Jumaat lepas gua ke pontian, ada kenduri kahwin dekat parit sikom. Jauh tu takde la jauh sangat, ada la dalam 300 km tapi apa hal gua bertolak pukul 8 pagi sampai pukul 6 petang? itu pun sampai kat rengit, bukan pontian. Buat-buat jauh pulak, cis..
Ni semua pasal ada sorang member gua, kata nak konvoi tapi dia sorang sedap-sedap je bawak 70 km/j dari kl ke sana, kepala bana dia.
Nak tak nak terpaksa la gua ikut, gua jaga kebajikan orang kurang upaya macam tu. Untuk menghilangkan boring gua menyanyi atas motor, abis dari rendang tak berbuah sampai ke semut merah gua nyanyi.
Tiba-tiba gua teringat gua pernah berbual dengan sorang pakcik masa gua tengah buat praktikal dulu. Dia tanya gua antara lelaki/jantan dengan perempuan/betina mana lagi cantik. Gua jawab perempuan, creettt salah.
Dia kata lelaki/jantan lagi cantik daripada perempuan/betina.
Sebagai contoh, cuba tengok bila nak keluar ke mana-mana. Lelaki lepas mandi terus sauk baju seluar, sikat rambut sikit terus boleh jalan. Perempuan nak kena pilih baju dulu, lepas tu nak iron tudung lagi, sapu bedak kat muka lagi, mekap sana mekap sini lagi, pakai tudung, sapu gincu, keluar bilik, masuk balik ejas tudung, baru la boleh pegi. Haru tak? haha..haha..ha.. nampak sangat yang lelaki ni dah tak payah nak
touch-up dah, semulajadi cantik.
hehe!..
Haiwan pun sama, cuba bandingkan antara jantan dan betina mana lebih cantik? semestinya jantan. Tak kirala ikan gupi ke, ayam katik ke, semuanya jantan yang lebih cantik. haha!
Amacam orang perempuan? lu rasa pakcik tu betul ke salah?