Sebenarnya dah lama benar gua nak tulis pasal ni.
Entri ni berkenaan akademi fantasia dan juga akademi-akademi lain yang ada yang mana disiarkan di televisyen. Tak kiralah samada yang tayang golek punggung atau yang tayang ustaz berkopiah tersengih-sengih.
Dulu hangat diperkatakan tentang akademi fantasia, sampai melarat ke musim ke-6 (yang ke-7 gua tak tau dah ada ke tak, malas gua nak peduli). Macam-macam yang cuba ditonjolkan dalam siaran tu. Dari budak-budak menangis sebab kena sound lantaran suara macam setan sampai ke budak bergaduh-gaduh macam orang bodoh. Macam sial. Oh btw, saja gua letak budak-budak, sesuai.
Tapi apa yang menjadi kekonfiusan gua adalah mengapa rancangan-rancangan tersebut seboleh-bolehnya memastikan yang setiap penonton menghantar sms untuk mengundi peserta pilihan. Undi dia tu la, undi dia ni la. Gilo apo?
Dan yang lebih buat gua kebingungan adalah mengapa ramai rakyat Malay-sial ni terutamanya orang melayu yang dengan ghairah serta stimnya mengundi melalui sms. Bukannya murah pulak tu. Sampai sanggup berhabis pun ada. Semua tidak terkecuali, semua nak bagi sms.
Yang lebih ghairah tentunya si gadis-gadis. Asal muka hensem terus nak sms. Hensem pun kalau mambar apa guna. Kamu tahu mambar?
Ah..nampak sangat ketidakintelektualan kamu.
Manakala mereka-mereka yang terlibat dalam komuniti agama, yang tahu pasal agama, atau yang buat-buat tahu pasal agama menolak untuk terlibat sama didalam perbuatan tidak sihat ini. Buang duit, tidak berfaedah kata mereka. Lagipun tuhan tak suka. So, they raise their middle finger for this kind of shit.
Sebenarnya mereka-mereka tidak mahu untuk minat serta mengundi sms kerana apa yang ditampilkan dirasakan tidak sejajar dengan apa yang mereka percayai serta perjuangkan. Tidak berbaloi bagi mereka untuk berhabis demi hal seumpama itu. Ah!..gua sememangnya setuju dengan yang itu.
Tapi ingin sekali gua nyatakan disini. Mereka semua bukan tidak mahu, cuma belum mahu.
Dan berasaskan keadaan cuma belum mahu mereka ini, maka ahli-ahli keparat pun come up dengan idea yang memastikan mereka-mereka ini langsung tertarik dan merubah orientasi mereka-mereka itu terhadap hiburan. Bukan susah pun, mereka wujudkan akademi al-quran. Dan ahli-ahli keparat itu berjaya.
Dan setelah itu, maka berhabislah pula mereka-mereka ini membuang duit menghantar sms undi qari/qariah pilihan mereka. Kan dah gua kata, cuma belum mahu saja. Sekarang dah mahu bukan?
Situasi 1 :
"kenapa lu suka afundi ni?"
"mamat tu hensem la. Suka sangat, i ingat nak sulam seluar dalam i nama dia la. Eii sukanya!!.."
"eh, serupa babi la lu"
Situasi 2 :
"kenapa lu suka sms undi tu?"
"ana bukan apa, muka nampak baik je. Mengaji pun pandai, lagipun sekurang-kurangnya lagi baik ana sms yang ni dari afundi tu. Nampak baik sikit..eh, brader! brader!, brader nak gi mana tu? ana tak habis cakap lagi ni"
Itulah lu melayu, hidup atas dasar sekurang-kurangnya. Sekurang-kurangnya itu, sekurang-kurangnya ini. Setiap masa lu berusaha untuk jadi bodoh kan.
Sedarkah lu semua, segala rancangan yang direka itu tak kiralah samada menyanyi ke, berdikir ke, mengaji ke, gila meroyan ke apa ke. Itu semuanya hanya dicipta untuk memiskinkan lu, merosakkan generasi lu. Tapi lu tak nampak semua itu sebab mata lu dah terkabur, sikit lagi nak jadi buta.
Mari gua bagitau lu, segala rancangan yang ada itu dicipta hanyalah berpaksikan keuntungan semata-mata. Selain itu hanya pura-pura dan indah khabar dari rupa, sila buka mata dan hati lu. Dan resign jadi bodoh.
Dan buat mereka yang minat untuk menghantar sms undi tak kiralah untuk rancangan mana sekalipun
Selamat memuja anjing kapitalis gua ucapkan.
Dan lu, terima kasih sebab baca sampai habis. Nanti gua belanja burger.
9 comments:
so far aku tak pernah lagi la undi untuk mana2 rancangan..even dia hensem seperti edward cullen..+)
mambar? tok aku slalu guna tapi tak tahu apa tu mambar. kahkah
ms pon leh stim ka. haaaa nak buat mcm mana. itu je yg diorg mampu. nad x pernh nak rasa gi undi kot. gi undi utk MPP pon mls. haha (:
bokbon..kamu jangan lupa undi aku dalam surat khabar berita harian.free tu,surat khabar aja kena beli
butterflytwinlove
edward cullen? bila nampak darah kamu rasa nak minum tak?
marzuki
mambar tu, up tidak down pon tidak. in the middle of 'something' la.
eclipse
patut la gua tak nampak lu buang undi itu hari, apa nak jadi lu ni?
the spiral eyes
ok ok, esok gua beli berita hairan.
tak undi tak hebat..
sila la undi pasa sanda..haha
faryn pr yang bagus...sila tepuk dahi kamu faryn
aku rasa mcm aku salah blog nie XD~ patt lah ayu semacam aku mengcoment haha
Eclipse
lu kenapa?
Post a Comment