Monday, March 23, 2009

Wes mangan?

Jumaat lepas gua ke pontian, ada kenduri kahwin dekat parit sikom. Jauh tu takde la jauh sangat, ada la dalam 300 km tapi apa hal gua bertolak pukul 8 pagi sampai pukul 6 petang? itu pun sampai kat rengit, bukan pontian. Buat-buat jauh pulak, cis..

Ni semua pasal ada sorang member gua, kata nak konvoi tapi dia sorang sedap-sedap je bawak 70 km/j dari kl ke sana, kepala bana dia.

Nak tak nak terpaksa la gua ikut, gua jaga kebajikan orang kurang upaya macam tu. Untuk menghilangkan boring gua menyanyi atas motor, abis dari rendang tak berbuah sampai ke semut merah gua nyanyi.

Tiba-tiba gua teringat gua pernah berbual dengan sorang pakcik masa gua tengah buat praktikal dulu. Dia tanya gua antara lelaki/jantan dengan perempuan/betina mana lagi cantik. Gua jawab perempuan, creettt salah.

Dia kata lelaki/jantan lagi cantik daripada perempuan/betina.

Sebagai contoh, cuba tengok bila nak keluar ke mana-mana. Lelaki lepas mandi terus sauk baju seluar, sikat rambut sikit terus boleh jalan. Perempuan nak kena pilih baju dulu, lepas tu nak iron tudung lagi, sapu bedak kat muka lagi, mekap sana mekap sini lagi, pakai tudung, sapu gincu, keluar bilik, masuk balik ejas tudung, baru la boleh pegi. Haru tak? haha..haha..ha.. nampak sangat yang lelaki ni dah tak payah nak touch-up dah, semulajadi cantik.

hehe!..

Haiwan pun sama, cuba bandingkan antara jantan dan betina mana lebih cantik? semestinya jantan. Tak kirala ikan gupi ke, ayam katik ke, semuanya jantan yang lebih cantik. haha!

Amacam orang perempuan? lu rasa pakcik tu betul ke salah?

7 comments:

A said...

gua sokong itu pak cik cakap.. hahaa..

BudAk hijAu said...

panas pulak tb2 telinga gua nie!!!

Yuyun said...

parit sikom dekat dgn kampung gua..

*da tentu2 la aku xsokong pakcik tu..

Anonymous said...

huhu subjektif sebenarnya cantik ni... lelaki/jantan mana cantik... kan hensem :)

bokbon said...

mat yen
memang pak cik tu tak tipu, haha!

budak hijau
haha, meh kita minum teh o beng.

butterflytwinlove
ha, lu dok parit mana? johor banyak parit,ada kisah gua ngan baguk, nak tergelak je.haha!

manje
hensem tu kan cantik, haha!

Anonymous said...

de ke patut p.cik 2 kte gi2..
p.cit 2 n sume laki2/jantan kat ats dunia ni knela consider ckit ngan pompuan ni..dri segi aurat,pompuan byk lg y kne aware compare ngan laki..kne pakai tudung,sarung kaki, stonge n so on..laki ado ko hok kna pkai sume 2??? cuba bygkn klu pakai tudung y x iron,gano?
tp bg pompuanpun jgnla nk b'lbh2 plak..ingt kte ni sapo..
point nya kat cni,awk pkla sdiri salhan...he3..x larat nk taip..cm nk wat essay plak..

Anonymous said...

I would like to exchange links with your site selumbarhidup.blogspot.com
Is this possible?