Kenapa orang kuat upaya? kerana walaupun pahanya dah jadi sebesar lengan gua, dia tetap gagahkan diri ke masjid menunaikan solat jumaat. Gua salute sama beliau.
Selesai imam berkhutbah, dan bilal start iqamah makmun yang dok kat luar-luar tu segera naik ke masjid, bersesak-sesak berebut-rebut untuk masuk ke dalam masjid termasuk la gua. Tu la, awal-awal tanak masuk, hahaha..
Namun gua jadi kaget bila gua tiba-tiba terpandang pakcik kuat upaya tadi dok sorang-sorang kat atas kerusi roda dikaki lima masjid. Dia pandang gua, gua pandang dia. Kesian jugak gua kat pakcik tu.
"aduh, nok wat gano ni?"
Hati gua berkata bila riak muka pakcik tu seakan-akan memberitahu yang dia juga mahu turut serta untuk masuk kedalam masjid.
Namun itu nampaknya tidak boleh
Kerana kaki lima dan lantai masjid itu dipisahkan oleh dua anak tangga yang gua agak setinggi sekaki. Gua tak tahu nak buat apa, jadi gua pandang sajalah pakcik tu dan terus naik ke atas.
Masjid dah besar, boleh muat ribu-ribu orang dalam satu masa. Ada mesin yang kalau tekan keluar air sejuk macam air dalam peti tu kat setiap pintu, ada pustaka yang besar, van jenazah sampai dua,lampu kristal lip lap lip lap, banyak lagi la. Semua yang hebat-hebat.
Tapi tidak mesra OKU.
Gua ingat, ini adalah perkara yang ahli jawatankuasa masjid dah terlepas pandang. Orang kuat upaya macam pakcik tu ramai yang nak ke masjid, tapi takkan sekali pergi kena solat kat kaki lima, dua kali pergi pun kena solat kat kaki lima jugak?
Kalau takde peruntukan, minta dengan wakil rakyat. Tak guna la jadi wakil rakyat kalau sekadar nak bercakap pung pang pung pang kalau benda seremeh itu pun lu takleh nak buat. Tapi kalau lu jadi wakil rakyat hanya sekadar untuk pakai mecedis dan rumah besar, baik lu bunuh diri je gua nasihatkan.
Haih..
Kalau sapa-sapa yang ayah dia ke, sedara mara dia ke yang jadi ahli jawatankuasa masjid. Tolong suruh beri perhatian pada hal ni, ok?
Kita kan manusia, bukan lembu.
22 comments:
ayah saya tiada apa apa kepentingan dalam masjid
tingginya tangga :K elak banjir pe. HOHO ala bagi ah coment kat imam. x kan reti coment kat blog je kot. hoho
jap napa je x tolong angkat pacik itu. x susah an
ciannya pakcik tu..aku bersimpati..maybe ko patot tolong waktu tu..erk
cik pasa
lu amacam?
eclipse
stendet ah tu sekaki, tu pun rendah wei..tu la pasal, gua nyesal jugak tak tolong tadi, tapi dia datang situ ngan sapa? mana anak dia, dia lebih berhak la..
butterflytwinlove
yelah, memang salah gua tak tolong dia tadi.
apa kata awak usul cadangan dekat jawatankuasa. bagi sebab yang kaw2, buat secara professional. insyaAllah Tuhan tunjuk jalan(:
nur suhana
dorang lagi cerdik dari gua, nak tegur kang dorang kata nak ajar ikan berenang plak. haha..lagipun gua tak berapa nak seteru ngan ajk masjid tu, dorang pernah marah gua masa gua kecik-kecik pasal makan mangga dalam pagar masjid. hahaha...
hehe. biase la, kalau tak diingatkan, akan terus lupa. maksud saya tadi, maybe tulis dalam satu kertas, atau surau maybe ada kotak cadangan. salurkan di situ maybe, kalau awak nak(:
nur suhana
owh..apsal gua tak terpikir plak ye, ok nanti gua usahakan. TQ.
sama-sama(:
wakil rakyat cuba jadi macam khalifah umar,sekali sekala jenguk rumah rakyat r.a sorang sorang
nur suhana
;)
cik siti wan pasa sanda
ha, bagus tu. tapi wakil rakyat mana yanng nak buat gitu cik pasa? kalau ada pun,..ah, mana ada.
senang lantik aku ah,dalam aku jenguk jenguk orang tua sikampung,bolehaku pakat suruh mereka vote si pasa sanda ni
cik pasa
dari lantik lu, baik lantik gua.
lantik lu nate gapo...li cendawe ajo..masok sup pun sedak jugo
cik pasa
nate lu! haha..
bok bong,dengo sini..jadoh mu
ceh..mana ada orang belah pantai timur cakap jadoh, they dont like to speak harsh word ok.
ok but they do use nate ok??
jadoh..what is the real mean of jadoh anyway,i heard it on hindi movie
ntahla..lebih kurang jadeh agaknya.
hahaha..jadeh (emang?)
jadah kamu
sgt prihatin!
bgs..
:)
Post a Comment