Wednesday, December 22, 2010

Lisa Surihani

Hari ini, rata-rata orang sudah mula mahu bebas dari sebarang bentuk kongkongan yang membelenggu diri. Di Malaysia, perkara yang paling nyata sekali adalah kebebasan untuk bersuara. Walau kita menuduh kerajaan terlalu jahat dalam pelbagai bentuk cara, sekurang-kurangnya mereka masih lagi tidak mengikut jejak langkah Singapura dengan memenjara dan menghukum mereka yang sebebasnya menentang arus.

Akan tetapi, kebebasan yang diperolehi walau bukan secara mutlak ini seharusnya digunakan secara bijaksana dan bukan membuta tuli sehinggakan sanggup mengguna pakai buah mulut atau khabar angin yang disebarkan entah oleh siapa dengan berpandukan kepada perkara tersebut, membuat kenyataan yang jika diteliti sangat diragui kebenarannya.

Sebenarnya, saya amat tertarik dengan komen seorang anonymous yang entah siapa juga yang daripada ayat-ayatnya seakan mahu mengatakan Anwar Ibrahim adalah seorang lelaki 'belaan' musuh-musuh Malaysia yang entah siapa juga. Kerana mengikut perdana menteri saya yang seorang itu, biarlah saya bahasakan dia dengan gelaran manja Pak Jib, mengatakan bahawa negara kita adalah sebuah negara yang selamat. Negara kita adalah sebuah negara yang aman, rakyat tidak perlu khuatir tentang keselamatan kita seMalaysia. Ekonomi kita juga amat kukuh, tambahnya lagi walau harga barangan sentiasa naik disamping pemotongan subsidi diperingkat agensi kerajaan yang teramat banyak disana-sini hinggakan ramai yang mengeluh kepayahan.

Saya andaikan bahawa pengomen anonymous tadi mahu mengaitkan pembelian tanah dan banglo oleh Anwar Ibrahim di Segambut dengan agen asing atau lebih tepat lagi yahudi. Inilah apa yang saya maksudkan diperenggan kedua saya tadi. Jika kita lihat kembali pada zaman sebelum kejatuhan Anwar Ibrahim, semasa beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Pada ketika itu, demi untuk kebaikan dan kelangsungan pemerintahan kerajaan waktu itu, beliau mula menjalin hubungan baik dengan agen-agen dan banker-banker asing. James Wolfensohn, Al Gore, Desmond Tutu dan David Rockfeller adalah antara beberapa nama yang masih ada dalam ingatan saya. Namun pada ketika itu, tiada satu pun daripada media yang banyak ataupun orang perseorangan yang membuat spekulasi yang buruk berkenaannya kecuali akhbar Harakah yang mempertikaikan tindakan Anwar Ibrahim ini. Namun hari ini, selepas kejatuhan Anwar Ibrahim, jawatan dan maruahnya, timbul pelbagai spekulasi serta tuduhan yang mengatakan Anwar Ibrahim adalah antara pengkhianat negara kerana mempunyai hubungan yang baik dengan agen-agen asing yang saya sebutkan diatas. Kebanyakannya yang saya perhatikan datang dari orang-orang barisan nasional sendiri. Saya sebagai rakyat kebanyakan, tidak merasa kasihan kepadanya, akan tetapi saya memandang perkara ini sebenarnya lebih kepada lawak jenaka yang sangat bodoh dan gila.

Dan si pengikut seperti yang saya maksudkan diperenggan kedua saya, jika tidak meneliti sehalusnya babak-babak politik terdahulu, maka akan terus mengatakan Anwar Ibrahim itu sangat jahat dan hanya akan bercakap perkara-perkara yang buruk tentangnya tanpa banyak soal dan berfikir terlebih dahulu. Cukuplah sampai disini, banyak yang ingin saya katakan namun terlampau banyak lagi kerja yang memerlukan perhatian saya yang jauh lebih berfaedah.

Satu perkara lagi sebelum saya sudahi, pengomen anonymous itu juga ada menyebut bahawa pakatan rakyat adalah sebuah parti politik kronisme, "parti politik laki bini" katanya. Sudahnya, hampir seminggu kata-kata itu menjadi bahan ketawa saya dan rakan-rakan. Saya juga mengandaikan pengomen itu adalah seorang penyokong kuat barisan nasional yang saya rasakan hampir sama dengan seekor kambing, pada pandangan hadapannya nampak alim dan berjanggut, tapi bila dilihat pada bahagian belakang nampak batu pelir bergayut-gayut. sekali lagi ketawa saya pecah berderai, keh keh keh.

Dan banyak lagi soalan-soalan lain yang diutarakannya yang menuntut jawapan dari saya. Banyak kenalan yang menegah dan saya sendiri pun tiada keinginan untuk menjawab soalan yang saya rasakan seperti si penanya itu berada didalam kolam tahi, tetapi menuding jari kepada orang lain mengatakan orang lain busuk. keh keh keh.

Oh ya, sebelum saya terlupa. Saya ini bukanlah orang pakatan rakyat jauh sekali penyokong Anwar Ibrahim, satu-satunya benda yang berwarna biru muda yang berada dalam simpanan saya adalah sebuah pemain mp3 yang saya guna untuk mendengar lagu dari album 'Dari Rakyat Untuk Rakyat'.

Dan saya tak mahu bising-bising dengan orang yang entah siapa, lainlah kalau Lisa Surihani. Mengaum juga saya. Grrrrrrr..!!

10 comments:

aku said...

hidup lisa..hahahah

Anonymous said...

"sanggup mengguna pakai buah mulut atau khabar angin yang disebarkan entah oleh siapa dengan berpandukan kepada perkara tersebut, membuat kenyataan yang jika diteliti sangat diragui kebenarannya."
*Yang masih hidup sanggup bersumpah atas nama allah tak nak percaya.Yang tuduhan tak ada bukti,boleh pulak percaya.jadi,kebenaran macam mana dicari tu? Itu baru satu contoh.

"Banyak kenalan yang menegah dan saya sendiri pun tiada keinginan untuk menjawab soalan yang saya rasakan seperti si penanya itu berada didalam kolam tahi, tetapi menuding jari kepada orang lain mengatakan orang lain busuk".

Hampa.Masih tak dapat jawapan.Ingat ada le jugak sumber dari mana pembiayaan operasi PR yang banyak tu.Maklumlah,penulis kan cerdik dan tidak bacul.

"Saya juga mengandaikan pengomen itu adalah seorang penyokong kuat barisan nasional"

Well,ini yang aku hairan.Kenapa kalau 'cuit' saja geng-geng PR ni,terus tuduh tukang 'cuit' tu penyokong kuat BN.LOL! Macam anwar ibrahim! Sebijik.Semua yang jadi salah BN.Haha.

Apa tak boleh soal langsung kah? Tak apa lah,aku faham,mungkin kau mmg tak mampu menjawab.Tak nak jawab pun tak apa.Lepak dalam bilik tu,pikir-pikirkanlah balik soalan aku tu.Pegi cari senyap-senyap pun tak apa lah.

Kita tunggu 20 tahun lagi.Kita tengok macam mana keadaan masa tu.Semoga kita panjang umur.

Memandangkan kau tak nak menjawab,aku stop kat sini.Nampaknya tiada apa-apa bukti yang aku boleh dapat dari sini.

Terpaksa terus mencari lagi jawapan daripada calon yang cerdik dan tidak bacul.

Assalamulaikum.

-Dari Hamba yang tidak berapa cerdik-

bokbon said...

Orang macam kau ni brader, tunjuk wayang sikit pun kau dah percaya. Orang ni, kalau dah jauh dengan agama, bersumpah guna nama ALLAH 7 kali sehari pun sanggup.

Kalau kau nak kaitkan sangat anwar dengan yahudi, cuba cerita kenapa najib terhegeh-hegeh jalin hubungan dengan apco? satu dunia tahu apco itu agen zionis, nak tunjuk bangang pun biar la bertempat brader. ada otak tu guna la sekali sekala.

aku bukannya orang PR, tapi aku pasti yang kau ni melayu. pas tentu jauh sekali, sebab tu aku andaikan engkau orang BN, ke engkau MIC? kalau semua pun bukan, tentu kau tak berpihak pada mana-mana parti, kalau tak berpihak, buat apa kau sibuk-sibuk nak melenting bila aku cakap penyokong BN bacul?

oh ya, bagus juga kalau kau berhenti disini. tak payah lagi membuang duit kat cc tu.

bokbon said...

memetik abdullahjones berkata :

Lelaki-lelaki yang tidak suka kepada tulisan saya tidak langsung saya pedulikan kerana saya tahu mereka berkote kecil dan dengki.

FVN said...

tak abis2 ngan lisa :P


p/s: pindah sini :)

BudAk hijAu said...

lisa..lisa..lisa...

cuba tulis yan pulak.pils!hahaha

k.e.r.i. said...

jauh tajuk entry dari isi.

Tuan Nakhoda. said...

nice entry.

Anonymous said...

;P
~hakimah~

Anonymous said...

~senyum bermaksud buat bokbon~ :)