Tuesday, October 20, 2009

Cerita Yang Sudah Tiada Siapa Mahu Ambil Peduli

Mata kita tidak buta, cuma cahaya yang tidak menyuluh arah kita.

Cahaya yang dipadam oleh mereka yang rantai pada tangan kita, kuncinya ada pada mereka.

Cahaya yang dipadam sinarnya kerana mereka lebih bahagia melihat kita kegelapan.

Di setiap detik kehidupan, manusia tidak dapat tidak mesti dan terpaksa untuk membuat keputusan. Namun dengan lumrah kehidupan kita seperti sekarang, apa yang kita dapat bukanlah apa yang terbaik buat kita kerana mereka yang memutuskannya dan itulah apa yang terbaik buat mereka. Walau mereka tidak dan tidak pernah akan sedar gelojoh serakah mereka bakal membunuh kita.

Mata kita dibutakan, telinga kita ditulikan.

Kita dilambung-lambung didalam arus yang direka-reka, dan kita akan terus kekal menerima semua itu sebagai suatu kehidupan, dan bagi sesetengah dari kita tiada kehidupan yang lebih baik selain dari ini.

Maka kita tidak akan lagi merasa janggal untuk menjadi dangkal.

Kami telah terlalu lama dibelenggu sehinggakan kami berubah kepada manusia yang sudah terlupa bagaimana untuk menjadi manusia.

Jika kunci itu belum kamu buangkan, ambilkan dan bukakan rantai ditangan kami. Biar kami lepas bebas, biar kami dapat pelajari kembali apa yang telah kami lupakan, untuk menjadi kami yang sepatutnya.

4 comments:

Paan Ovrtd said...

Yeah!!

Terinspirasi dari Shawshank Redemption ke apa ni?

SUXX said...

slm.

entri puitis kali ni ya.

Nbl Fzr said...

iya!

bokbon said...

paan
tak la, gadoh..

suxx
puitis ke?

nabil fizri
nama lu, gua teringat kat minuman berkarbonat..