Thursday, August 13, 2009

Dimana Dia Kesatria Kita Semua?

Dari saat entri ini ditulis, angka kematian berkaitan wabak H1N1 adalah melebihi dari 40 orang, satu jumlah yang meningkat dengan cepat dari hari kehari.

Tidakkah kamu semua terkesan dengan semua ini? Atau tidakkah kamu semua merasa gusar dengan apa yang sedang berlaku ini? Kalau bimbang, apa yang telah kamu semua lakukan demi untuk ini?

Dan juga cuba tanya diri kamu sendiri, apa yang telah kerajaan kamu, kerajaan yang memerintah negara kamu ini telah lakukan dalam usaha memastikan keselamatan dan kesihatan rakyatnya terjamin? tanyalah berulang kali, dan pastikan kamu mendapat jawapan.

Langkah yang telah diambil setakat ini adalah dengan menghentikan operasi sesebuah institusi dengan memberi cuti sekurang-kurangnya seminggu, namun apa faedahnya untuk kita ini semua? Terhentikah penularan wabak ini? Adakah kerajaan yang kamu sanjung itu adalah setakat ini tahap bijaknya? Dengan cuti yang seminggu itu, mereka yang bercuti boleh sewenang-wenangnya kemana-mana yang mereka inginkan, tiada halangan. Tiada sekatan. Mereka boleh menghadiri tempat tumpuan ramai, mereka boleh balik ke kampung, dan mungkin merebakkan wabak ini dikampung mereka pula.

Ini satu langkah yang pasif, ini satu langkah yang sekadar ambil syarat mengatakan mereka telah berbuat sesuatu. Tiada gunanya kepada kita, kita sekarang ini seumpama berada didalam satu bilik kedap, dan menunggu masa untuk dilepaskan gas beracun kedalam bilik itu, dan kemudian mati.

Namun akhbar-akhbar tetap memuji kerajaan dengan mengatakan itu adalah langkah yang terbaik dari kerajaan. Dasar pengipas, kerja tidak berkat. Tuhan marahlah bodoh. Makan hasil rezeki tidak berkatlah kamu, membesar anak-anak kamu dengan hasil rezeki tidak berkatlah mungkin. Mana anak-anak kamu tidak jadi mat rempit, mana anak-anak kamu tak jadi bohsia, mana anak kamu tak jadi kutu rayau. Mana tak rosak generasi hari ni. Cukup.

Berbalik kepada isu wabak, ramai yang membicarakan situasi ini dengan mengaitkannya dengan amalan-amalan kapitalis, dengan amalan-amalan para pemodal antarabangsa yang rela melakukan walau apa sahaja demi mengaut apa yang mereka gelar sebagai harta dan kemewahan. Itu gua tidak mahu untuk nafikan kebenarannya, mereka yang bertuhankan setan begitulah gayanya.

Tapi mari kita melihat isu ini dari sudut kita, dari skop pengamatan kita. Ataui lebih tepat, kita melihatnya dari sudut negara kita, kerajaan kita. Sesudah itu, barulah kita melonjak kearah skop yang lebih meluas.

Umum mengetahui bahawa vaksin kepada wabak ini sudah ditemui, sudah tercipta. Namun masih tidak dapat diberikan kepada mereka yang amat-amat memerlukannya. Kenapa ini semua? mahu tunggu sehingga rakyat negara kamu tinggal sekerat baru kamu nak tergadah? tidakkah keraajan kita mempunyai kebolehan untuk mendesak mereka-mereka yang terlibat untuk mempercepatkan pengeluaran vaksin ini. Atau tidak berani? tidak ada telur?

Nah, secara jujur sekarang siapa yang membahayakan keselamatan negara? apakah masih tidak bahaya keadaan kita sekarang? orang suruh mansuh ISA tak mahu mansuh, sekarang gunalah akta kesayangan kamu itu untuk memastikan keselamatan negara kamu. Tangkap dan sumbat mereka-mereka yang membahayakan negara ini kedalam lokap, rahsiakan kedudukan mereka. Biar mereka mati mengerekot didalam sana. Padan muka.

Oh ya, terlupa pula gua. Mana boleh koyak baju dibadan sendiri, nanti jadi macam orang gila.


p/s : kenapa bila kita taip di word, kemudian salin dan tampal disini, tulisannya menjadi lain sekali ya?

14 comments:

balqissy said...

ada orang cakap, boleh cuba minum air kelapa jika terdedah dengan h1n1.

paiseh said...

semua kapitalis punya angkara~

A said...

cuba minum air seratus.. bismillah dulu sebelum teguk..

sharamli said...

lecturer cakap utm nk tutup jgk..
tp lepas k0nv0..
b0leh x kal0 nak suruh tutup ari ni..
k0nv0 tu batalkan..
eh..tp dah stat kn...
ala...xleh la nmpknya...

srikandi said...

hehhehe..saya suka cuti!!

srikandi said...

hehhehe..saya suka cuti!!

Kuwe said...

h1n1 terdedah kpd badan mempunyai keasidan tinggi.minum makanlah benda beralkali.

dan aku pun masih tak fhm.dr 44 yg mati takat arini.takda sorang pun cina india yeh? melayu mmg suka makan asid kah.

k.e.r.i. said...

yo lo ko kuwe?
melayu belako ko?

Paan Ovrtd said...

Sebab word punya format sama dengan blog punya.

nuyuljana said...

aku jawab soalan ko. tulisannya menjadi sebegitu kerana ko copy drpd microsoft word. dia akan copy font face dan style definition. jadi, kalau ko taip kat word, ko paste kat notepad baru copy paste ke dalam entri.

1 soalan, nk g keje td aku nmpk utm mcm sibuk jew. ada konvo ka?

nurul said...

kadar kematian h1n1 ni mkin hr mkin meningkat..de je org mninggal..

ak pun hairan la ngan kerajaan ni..
dia nk tunggu sume rkyat malaysia ni mati kot bru nk prevent pnyakit ni..@ pun bla dh kna kat family diorg brula btol2 sedar..
y plik nya lg, napela bodoh sgt arah sume plajar bru mktab selama sminggu duk b'himpun nk wat sambutan 31 ogos..
xtaula diorg ni ada otak ke x..
moga2 insafla..

klula ak ni de pistol, ak tembak je diorg..!

bokbon said...

balqissy
hari-hari gua mium air kelapa, heh..he..

paiseh
kapitalis ni memang kadang-kadang menyusahkan orang, grrr...

mat yen
air seratus tak boleh ada dalam bilik gua, baguk mesti datang minum..

sharamli
haip..kata takmo cuti...

srikandi
amboi, suka sangat sampai dua kali bagitau.

kuwe
golongan yang suka onani dan homoseksual memang ada peluang tinggi nak kena, heh..he..

keri
oloh dio, kecek kelate..

paan tanpa adik
patutla...

nuyulana
tin kiu cikgu, nanti gua edit balik. memang tengah konvo sekarang ni, turn gua esok, meh la amik gambar dengan gua, heh..he..

nuul
amboi, nak bunuh orang. pengaruh filem mafia ke hapa lu nih?

DaliaLiyana said...

ntah la sampai bila baru nak amik keputusan drastik...nak tunngu kena kat anak bini sendiri baru berinagt agakneyr...

nurul said...

hik3..dela gak pengaruh ckit2..

ak de byk nk citer sbnrnya ni..tp x tau nk ckp camna..