Disuatu petang yang damai, oklah petang semalam. Gua melepak dikedai makan bersama member gua sambil nunggu motor gua diservis.
"kruuk..kruuk"
Berkeroncong pulak perut gua nih, lalu gua pun terus mengorder megi tomyam bersama segelas lagi nescafe o ais , member gua tidak ketinggalan untuk berbuat perkara yang sama.
Kemudian, megi tomyam sampai. Berasap-asap lagi, gua ingat nak tiup, tapi gua teringat nenek gua pernah bagitau yang tiup makanan ni tak baik, jadi gua tak jadi nak tiup megi tomyam gua yang panas berasap tersebut.
Gua pun makan slow-slow. Tak payah bayang ok, memang kelakar muka gua kalau makan makanan yang tengah panas berasap.
Tengah gua sedap berkerut menahan panasnya megi tomyam tu, tiba-tiba member gua ni
"mu boh goni la, koho sedak megi mu"
"nate apo ni?"
"ni la peraso aji-no-moto"
Sambil menghulurkan sebekas kecil perasa cap aji-no-moto kepada gua, alah yang tudung warna oren tu la. Tak reti gua nak bagitau apa tajuk perasa tu. Tapi gua tak berapa terasa nak cuba sangat benda tu.
"tokse eh aku, botok palo bengong"
Dipaksanya pulak gua
"oloh boh sikit-sikit takpo goni, aku dok make sokmo takdok gapo pon"
Sambil tangannya dah merenjis-renjis serbuk perasa aji-no-moto tu dalam mangkuk gua, banyak pulak tu. Sampai tertutup megi gua jadinya ha..gila babi apa dia ni getus hati kecil gua.
Nak tak nak terpaksala gua makan. Gua gaul-gaul dan suap ke mulut, takdela teruk sangat, dan gua makan sampai habis.
Bila gua balik rumah, lepas je solat maghrib. Dah kepala gua ni rasa lain macam, rasa berat-berat sikit. Dada gua jadi berombak, dahi gua berpeluh. Tekak gua terasa mual, perut gua rasa terik-terik je. Ini dah lain dari lain macam ni.
Sampai satu tahap, gua memang dah tak tahan sangat. Gua ke bilik air, gua dok termenung atas baldi, tiba-tiba automatik gua jadi termuntah. Banyak pulak tu, gua basuh-basuh kemudian terus gi baring atas katil gua. Pening toksah cakap la, telan air liur pun dah jadi macam telan anak batu dah.
Esoknya, gua pikir-pikir balik kenapa sampai begitu sekali. Tak lain tak bukan dah ni, perasa aji-no-moto punya pukulan dah, confirm. Sampai begitu sekali kesannya kat gua, tobat dah tak nak makan benda tu lagi. Macam haram jadinya.
Jadi
Kepada sesiapa yang terbaca entri ni dan mahu jadi isteri gua, tak pun mahu jadi tukang masak gua buat seumur hidup lu. Belajarla untuk memasak secara semulajadi, tak perlu tambah apa-apa perasa lebih-lebih lagi perasa aji-no-moto tudung oren tu.
Kalau buat jugak, memang tak sayang gua.
22 comments:
pasa tidak pernah menggunakan msg di dalam masakan,bolehkah saya mencuba nasib cik bon bon (malas panggil bok bon)
owh...entri mencari jodoh rupanya...kikiki...(perenggan last!)
sambil selam telan air!!ngeee..
cik pasa sanda
sila beratur, amik borang.
budak hijau
haha..apa ah lu ni, tersipu-sipu gua lu cakap gitu.
keh3..gua dah tau dah apa point lu ngn entri cm nie..kn dh kantoi ngn gua..kui3..
budak hijau
hahhaaa..
dah dah, jangan bitau orang lain.
haipp...
i tak rela dimadukan tau syg..
grrrr...mlm ni u tido luar ok.
faryn
ala..luar banyak nyamuk la, kena chikunguya u jugak yang susah..
nyamuk tak rela isap darah lelaki gatal mcm u.
aku goreng telur pon guna pakaji-aku kalau boleh nak kawin ngan pak-aji :K
kamu pikir kamu artis?
faryn
haha..nath la, nak cakap pe ntah.
eclipse
weh..botok palo!
cik pasa
gambar dua keping, jangan lupa.
kalau mau sunat untuk kali kedua,
sila la berani madukan i yer.
faryn
sunat kalai ke-2?
oh..sekali-kali gua tak berani, sumpah.
ambik gambo aku yang bertanda x di dahi ok
siti pasa
ukuran passport tak? kalau tak takleh terima. tak menepati piawaian.
ada,itulah x di dahi,kamu mahukah,kalau umi kamu lihat mukaaku bertanda x di dahi tu sejuk hati dia melihatnya
cik pasa
ha..ye la lu.
ye..benaran
haha..
hahahha..kesian..
cik pasa
nanti hantar borang by hand, takleh post-post. kena tunjuk kesungguhan sikit.
srikandi
memang kesian, tobat gua taknak makan dah menda alah tu. tunggang langgang hidup gua..
hahaha..
sempat promote eh..
erk!
Post a Comment