Thursday, July 23, 2009

Entri Entah Apa-Apa

Kapitalisme adalah anjing, betul atau tidak? ramai yang berkata seumpama itu.

Dunia saat sekarang adalah dunia yang mana dilingkungi oleh golongan kapitalis disegenap ceruk dan pelusuk. Tidak dapat tidak, kita akan terjebak sama. Hidup bersama didalam lingkungan mereka, dan merasa selesa dengan tawaran-tawaran mereka.

Bersendirian, gua terlintas suatu masa dikampung dahulu. Suatu masa yang sangat lama dahulu, bilamana masyarakat yang saling berjiran menjalani kehidupan seharian.

Bila ada suatu kemahuan dari jiran, yang biasa didengari adalah "makcik..mak minta serai sikit", contohnya..

Tapi diwaktu sekarang, yang biasa didengar adalah "makcik..mak minta beli serai"..

Kita semua sudah tidak berani untuk meminta, duit mesti diutamakan. (kapitalis?)

Dan sambungannya adalah, "berapa ringgit mak kamu nak beli?"

Nampak? mereka-mereka yang sebetulnya tidak tahu menahu akan maksudnya kapitalis ini pun sedikit demi sedikit berubah menjadi kapitalis. heh!

Ini contoh kasar sahaja, kampung gua masih lagi percuma kalau sekadar dua tiga batang serai.

Cuma tidak terfikirkah kita siapa dalang kapitalis ini? siapa mencipta sistem kapitalis ini? apa kesannya kepada kita?

Namun hakikatnya ini adalah cabang-cabang sahaja dari rumpun pokok yang telah lama berakar umbi diatas muka bumi ini. Hidup subur dan menjalar ke serata dunia, memeluk setiap aspek dan prospek.

Percaya atau tidak, sila tengok The Arrivals dari mula sampai ke akhirannya.

Nafsu tunjangnya, syaitan penguasanya, mereka-mereka pendokongnya.

Atau termasuk kita?

10 comments:

sharamli said...

sy xbernafsu sekarang

BudAk hijAu said...

bernas sungguh!bile aku nk wat entri cm ni ha...?

DIK AN said...

"The day capitalism die, we die".

Anonymous said...

kita?hrp xtermasuk..
tp tanpa kita sedari..myb?
nk serai free nti ley singgah umah bokbon..heheh.

-yAmEnToS_ said...

kapitalis? nk wat cene. negara kita satu malaysia ni sekularisme. tade unsur keislaman. kununnye islam hadhari. eh slipar bermanik2 tu slipa sheqah kah? muahahaha

Basuh Baju said...

masalahnya skrg ialah kapitalisme telah dianggap bersatu dgn demokrasi manakala sosialisme dikaitkan dgn diktator..

tu yg pyh nak tukar tu..

Ahmad Azrin Aziz said...

tukar kerajaan!!

-yAmEnToS_ said...

tuka krajaan pon xguna, negara kita dulu kena jajah ngan barat. serba sedikit kita kne tempias demokrasi diorang ngan ekonomi diorang jugak.

bokbon said...

sharamli
aik..lain macam pulak bunyinya, kan?

budak hijau
lepas lu belanja gua kenny rogers, boleh begitu?

Dik An
ha..tulah cerita dia.

anonymous
boleh, singgah le serai wangi pun ada, tau ke rumah gua?

yamentos
ha..mestilah, selipar sapa lagi. hah..ha..

basuh baju
kesian kan sosialisme disalahanggap. hmmm...

mat yen
lu bila nak daftar jadi pengundi?

yamentos
sebab tu mat yen kata tukar kerajaan, sebab mana tahu boleh ubah balik, kan?

nurul said...

negara kte kapitalis ke?

org y lemah dipinggir2 kn..