Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas adalah salah satu bukti bahawa kerajaan sudah mula goyah untuk membiayai kos pentadbiran negara, pemotongan subsidi pendidikan daripada RM667 juta kepada RM67 juta juga adalah merupakan salah satu dari buktinya. RM600 juta kena potong, banyak tu. Sekarang, cikgu sekolah mana satu yang tak berbunyi lagi?
Kalau dulu, awal persekolahan, setiap kelas mesti ada tong sampah baru, penyapu baru, bulu ayam baru serta semua kelengkapan yang sepatutnya ada didalam kelas diberi yang baru secara percuma. Sekarang, pemadam white board atau black board pun kena kutip duit kelas nak beli?
Kemana duit negara yang dikhabarkan bayak sangat tu? dah habis kena tarah?
Tak lama dulu sibuk dok gebang ekonomi negara kukuh la apa la, kukuh la sangat kalau dah macam ni gayanya.
Nak suruh rakyat ubah gaya hidup? kenapa tak suruh rakyat pakai cawat je, lepas tu tinggal atas pokok makan ubi kayu. lagi la jimat negara.
7 comments:
yang dalam-dalam pon gov kena support ke?
nak buat peknga p0n kena pakai gula ni..macam mana ni
Anne M
Barang dalam dalam tu, semuanya menggunakan subsidi pendidikan RM667 juta yang telah dipotong menjadi RM67 juta tu la. Bila dah jadi RM67 juta sahaja, jadi duit yang seciput itu terpaksa diarah ketempat lain yang lebih memerlukan. Ini orang PPD sendiri la yang cerita.
Shafarina
Buat lempeng la senang, tak payah pakai gula. keh keh keh..
muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn
susah kot nak tadbir negara.
*positive thinking haha*
keadaan ini akan membuat kita semua akan lebih matang menghariungi cabaran hidup yang semakin agresif
betul lah. sekarang ni susah tau nak buat apa2 aktiviti. seperti gua, yang belajar di maktab perguruan ni, banyak projek dah tak jalan dah. semua nya sebab kerajaan dah tadak duit lagi dah. nak buat Kem Bina Insan Guru pon berkira-kira nak keluar duit. Semua tanggungan sendiri. susah macam ini. itu belum lagi sebut pasal kemudahan dekat maktab ni. haishh
Post a Comment