Monday, November 23, 2009

Jenis Perangai Minta Penendang

Antara genius dan bebal nak mampus, dimanakah letaknya Yusof Haslam?

Genius?

Cuba perhatikan corak filem-filem arahannya. Terutamanya gerak khas, polis-polis menyiasat berdasarkan laporan dan statistik surat khabar. Kalau kilang surat khabar terbakar, bermaharajalela penjenayah dinegara 1 malaysia ni gamaknya. Damn. Cuba la tiru James Bond sikit, menyiasat pakai otak. Baru la orang nak tengok pun ada rasa. Kalau dulu ada 2 ekor detektif bergaduh, sekor cakap cina sekor cakap India. Huh macam tahi, tak 1 Malaysia langsung.

Tapi kalau perhati lagi, mungkin si Yusof Haslam menyindir PDRM agaknya dalam segi penyiasatan. Penyiasatan yang tak cekap, sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi pengebom Al-Tantuya. Sama macam menyiasat pakai surat khabar. Tak ditulis dalam akhbar maka tak dapat nak siasat. Oh..genius.

Bebal nak mampus pulak?

Tengoklah sendiri drama sembilu. Lepas bergaduh berbaik. Lepas berbaik bergaduh. Macam tu lah keadaannya sampai penonton naik jemu. Last-last bercerai barai. Penutup ceritanya pulak kalau hero tak bunuh penjahat, mesti mero mati. Penjahatnya pulak kalau tak kena bunuh dengan hero atau kena tangkap polis mesti dia automatik jadi insaf. Dah insaf, kopiah atau songkok tu wajib, pulak dah. Jenis cerita yang merepek-repek. Mat kacau mesti boikot cerita macam ni.

Tapi kalau perhatikan balik, senario ni sama la jugak macam senario politik negara kita. Ahli politik bergaduh sampai timbul urat leher, lepas tu mesti berbaik. Dah berbaik cari lagi isu nak bercakar balik. Gua tampar jugak dua-dua ni kang bodoh jugak jadinya nanti. Ada sesetengah ahli politik tu sekejap-sekejap jadi menteri tu, sekejap-sekejap jadi menteri ni. Tak pernah tetap dengan satu-satu benda, macammana nak maju kalau macam ni?

Semua orang nak jadi tu nak jadi ni. Ibrahim Ali je nak jadi katak puru. Terlompat sana terlompat sini.

Haih.. rasa tak tenteram jugak.

Apa saja boleh berlaku dalam dunia pada hari ni, dalam jangkaan dan luar jangkaan. Politik? Dalam politik, mana-mana parti sekalipun kuasa yang akan bercakap. Dan kuasa didalam politik adalah wang. Oh..bukan politik saja hatta dalam kehidupan seharian pun wang adalah satu bentuk kuasa.

Bercakap pasal kuasa wang.

Pagi tadi pagi-pagi lagi gua ke pasar. Nak cari ulam-ulam hajatnya. Berpusing-pusing dalam pasar ternampak pulak orang jual ubi stelo. Kepala dah terbayang ubi stelo rebus cicah kelapa. Ciken cop tolak tepi. Ada 1 kilo je ngam-ngam, RM 2.00 sekilo. Gua dah suruh budak penjual ubi tu bungkuskan. Tiba-tiba datang seorang awek yang dah jadi bini orang gua syak. Tergopoh-gapah.

adik..wi ko kak la ubi tu, kak baya 3 riyal. Nih amik duit nih”..

Budak penjual ubi tu pun hulur la ubi tu kat awek tu. Abis gua macammana ni? Takkan gua tertewas kerana seringgit? mentang-mentang awek tu charee kata orang johor.

Jahanam punya budak penjual ubi, dasar materialistik.

20 comments:

Paan Ovrtd said...

Gua rasa risau sbb lu tiba2 jadi serius...

FARYN said...

eleh....adakah ko peminat setia gerak khas? hahahaa

sharamli said...

ni kal0 syamsul yus0f gtw bapak dy cmna?

jap..nak tendang akak tu ke penjual?
dah2..xm0 mrh2..j0m mkn lempeng j0m...hua3

srikandi said...

hehehe..umah saya byk ubi kayu...meh2..bagi pree jek..uit,saya xpakai dah num tu..

Si Penanya (?) said...

hah aku tak pernah tgk hasil yusof haslam. serius.

rilek lah pasal ubi nak bertekak~

terrarosa said...

kawe raso bini orang tu pom, tok leh wat gitu....
dia ingat dia buleh beli semua benda ko ?
kalu bagi dua pun tahan jugak...
banyak dugaan la plok musim hujan ni dok ?

azka said...

betul kata terra tu, huduh perangai setaro tu..

Anonymous said...

Mmg kejam si pedagang itu, sanggup memperkotakatikkan Bokbon kan kan kan?

pye:rudz said...

tapi aku rasa bebal lagi razak mohaideen kot? harharharharonnn...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

slamat raye aji..

Pyanhabib said...

kapitalis betul penjual ubi!
(selamat hari raya haji!)

abdullahjones said...

good write bro.

A said...

:)

StingRay said...

hoh...ni mesti selalu mengadap gerak khas ni...

hahahaha....

naik rating cerita abg usop.

Rajuna said...

bang.
terlupa lagi satu. orang jahat pakai jaket kulit hitam dan ray ban.


dan ya.

penjual ubi itu rasis kenegerian.

k.e.r.i. said...

lor, bayau 4 ringgit ar plak.

Basuh Baju said...

aku suka tulisan ni..seryes!

Yuyun said...

bokbon jom aku blanje ubi bila ko balik jb..:)

BukanPenjualUbi said...

keh keh. satira materialistik dan wang dari perspektif penjual ubi.

lu buat gua tersengih.

bokbon said...

paan
gua pun risau juga ni..

faryn
gerak khas? tak minat langsung la gua..

sharamli
peknga lagi sedap apa, hah..ha..

srikandi
bak la no baru tu..

penanya
tak bertekak pun, kaget je..

terrarosa
haih..mujur la ambo nih tok bekeng..

azka
sero nok te na pare..

IS
itulah, memang durjana sungguh..

pye:rudz
oh..itu gua setuju

akupentoi
selamat beb selamat..

pyanhabib
memang kapitalis betul..

abdullahjones
thank you bro.

mat yen
lama tak nampak..

stingray
huh..tak sampai hati gua nak mengadap cerita macam tu..

rajuna
entah apa la kaitannya kan?

keri
huh..baik gua bayau ciken cop.

basuh baju
oh bangganya..hah..ha..

yuyu
dah balik jb dah pun ni ha..

bukanpenjualubi
heh..he..