Komen dari cik siti wan pasa sanda yang gua copy paste kat sini.
Sila baca
Dan pada yang buta masih mengamalakan bidaah, ketahuilah kamu bahawa
"Setiap bidaah adalah sesat"
Riwayat Imam Muslim.
"Bidaah itu lebih disukai iblis daripada kemaksiatan, pelaku maksiat masih ingin bertaubat dari kemaksiatannya, sedangkan pelaku bidaah tidak ada keinginan untuk bertaubat dari kebidaahannya bahkan akan semakin menyukainya."
Ini adalah kerana pembuat bidaah merasakan perbuatannya baik, dan dengan perbuatan bidaah itu dia bermaksud untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. Oleh kerana itu pelaku bidaah tidak pernah terfikir untuk bertaubat kepada Allah dari perbuatannya bahkan dengan kebidaahannya dia mengharapkan pahala.
Firman Allah s.w.t. :
"Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk dia meyakini pekerjaannya itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan?"
Surah Faathir ayat 8.
walau aku suka menyumpah alhamdulillah aku masih tidak dibutakan mata hati.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cik pasa, lu jangan nak jadahkan gua cilok lu punya komen, haha..haha..ha..
Ah, gua sememangnya setuju dengan yang ini. Dan kerana inilah gua sering dianggap songsang, songsang taik lu.
Bangsat, agama pun lu nak takwilkan guna akal.
Ingat, Islam itu adalah undang-undang terikat. Tuhan kata gitu, maka gitu la. Jangan ingat lu lebih tahu dari yang tahu, lebih pandai dari yang pandai.
Lain la gua, naik basikal boleh lepas tangan.
11 comments:
Allah kata itu,itulah,jangan kamu tamsilkan mengikut kepentingan politik ka,suku kaum ka,jadahkah,apakah...jangan kamu pandai pandai...
(punca pergaduhan yang telah selesai bersama emang manang)
takleh nak komen..
kang deme kata, bidaah!
heheehh :p
jangan jadi ahli bidaah
cik pasa
lu gaduh sama dia ke? tak baik gaduh-gaduh.
one love
huih..bidaah bidaah ni bab ibadah je, haha..
cik pasa
ya betul, jadi ahli politik yang korup pun jangan.
mana ada gaduh..jadah pa gaduh?
cik pasa
ele ele ele, tanak ngaku..
tak baik fitnah itukan lebeh teruk dari membunuh...
cik pasa
abis jadah hapo kat first comment tu?
kamu maksudkan abang emang ka?
ya ah, apa lagi.
oh..aku baru gaduh dengan beliau..ni yang terbaru,hahahah
Post a Comment