Thursday, December 11, 2008

Suka ek?

Pernah lu semua terserempak manusia yang menjual ubat di kaki lima? Manusia yang pakai akar kayu dilengan bersemutar dikepala sambil menjerit

"ubat kuat! ubat kuat!"

Gua tidak mahu untuk nafikan yang mereka mencari rezeki yang halal, niat gua menulis entri ini bukanlah untuk menabur pasir kedalam periuk nasi mereka. Sila baca dan fahamkan dengan minda yang terbuka. Tapi gua curios, apa kebaikannya? lu tau mana tang baiknya gitu? Kalau betul apa yang diuar-uarkan oleh mereka-mereka itu benar-benar berkesan, kenapa selama puluhan tahun gua menghela nafas ni belum pernah waima sekalipun gua terdengar akan penjual ubat kaki lima yang tersohor dek penangan kemujaraban ubatan jualannya? menerima anugerah pulitzer mungkin.

Kelapa hanyut berwarna hitam sebesar penumbuk yang lu jual jika diletak dibawah katil, akan mampu mengembalikan sensasi malam pertama lu biarpun lu telah lama berkahwin hatta 37 tahun sekalipun. Jadahnya lu?

Bila nak kasi laku lu punya produk, sembang bukan main lagi. Pung pang pung pang, meletup! Yang ralit dok ternganga mendengar tentulah si melayu pertengahan umur. Lu ada krisis pertengahan umur ye? pernah lu tengok cina atau india atau serani dok kerumun peniaga ubat jual ubat kaki lima macam kumbang taik kerumun taik? mesti lu tak pernah kan? gua pun.

Melayu ni kan, orientasi hidup mereka banyak berkisar benda-benda gitu la. Lagi pasal mistik-mistik, pasal batu cincin, hantu jembalang dan banyak lagi la yang gua kira kalau gua tulis satu-satu sampai rosak kibod gua ni pun takkan abis la. Tapi itu kisah lain, lain kali gua cerita ok.

Berbalik pada kisah penjual ubat tadi. Gua kira, itulah dia pemangkin orang-orang kita ni suka untuk berbincang tentang seks. Lebih-lebih lagi mereka-mereka yang berumur, lagi tua lagi menjadi. Lu pegilah mana-mana sekali pun, kalau jumpa lelaki melayu yang agak berumur dok semeja ramai-ramai tak lain yang dorang bincang, seks. Lagi-lagi kalau di kedai kopi waktu pagi. Memang meriah la acara tu kat sana.

Apa yang menjengkelkan gua adalah, mereka-mereka yang kelihatan seakan tersengguk-sengguk namun apabila berbicara tentang seks, macam kete dixon cheng time gear 3, tajam je pegi. Yang nak dapat cucu ke-16 pun sama je.

Ustaz gua pernah kata, orang laki-laki dunia dia dok kat seks la. Takde yang tu, takde la dunia laki-laki. Gua syak dia gersang. Gilo apo?

Kita ni hidup, tuhan jadikan bermacam benda untuk kita terokai. Bukan meneroka hutan dara mencari tongkat ali ok. Tapi kalau dah lu, lu dan lu tiap-tiap pagi gi lepak kedai kopi asyik cerita benda sama yang gua bagitau kat atas tu, apa jadah? Bila lu nak maju kalau asyik begitu?

Bila anak-anak gadis serta anak-anak teruna lu, ditangkap basah lenjan. Ataupun basah lenjan tanpa ditangkap, mengamuk berapi-api la pulak lu ye?

Tau nak salahkan orang. Hoi badigol, lemang kalau lu bakar dalam buluh takkan jadi bentuknya macam lempeng, ngok!

Generasi melayu, yang lu dok sibuk kata rosak sana, rosak sini. Dari mana asuhannya?

Dari lu la jugak.

Dari masyarakat lu.

Melayu.

Ngok!

24 comments:

The Spiral Eyes said...

kamu melayu bukan?


nasib baik aku india muslim...hahahha

bokbon said...

tak, gua mix thailand. secara teknikalnya gua bukan melayu jati, haha..

ahmdsyhmi said...

ha ha ha.
anda tepat dan jitu.
melayu begitu rapuh bukan?

mau cuba minyak pengasih mani gajah?

singgah sini
http://mistikitems.blogspot.com/

ha ha ha

bokbon said...

ah..dulu gua dah penah tengok blog tu. yang tak tahannya jual batu delima yang boleh buat pemilik bermimpi nombor 4D yang akan naik. Kalau betul jadi tak payah la dia jual, baik dia guna buat tikam no untuk diri sendiri. macam setan..tu belum gua hurai ikut agama lagi tu, sapa? melayu lagi.

penanya (?) said...

seks suatu keperluan?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

jika melayu semakin rapuh, adakah begitu juga dengan Islam?

Anonymous said...

jika melayu semakin rapuh, adakah begitu juga dengan Islam?

bokbon said...

penanya
itulah dia, sungguh gua haru biru.

saya qaisara
lagi mau ditanya? sampaikan antara adat dan ibadat pun dah tertukar, harus diingat. islam itu bukan hak melayu, dan melayu itu asalnya hindu.

ahmdsyhmi said...

saya qaisara:

melayu da rapuh. tak percaya?
buktinya mentaliti kamu sendiri yang samakan bangsa dengan agama.

melayu bangsa dan islam agama.

sama sekali tidak sama.

tapi sekarang mentaliti kita da set. melayu itu islam. anda salah!

sebab pemikiran cmni la ade yang pakai tudung tapi baju ketat. islam tapi main nombor ekor. islam tapi santau orang. sebab dia samakan agama dengan bangsa.

*sekadar peringatan

kan kan kan?

sori bokbon gua amek alih port komen lu kejap.

bokbon said...

ahmdsyhmi
takpe takpe, gua lagi suka gitu. jangan cari downline kat ruang komen gua ni sudah, gua sebat nanti. haha..

saya qaisara
senyum sikit,ha..

ahmdsyhmi said...

senyum ye qaisara

datuk seri said...

adakah kamu lihat layu dalam melayu??

bokbon said...

datuk seri
tidak, gua lihat mambar.

The Spiral Eyes said...

aku tak heran langsung kalau melayu hilang,lainlah kalau agama aku..nononononononon..aku ISLAM

one love said...

its not about melayu anymore bokbon!
its just US! tak kira bangsa ataupun agama...

lagipun, kita sendiri boleh berpikir... rite?

hehe :p

and seks bukan keperluan, kan? hehe

Anonymous said...

ahmdsyhmi:

ouh, terima kasih atas peringatan itu. maklum lah, saya budak 12 tahun. masih belum matang. :P

buat bokbon, saya dah senyum sampai dahi dah ni :D
HAHA,
thks, anyway ;)

bokbon said...

cik pasa
ye..itu mintak jauh weh!

one love
itu pun betul sebenarnya, cuma gua mengharap mereka yang tersangat melayu itu terbaca apa yang gua carutkan, lantas menumbuk muka sendiri lantaran terkena batang hidung. entri ini ada golongan sasaran, cewah.haha..haha..haha..

ya betul, tak pernah lagi manusia mati tak dapat seks. kuat seks sangat jadi bapak singa la, boleh dessyyyuuuumm!!!! 20 kali sehari.

bokbon said...

saya qaisara
macam iklan susu tu ye?

p/s: kenapa gua rasa familiar ye dengan lu?

The Spiral Eyes said...

seks tu bukan satu keperluan yang utama kalau orang beraqidah kuat....


aku belum khatam bab ni

bokbon said...

ianya bukan keperluan, ianya kehendak. tapi kalau untuk mendapatkan zuriat. itu kewajipan, yela anak-anak bukan ada jual di kedai-kedai kan..

The Spiral Eyes said...

hahahha,bolehlah aku mahu anak sama kamu bok bon..faryn dia mahu tapi malu

bokbon said...

anak kucen ke?

nuyuljana said...

good one!