Tuesday, May 26, 2009

Baguk Bagero

Baguk jika dinilai secara menyeluruh, anda akan dapati bahawa dia adalah merupakan manusia dari spesies yang jarang ditemui. Kemungkinan besar Baguk adalah merupakan yang terakhir dari spesies yang sangat jarang ditemui itu.

Para gadis tidak perlu khuatir dan gusar, nafsu Baguk tidak terpikat kepada benda bernyawa apatah lagi kepada gadis dara sunti.

Selain dakwaan yang Baguk alah kepada bau durian, Baguk juga menjadi sedikit lahabau apabila tiba waktu makan nasi kerabu, dia akan mengasingkan daun-daun kerabu dan juga sambal kelapa dari nasi. Dan akan dicuit sedikit demi sedikit seiring dengan suapan demi suapan, bukan menggaulkannya semua sekali seperti adat orang kebiasaan makan nasi kerabu.

Pesen apa lu ni Baguk?

Ini ada sedikit gambar-gambar Baguk yang gua jumpa, daripada gua simpan buat menyemak kat dalam hard disk gua. Baik gua papar kat sini, biar orang ramai dapat tengok betapa Baguk itu adalah Baguk.


Hisap jari dan Baguk ibarat isi dengan kuku.



Akibat tidak pernah terkena cahaya lampu limpah kamera, Baguk seakan semi-retarded bila diambil gambar.



Pengaruh drama silat dahulukala yang sangat kuat, asal sakit badan sikit nak bertapa asal sakit badan sikit nak bertapa, tahyul benar lu Baguk.



Pengaruh Kamen Rider juga tidak kurang hebatnya didalam proses pembesaran Baguk, sampai ke kelas Baguk bawa poster Kamen Rider. Tengok ni la, buat gaya Kamen Rider nak bertukar.



Anak orang asli.



Ketika naik syahwat, tapi jangan risau. Seperti yang gua katakan, nafsu Baguk bukan pada benda bernyawa.




Oh ya, gambar kedua terakhir itu tiada kena mengena dengan Baguk.

Selamat menjamu mata.

p/s : bagaimana ya mahu untuk meletakkan tulisan-tulisan dibawah gambar itu menjadi berada ditengah-tengah, menjadi center. Dangkal sungguh gua ini, terasa diri ini insan terhina.

23 comments:

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Bokbon,

aku kira Bokbon dan Baguk manusia yang sama, tapi dinamakan secara berlainan,

kalau aku silap, maafkan aku.

lawak gambar-gambar dalam catatanmu ini.

DIK AN said...

Kita namakan figura kedua terakhir sebagai Atan Katu. Sungguh kacip, bukan?

Dzulkarnain Mohamad said...

homosapienkah dia..?

sharamli said...

nampak pusat ngn lutut..aurat tak?
dah la xb0leh tid0..kena menjamu mata pulak..adei..

Don Balon said...

tinggi sastramu baguk.. :)

F A R Y N said...

darling,
jgn suka2 taruk gambar yg bley mengghairahkan makhluk lain eh...
dosa tau...huhuhuh

mrblind said...

orang asli memang true,,hahaha

nuyuljana said...

aku tlg jawab soalan ko eh.

utk center kan tulisan kat bawah gambar, ko tekan kat tulisan tu, then g kat icon gambar garis2 no2. ade tooltip nama align center. tekan je icon tu.

gambar 1st, baju biru muka cute!

gambar 2nd, yg tgh n kanan cute!

in conclusion, mane 1 ko ngan mat yen?

hahaha.

srikandi said...

eh?ada iras2 sepu je?haha..kenal sepu dop?

butterflytwinlove said...

baguk gi skudai sekali ngan lu x?kalo dia ada gua nak ajak dia dating..haha :)

Ornella Abdullah said...

gambar terakhir itu memang mengundang.

Saiful Kodi said...

Khabar baik. Lari sana lari sini.Selamat ke Skudai, ada masa datang la ke KL. ehh silap..UK!!

tasikmerah said...

gambor last tu.... hmmmmm....




:p


.

StingRay said...

nak letak tulisan tengah-tengah eh?

ok..lepas taip ko tekan CRTL + SHIFT + B.






ok...aku tipu...hahahhahaa...

boldkan ja...pastu klik kat ikon baris2 tuh...

hf said...

bahaya sungguh gambar terakhir!
Menggairahkan!
:)

hf said...

bahaya sungguh gambar terakhir!
Menggairahkan!
:)

Anonymous said...

aku tertarik pada baguk. tapi sayang nafsu beliau bukan pada yang bernyawa.

bokbon said...

zulkifli mohamed
oh tidak, maafkan gua akan tapi sangkaan lu jauh meleset. gua dengan baguk umpama kereta volvo baru dengan motosikal yamaha kambing, gua kereta volvo.

dik an
bernas sungguh idea lu, gua dah sms dia panggil dia atan katu. siap la dia, memang nama dia atan katu la lepas ni.

dzulkifli mohamed
ya, tapi dari spesies yang amat jarang ditemui.

sharamli
err...memang la aurat, haha!

don balon
ah..jangan dipuji baguk, dia tidak biasa semua itu.

faryn
apa pasal? naik ghairah kat orang lain ke? haiippp!!!

mr.blind
entah la, padahal anak orang kaya. duduk taman melawati lagi. elok pindah ke pos brooke dia ni..

bokbon said...

nuyuljana
no 1, cina nama dia ah boon.
no 2, cute gua lagi.
gua takde dalam gambar, nanti ramai orang crop gambar gua, lepas tu paste kat tepi gambar dia. gadis-gadis misalnya..mat yen pula kos lain, agak mustahil kemana-mana naik bas sekali dengan dia.

srikandi
sepu mana ni? ada dalam dua belas ribu orang nama sepu, tak ingat sepu mana.

butterflytwinlove
kalau dia hidup lagi, ada la nanti kelibat dia kat skudai. nak dating ngan baguk? boleh tapi jangan lupa bawa pisau lipat, kalau boleh belajar karate dulu.

ornella abdullah
kalau yang ni mengundang, lu patut tengok gambar yang lain-lain. saja je gua tak letak, takut nanti orang ingat blog gua blog gay united.

saiful azri
boring la asyik gi uk je, baru je balik 2 bulan lepas. lagipun nak cari nasi kerabu kat sana susah..

tasikmerah
jangan bagi budak kecil tengok, kenan nanti..

stingray
ok, dah boleh..kena klik kat compose dulu rupanya. gua main edit kat html memang la tak boleh, hahaha!

bokbon said...

hf
ghairah?! gua tengok lama-lama rasa macam ada tumor pulak dalam kepala..

hf
aik lu lagi..

anonymous
lu tertarik kat baguk? mesti lu minat yamaha kambing ni..

Anonymous said...

terpersona dengan gaya macho baguk bertapa. hang jebat moden.

bokbon said...

anonymous
hang jebat? cis...mahu muntah.

Anonymous said...

mcm2 la kamo ni...