Sunday, February 22, 2009

Requested entry, check.

Perkara pertama yang akan berlaku didalam sesebuah kehidupan adalah kelahiran. Setiap manusia akan melalui proses kelahiran. Tidak ada manusia yang akan menetas, kita semua bukan anak ayam.

Begitu dengan gua, dilahirkan dan dibesarkan sebagai anak yang sulung. Ditatang bagai minyak yang penuh, sehinggalah gua berumur 4 tahun gua mula menjadi mimpi ngeri parent gua.

Heh.

Ye, sewaktu gua masih kecil dan ketika gua masih lagi sedang rancak membesar, gua merupakan seorang anak kecil yang sangat nakal. Alas meja mana yang gua tak gunting, dinding mana yang gua tak conteng, apa benda yang gua tak ketuk dengan penukul.

Sumpah, memang gua nakal masa gua kecil-kecil dulu.

Umur 7 tahun gua start masuk sekolah, darjah 1. Disebabkan gua anak cikgu, jawatan ketua darjah selalunya dapat kat gua. Masa kecik-kecik kalau dapat jadi ketua darjah memang up gua cakap lu. Tapi kenakalan gua tak pernah pudar, makin menjadi ada la, yela dah ketua darjah sapa berani marah gua selain cikgu?

Masuk darjah 3, ada satu benda yang tak sedap berlaku dalam hidup gua. Gua kena pukul dengan mak gua depan orang ramai. Semuanya sebab gua naik basikal sapa ntah, kayuh punya kayuh tiba-tiba je ada setan mana datang rasuk gua main turun tangga pakai basikal. Tengah syok layan turun tangga pakai basikal, tiba-tiba je pin rantai basikal tu tercabut. Putus terus rantai basikal tu, datang tuan basikal tak cakap banyak dah, meraung macam orang gila dah gua nengok, tu baru rantai putus. Mak gua apa lagi, zapp! zapp! zapp!

Oh! Sungguh tidak cool. Malu dia sampai ke hari ni weh.

Naik darjah 6, gua jadi pengawas. Waktu assembly tak payah cakap la, macam komando muka gua jaga barisan, sapa-sapa bercakap memang kena marah dengan gua.

Heh! Yang ni sumpah cool.

Tapi nakal gua tetap ada, gua suka main tarik-tarik tudung budak pempuan. Ada satu hari tu gua tak sengaja tertarik tudung sorang budak pempuan ni kuat-kuat. Dia punya terkoyak kain tudung tu dah jadi macam kain buruk gua cakap lu, betul.

Kemudian tak sampai 2 minit, cikgu disiplin datang ke kelas gua siap bawa rotan lagi. 2 das kat atas punggung memang hampir-hampir buat gua jadi sawan. Dia punya sakit dah sampai tahap keluar air mata dah.

Oh, si cikgu disiplin tu cikgu shafie. Cikgu matematik gua.

Dekat-dekat nak UPSR dia ada bagitau kat gua sambil ketuk kepala gua dengan buku kuat-kuat.

ore supo mung ni tokleh A subjek aku

Ye, memang dia bahasakan diri dia aku dengan gua, tapi gua sikit pun tak heran.

Bila result keluar, terpampang matematik gua dapat A. Merata gua cari dia nak tunjuk result tu, tapi tak jumpa. Pandai dia menyorok.

Naik sekolah menengah, parent gua hantar gua ke sekolah menengah ugama arab. Gua syak, dorang nak gua berhenti jadi nakal kot. Tapi gua ikutkan aje, orang tua katakan, heh. Sekolah arab ni pegi sekolah kena pakai kopiah gua cakap lu.

Tapi sekolah gua ni jenis tak campur antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan, rehat pun asing-asing. Dah gua tak boleh nak main tarik-tarik tudung dah.

Namun gua agak langkah kiri bab berkawan masa sekolah menengah ni, berkawan dengan kaki ponteng, kaki malas belajar, kaki ponteng assembly, memang tak berapa nak menjadi manusia jugak la gua walau dah masuk sekolah menengah ugama arab.

Sebelum tamat tingkatan 1, semua guru dah kenal gua. Buku rekod disiplin sekolah dah banyak kali dah tercatat nama gua, nakal tak?

Masuk Tingkatan 2, adik bongsu gua meninggal. Dan tahun tu adalah merupakan tahun gua yang paling suram dan juga merupakan titik tolak perubahan yang gua alami. Sifat nakal gua makin lama makin takde, gua jadi seorang yang pendiam.

Dan pada tahun tu jugaklah gua perasan yang segala keadaan seakan telah berubah. Pemergian adik gua memang beri kesan yang besar. Keceriaan gua seakan diragut, gua lebih cenderung untuk bersendirian. Bilamana gua menyendiri, terfikir akan kesalahan-kesalahan yang telah gua lakukan pada diri gua mahupun orang lain.

Apapun, hidup mesti terus.

Lalu gua cuba untuk penuhi segala impian parent gua untuk melihat anak hasil didikannya berjaya dan cuba untuk menjadi anak yang baik. Dan gua teruskan kehidupan sebegitu sehinggalah bila gua mendapat keputusan yang agak baik untuk SPM dan ditawarkan ke UTM. Saat itu, gua terlihat linangan airmata seorang ibu, airmata kegembiraan.

Terima kasih Tuhan.

Dan teruskan, taburkan rahmatmu. Tidak salah rasanya jika air mata seorang ibu terus mengalir tanda gembira.

Gua gembira dengan hidup gua sekarang, dengan apa yang telah gua capai. Tapi ini semua masih belum cukup.

Tunggukan saja.

17 comments:

mrblind said...

alfatihah untuk arwah adik lu..dia meninggal sakit apa?

F A R Y N said...

darling,jgn sedih2 eh...huhu

azie said...

it's a good thing that ur bro/sis death made u turned ur life's direction to something more meaningful.
alfatihah



salam~

datuk seri said...

gua suko kerah baco cerita lu beb...
tapi part yg lu sdeyh gua pun tetiba jadi sdeyh...
bon bilo mau mari kb ngan mat yin??

datuk seri said...

al-fatihah untuk adik tersayang...

Ahmad Azrin Aziz said...

sekarang bokbon sudah jinak dah.. tak liar macam dulu lagi.. :)

butterflytwinlove said...

member aku ada cite adik dia nakal giler ketuk ice box ngan tukul besi smpai kemek..da la baru beli ice box..sama sket cm lu..

nur suhana said...

thankyou(:

The Spiral Eyes said...

sekarang kamu dah jadi manusia,diharap kamu berpegang kepada AL QURAN dan AL SUNNAH dengan gigi geraham kamu ya.pencapaian dunia tara manalah bangganya.

.::c!kzUrA::. said...

salam...

al fatihah utk adik..

bokbon said...

mrblind
dia tak sakit, dia lemas dalam air.

faryn
kalau ada kentaki, taknak dah gua sedih-sedih.

azie
meaningful? harap-harapnya. TQ.

datuk seri
nati la ada maso datok seri, niat tu lama dah pasang. ko guano? TQ.

mat yen
ye, lagi satu lu lupa nak bagitau. gua kacak.

butterflytwinlove
haha..haha..ha..
dia suka gunting alas meja tak?

nur suhana
owh..sama-sama.

cik pasa sanda
ayat lu tu, bunyinya macam nak belanja gua makan chicken chop je.

cikzura
TQ sudi tinggal jejak.

[ nadia ] said...

aku kan.benci org main tarik3 tudung.
aku tarik rambut diorg balik.
ah lantak ah. haha
gila kejamnya engkau.
dan kau jangan pergi ke kelas guna moto sudaa

bokbon said...

nadiah
alah lu nih,macam la gua penah tarik tudung lu. nak ke?

heh!

tak kejam, nakal sikit je. jangan jeles.

buat pe nak masuk kelas guna moto? nak kena lepuk ngan pn.zubaidah?

Anonymous said...

setiap org pasti berubah, samada jadi lagi teruk atau pun lebih baik... :)

zhana said...

teruskan menggembirakan hati ibu anda :D

Khaleeqa DK. said...

heyy bokbon,
nakal zaman paling bermakna.
sbb pengajaran yg kite dpt masa zaman nakal kite lah yg kite nak bagi kat futire generation.

tp kalo tua bangka nakal,
tu nakal bab laen tu. haa. HAHA :D

papepon, gua pun suka ah blog lu! :DD
peace!

khaleeqa-hakunamatata.blogspot.com
jenguklah bila lu rasa free.
salam.

bokbon said...

manje
kalau berubah jadi baik takpe, berubah jadi tak baik yang tak nak tu.

zhana
sedang cuba la ni, tak tahu la sampai bila.

khaleeqa DK
kalau tua pun nakal lagi,tu dah bang tabiat tu namanya.