang tu senang-senang boleh guna plak? Tak takut kena tindakan ke? Atau ada yang akan back-up nanti?

Tak cukup dengan tu, dorang kepung lagi palestin. Dah jadi semacam binatang ternakan je orang palestin tu. Lu jahanam la bai, serius.

Negara-negara arab yang lain, yang kononnya jiran palestin. Apa yang dah dorang buat untuk menghentikan keganasan ni? Semua kecut perut. Cakap pung pang pung pang, batu kecut. Kerat buang la gua sarankan.

Malay-sial ni plak, penah jadi pengerusi negara-negara islam konon. Tapi bila berlaku hal ni pun senyap gak, nak tunggu dua tiga minggu lagi baru nak mesyuarat. Bukan nak ambik tindakan lagi tapi baru nak mesyuarat. Ewah..bangang la lu ni. Agaknya nak tunggu semua orang palestin tu mampos baru nak celik puak-puak ni. Batu kecut jugak ye?

Dorang semua ni, lepas bersidang tu lepas bersidang ni. Resolusinya hanya mengecam serta mengutuk sahaja tindakan menatang israel tu. Tu je yang lu semua mampu buat? Sejenis binatang ke apa lu ni? Mengecam mengutuk mengecam, tak habis-habis. Taik la lu semua, tak kemana pun kutukan lu semua tu. Takde orang nak pandang pun. Taik.

Geng-geng mahasiswa pulak, tak sudah-sudah nak berpiket la nak perhimpunan la. Apa yang lu buat hanya pegi berkumpul tengah panas ramai-ramai lepas tu terpekik terlolong. Dah penat, tekak pun serak lu semua pun beratur amik nasik free. Dah melantak kenyang-kenyang lu balik gi shopping kat levi’s, kat lee, wrangler’s dan entah apa jadah lagi sebelum lu gi melantak lagi dekat kfc, dekat mcD, dekat pizza hut. Apa guna lu berpiket ha? Dah ludah jilat balik la lu ni. Takde guna pun lu buat semua tu tau dak, buang masa ngan tenaga je la. Malu la sikit, ada otak letak celah punggung ke hapa lu ni?

Cuba la lu semua buat sesuatu yang rasional, buat sekatan tu buat sekatan ni. Ok la jugak gua ingat dari berpiket tak tentu hala.

Lu semua ni adalah golongan yang mudah menyalak bila dipetuk. Tapi setakat menyalak je la, kuku taring semua simpan dalam poket. Buat malu weh, baik lu dok diam-diam dalam bilik sambil tengok cerita cinta lu tu. Boleh jugak lu berangan-angan.

Dah, bosan pulak gua. Banyak nak hambur, tapi buat apa. Takde orang nak pandang pun. Nanti tak pasal-pasal lu kena kecam dengan gua.

Monday, January 5, 2009

Manusia dan manusia 3

Lihatlah langkahmu

Kemanakah arahnya

Lihatlah didepanmu

Itulah matlamatnya

Selami hatimu dan katakan

Apakah sebenarnya yang engkau mahukan

Friday, January 2, 2009

Manusia dan manusia 2

Didalam jiwa manusia, terdapat dua ekor serigala yang sentiasa bergelut

Seekor adalah cinta

Manakala

Seekor lagi adalah kebencian

Dan kemenangannya adalah tidak tetap dan sentiasa bergantung kepada serigala mana yang paling banyak engkau suapkan keinginan.

Thursday, January 1, 2009

1 januari, detik 12 malam

Hanya dentuman bising yang kedengaran, bising macam babi.

Jahanam.

Anak-anak muda dengan sorakannya, manusia-manusia bangsat dengan bunga apinya, gadis-gadis dengan mahkotanya yang ternoda, lahanat-lahanat dengan chivas regalnya serta segala apa lagi yang semuanya hanya bertunjangkan nafsu serakah. Dan tidak kurang juga babi-babi yang ingin membuktikan kejantanan serta kebetinaan pada saat dan ketika ini.

Bangsat-bangsat kepala tanduk setan berlampu pun sama.

Untuk apa semua itu? Apakah lu semua adalah sejenis binatang?

Gua hairan, kenapa mesti detik-detik sebegini diisi serta dicemari dengan perkara seumpama itu?

Itukah yang lu semua tertunggu-tunggu pada detik 1 januari? Apakah itu maknanya 1 januari pada lu? Dan kenapa 1 januari mesti diraikan, mesti ditunggu dan mesti dibangga-bangga?

Pada gua, hari itu atau lebih tepat hari ini tiada besar maknanya berbanding hari-hari yang lain. Dan pada gua, semua hari adalah sama. Apa yang membezakan adalah bagaimana kita menjalani hari-hari tersebut.

Lu masih belum terlambat untuk berhenti menjadi bodoh

Hentikan segera kebangkitan generasi sampah.