Selamat tinggal Kuala Lumpur.
Dulu gua selalu dimomokkan dengan kata-kata berupa
"Kuala Lumpur tempat memperkosa jati diri"
"Kuala Lumpur tempat menodai budi"
"Kuala Lumpur tempat untuk membuntingkan akhlak dan melahirkan maksiat"
Semua itu pada gua, mungkin sekali kata-kata yang didasarkan kepada pengalaman. Mungkin benar dan mungkin juga dusta.
Lebih kepada dusta barangkali.
Kerana itu semua adalah didorong oleh setan, dan bukan didorong oleh sebuah tempat hutan batu yang bernama Kuala Lumpur.
Dan setan itu ada dimana-mana. Didepan kamu dibelakang kamu, dimana-mana sahaja.
Ini kata-kata dari gua
"Jangan kamu mencabul Kuala Lumpur, buntingnya akan melahirkan hanya nanah"
Hahaha!
**********
3 tahun gua menetap di Kuala Lumpur, suka dan duka kehidupan gua sebagai seorang pelajar disana akan kemas tersemat didalam lipatan sejarah hidup gua dengan harapan akan kekal menjadi jalur untuk gua ikuti dalam meniti hari yang semakin dewasa.
Dan
Kepada rakan-rakan yang selalu membantu dikala susah, menyusah dikala senang, dan mengepow bila duit gua masuk, terima kasih untuk segala-galanya.
Gua yang lu semua kenal selama masa itu, adalah gua yang sebetulnya. Ketawa gua tidak pura-pura sama juga marah gua tidak dibuat-buat.
Kepada kawan-kawan yang mengenali diri gua, terima kasih.
Tidak lupa juga kepada pensyarah yang banyak menyusahkan diri sendiri mahupun menyusahkan gua dan rakan sekelas, jasa kamu tidak mampu untuk kami semua balas. Semoga hidup kamu sentiasa didakap rahmat dan kasih sayang Tuhan.
Puan Zubaidah, terima kasih. Rumah saya ada anak kucing warna putih, comel je, puan nak?
En. Yusmady, terima kasih. Rumah kat Kelantan murah-murah, Mari la beli pat lima nam buah.
Puan Huda, terima kasih. Jaga Mawaddah baik-baik, Dah sampai masa nanti tak payah susah-susah cari calon suami, saya single lagi.
En. Saiful, terima kasih. Errr...lari dengan penuh semangat encik, nak kahwin jangan lupa jemput.
En. Norhan, terima kasih. Kawan saya ada bodykit waja nak jual, encik nak ke?
Encik Nuzul, terima kasih. Nanti encik beli la riding glove sepasang, walaupun naik skuter, keselamatan tu penting encik. Ek encik ek...
Dan untuk semua pensyarah subjek elektif gua, terima kasih. Saja je gua compile gini, malas nak taip dah, heh!
Dan untuk seterusnya kalau ada rezeki, mungkin sekali gua akan ke Skudai menyambung pengajian.
Doakan agar rezeki itu sentiasa ada untuk gua, kerana gua mahu untuk menetap dan merasa suka dan duka Johor untuk kali ini.
Terima kasih.
11 comments:
semoga berjaya menyambung pengajian . di UTM kah?
waaa...pehal suma nk blah g skudai nie..
dok kl pon xpnh jmpe lg..
ni nk mrh ni...
tahniah!dh merdeka!
darling,
jgn lupa daku di sini wokay...
huhuhuh
gua takde ke..rokok sebungkus pun ok apa..
saya ke joho minggu ini...
atau minggu depan =P
lepas ni kalo lu dapat skudai..tmn u tu jadi umah no 2 lu..beb..lu belom belanja gua mkn cendol..jgn nak wat2 lupa..jenuh aku ngingatkan ni..mat yen pon sama..:)
hahahahha..balik2 besar body la tuh! tp xdop napok pn?
tq.. nak link boleh je tak luak pe.. kwn ada banyak.. teriima kasih datang singgah..
Skudai juga ke? Ooo mesti tak boleh berpisah ngan ahmad azrin ni.
wah wah.
suda semakin dekat dengan aku.
hee~
dnasura
amin,yup kat UTM
budak hijau
alah..dah lu yang selalu sebok, orang cuti pun lu keje. hehe! TQ.
faryn
ah..mana boleh gua nak lupa lu.
mr.blind
rokok saat orait? lu isap?
balqissy
pergi rumah mentua ke hapa lu nih?
butterflytwinlove
ala..dah lu tak datang kat tempat gua, gua nak gi kat tempat lu mana gua tahu mana port cendol, hehe!
srikandi
ado nih, tok tubik derak pun. dok nanok rumoh jah.
abuyusof
sama-sama, harap gua boleh menulis sebaik lu nanti.amin.
IS
ah..mat yen tu yang tak boleh nak berenggang dengan gua.
nuyuljana
yeah..boleh lu pegi bawak gua jalan-jalan, belanja gua makan kan?
Post a Comment