Saturday, February 21, 2009

Saja, terasa macam nak tulis

Setelah beberapa lama filem budak kelantan dikeluarkan, gua akhirnya dapat juga menatap karya garapan pengarah muda yang berbakat ni. Gila ketinggalan gua ni kan, heh.

Itupun atas belas ihsan mat yen.

Namun terlebih dahulu sebelum gua dapat menonton filem ni, fikiran gua dah diracuni dengan tohmahan yang kurang enak tentang filem ini. Ramai manusia dari tempat asal gua yakni kelantan yang sangat kontra dengan filem ini.

Nak burukkan kelantan kata mereka.

Dan setelah menghayati sendiri dengan mata serta dengan kepala, gua dapat simpulkan bahawa budak kelantan adalah sebuah hasil seni yang bagus.

Dengan kekuatan jalan ceritanya, watak yang berjaya dijiwai penontonnya. Apa yang cuba diketengahkan oleh pengarah filem ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Nyata sekali, budak kelantan adalah sebuah filem yang cuba lari dari nuansa filem tanah melayu yang takkan kemana ni.

Bagi gua, ini adalah satu hasil seni yang sangat jujur dan berani.

Namun tidak mahu untuk gua nafikan, penggunaan loghat serta budaya kelantan sebagai medium didalam filem ini sedikit sebanyak telah mencuit sensitiviti orang kelantan.

Tapi biasalah benda tu kan.

Lain dan sangat lain dari filem arahan dua beranak yang kononnya terselit mesej-mesej positif tapi tapi tak positif langsung. Sama la jugak dengan filem-filem lain yang diarah oleh pengarah yang matlamatnya adalah untuk menggalakkan anak-anak muda kita khayal dalam angan-angan cinta yang tak berketentuan dengan filem cintanya. Ataupun dengan filem lawak yang tak berkesudahan, gila rendah citarasa pengarah filem kita.

Gua harap dari semasa ke semasa akan lebih banyak filem-filem seperti ini khususnya filem melayu akan dapat dihasilkan buat tatapan manusia yang sudah muak dengan gaya filem tanah melayu sekarang seperti gua ni.

Oh sebelum gua terlupa. Dalam filem tu ada satu wataknya yang bernama bokbon.

Kenapa?

Kenapa mesti bokbon?

7 comments:

srikandi said...

hahahh..bajet femes ah bokbon tu..weck! mmg pun,saya setuju jgk..tp u nih mmg ketinggalan lah..i dah lama tgk cte tu..hahaha

F A R Y N said...

bokbon tu comel...hahahaa

bokbon said...

srikandi
makin menjadi dengki tu ye, huh.

faryn
bokbon yang tu tak tahu la, tapi kalau yang ni memang comel.

datuk seri said...

perangai lu macam bokbon kot...
org tua kate bokbon kluar time bnyi petir...
gua pun x tau camne rupa bokbon...hahaha

bokbon said...

datuk seri
bokbon tu ala-ala cute+maskulin gitu.

haha.

nur suhana said...

baru taw ke nama watak dia bokbon? hehee(:
saya pernah buat teater dengan asrul/watak utama(lupa nama dia), frankly, masa mula-mula keluar iklan, tak pernah terfikir pown filem ni nak burukkan orang kelantan, in fact bila saya tanya budak2 kelantan, dorang sendiri yang cakap macam tu, saya yang negeri lain tak kata apa pown, kenapa kamu2 yg negeri tu nak burukkan cerita macam ni? that's a loss, untuk siapa yang masih tak taw menghargai(:

BudAk hijAu said...

bokbon...?owh tidakkkkkkk!!