Pagi tadi gua lepak KB Mall, gua saja jalan-jalan. Boring dok umah, maklum la gua ni pemalas.
Tengah gua pekena lepak tu, gua nampak sorang budak laki berlari-lari. Sambil berlari-lari budak tu depakan tangan, seronok agaknya budak tu dapat buat gitu. Gua? apa gila gua nak buat gitu?!
Tiba-tiba budak tu tersadung, jatuh tergolek-golek. Muka dia dah ala-ala nak nangis dah gua tengok. Datang la sorang makcik kat budak tu, gua syak makcik tu mak kepada budak tu. Gedebukk!!! makcik tu kasi sedas kat atas belakang budak tu, terdetik rasa kasihan gua kat budak tu. Tak cakap banyak dah, meraung terus budak tu.
Keseronokan budak laki tadi time dia berlari-lari terus musnah. Dan dari firasat gua, tercetuslah aura rebel dijiwa budak laki tersebut, maka tersemailah satu benih dendam kecil, yang akan membesar.
"Mak aku tak patut buat aku begini", detik hati kecil budak tu mengikut firasat gua. Makin hiba tangisan budak tu gua dengar.
Gua nak bagitau lu, gua tak pernah ada anak dan gua tak tahu macam mana nak jaga dan besarkan anak. Tapi dari hal tadi, buat gua betul-betul tersentuh dan berfikir. Gua cukup terkilan dengan sifat menghukum yang ada dikalangan masyarakat kita. Pada gua, sifat itu tak layak untuk dijadikan ikutan.
Sebenarnya, banyak lagi contoh-contoh yang boleh menjadikan moral dan 'self-esteem' kita jatuh. Kita konon berbuat begitu diatas alasan mahu mendidik anak-anak, tapi lebih kepada menjaga air muka dihadapan masyarakat bagi gua. Dan lu tahu tak kesan jangka panjang hal ni? anak-anak boleh jadi pasif, tiada keyakinan diri dan mereka takut untuk mencuba. Dan jadilah mereka golongan tercorot.
Kanak-kanak berbeza kehendaknya dari kita, mereka tak perlukan duit yang banyak, tak perlukan pakaian yang mahal-mahal. Cukup sekadar dorongan dan perlindungan dari kita orang dewasa.
Terutamanya kamu wahai ibu bapa.
Dan bagi gua, ada perbezaan diantara ketegasan dan kebijaksanaan.
No comments:
Post a Comment