Friday, May 15, 2009

Baca betul-betul

Sebenarnya dah lama gua nak menulis tentang ini, tentang masalah segelintir daripada kita. Sejak dari hari seorang bloger menulis dan menghentam mat yen lagi, tapi gua tak akan menulis panjang-panjang untuk ini.

Pengagungan daya pemikiran yang sedikit bercelaru hasil pupukan falsafah-falsafah barat yang kiri itu dengan mengabaikan aspek-aspek Ketuhanan.

Manusia bila sudah pandai, sudah terbuka atau sudah terlalu terbuka mindanya maka akan lebih cenderung kearah melorong hidupnya berdasarkan tahap pemikiran atau apa yang dipanggil oleh mereka sebagai logik akal dan logik akal semata-mata.

Itu ini semuanya kalau logik akan diterima manakala tidak logik akan ditolak.

Hukum-hakam dan undang-undang Ketuhanan langsung tidak dipandang, malah dijeling pun mungkin sekali jarang.

Kemudian dengan sesuka hati bercakap tentang peraturan Tuhan mengikut perut pedal sendiri, fikirkanlah akibatnya walau sekali. Agama itu bukan milik lu, bukan milik ayah lu dan bukan milik sesiapa untuk ditakwilkan dengan logik akal.

Apa yang boleh itu dan apa yang tidak boleh itu ada baik buruknya, ada pertimbangan yang telah Tuhan tentukan untuk hamba-hambanya. Jangan yang tidak boleh dan tidak kena dengan selera lu itu lu ubah dan takwilkan sesuka hati mengikut logik akal lu. Itu celaka namanya, dan kalau lu masih suka dan berkeras untuk terus menyukainya maka teruskanlah hidup lu dalam kecelakaan.

Tuhan menyukai agar hambanya belajar berfikir dan menjadi pandai. Tapi kepandaian itu bukan gunanya untuk melawan balik Tuhan, anjing mana boleh gigit tuan sendiri.

Agama Islam itu adalah berkenaan pematuhan, baik jasmani mahupun rohani kita mesti patuh dan tunduk pada kehendak Tuhan. Tuhan tidak memerlukan apa yang lu panggil sebagai logik untuk membuktikan apa yang dihajatinya bersesuaian dan mempunyai kebaikan terhadap lu. Jadi yakinlah dan jangan cuba untuk ada bersangka-sangka lagi.

Dan berkenaan mereka-mereka yang terlalu mendokong falsafah-falsafah itu dan ini, sedarlah bahawa itu semua hanya teori ciptaan manusia. Sekadar mengetahui dan menghubungkait didalam sesetengah hal berpadananlah, jangan pula lu menjadikan benda-benda itu sebagai tunjang untuk hidup.

Takkan lu tak boleh fikir yang benda-benda tu semua dicipta oleh mereka yang beraknya hanya dilap dengan kertas, yang kencingnya hanya digoncang-goncang. Dan lu agungkan mereka? pada gua elok lagi budak-budak yang sanjung wonderpet.

Kemudian sedikit demi sedikit budaya mereka akan lu terima dan amalkan, sebab itulah ramai diantara kita yang bangga mengaku bahawa mereka-mereka itu adalah peminum arak yang tegar. Sementara dimasa lain sibuk bercerita diri itu penganut agama yang suci dan penyembah Tuhan yang satu.

Tidak malukah lu?

7 comments:

Anonymous said...

salam,
saya setuju dgn apa yang anda utarakan. most of us today, semuanya lebih berpandukan logik akal. bila bercerita psl agama pun mula di tokok tambah dan hanya berfikiran logik sdgkn islam itu sendiri bkn semuanya berpndukan logik akal tetapi berpandukan hadith dan ayat2 al-quran. thx bro, skrg2nya menyedarkan org yg masih dlm jln yg sesat. :) teruskn usaha anda. Semoga Allah SWT merahmati dan meredhainya. :)

abuyusof said...

..orang melayu kita memang banyak sangt amalan bidaahnya.. bersandarkan bidaah hasanah mereka terus pegang amalan itu tanpa boleh ditegur-tegur.. sedangkan banyak sangat lagi amalan sunnah yang belum diamalkan..

syfasendat said...

bokbon, adakah ini dakwah dalam kemarahan?

k.e.r.i. said...

even barat pun menentang barat.
cuba try tengok angels and demons.

Rozita said...

ini petanda dunia dah akhir zaman..
berdoa moga kaum keturunan kita tidak sedemikian..
salam ziarah..

bokbon said...

Anonymous
Cuba la tegur mereka-mereka itu kalau mahu merasa terpercik air liur bangkang kat atas muka.

abuyusof
semua nak ikut selera sendiri la tu, tak cerdik tahap tak ingat.

syfasendat
ini bukan dakwah, ini gua saja-saja tulis. gua insan yang terhina, tidak mampu mendakwah mereka-mereka yang kurang dakwah, gua pun kurang dakwah.

K.e.r.i
lu ada link donlod? bagi kat gua, heh!

Rozita
Kalau kita hari ini seperti begini, apakah generasi selepas kita diharap akan menjadi lebih baik? susahnya manusia sekarang kan..

Don Balon said...

Assalamualaikum..
Logik berubah mengikut zaman.
Zaman dahulu lelaki pasangannya perempuan.. zaman sekarang jika ditentang kehendak Pejuang Kebebasan Gay kita dilabel ekstremis, terroris..
zaman akan datang barangkali logik mereka "ikut suka kamilah.. anak kahwin emak dah suka sama suka"..
Berpegang teguhlah kepada tali-tali Allah..
Insya-Allah selamat.. :)