Raya kali ni kat kampung gua, rasanya sama je kemeriahannya berbanding raya tahun-tahun sudah.
Segala apa yang Pjoe bagitau, memang itulah yang berlaku dan gua nampak. Tapi sume orang-orang tua puji pisau yang gua pakai. Maklum la, pisau dari New Zealand. Haha..haha..ha..
Oh btw, tadi gua join orang kampung gua lapah daging. Saja gua tunjuk muka, tu pun dah ada yang tanya gua
"anok sapo ni?"
Tssskkk.
Nampak sangat gua tak berapa nak market kat kampung sendiri.
Tengah gua ralit dok lapah daging tadi, tiba-tiba ada sorang pempuan datang kat gua sambil dukung anak, senyum kat gua. Gua pun balas senyuman dia, ntah gua belum ingat lagi sapa pempuan tu. Gua sambung lapah daging lagi. Sambil-sambil gua cuba ingat balik sapa pempuan tu.
Tak lama lepas tu, bila dah siap cincang tulang. Pempuan tu datang bagi bekas plastik kat gua
"shawn, tolong boh daging dale bekas ni"
Gua dongak dan perati betul-betul, sapa dia ni. Dalam gua dok termenung tu, tiba-tiba gua teringat. Masa kecik-kecik gua selalu main lompat tali, main 'gelek paro', dan dalam ramai-ramai tu hanya ada sorang pempuan.
Rohaya.
Ya, Rohaya. Dan pempuan yang dukung anak tu adalah Rohaya. Bila lu kahwin weh? gua tak tau pun.
"hey shawn, boh la daging tu"
"ho la, meta"
Siap semuanya, gua basuh tangan dan gi kat Rohaya. Gila lama tak jumpa dia ni, bertanya khabar lebih kurang. Dia kenalkan gua pada suaminya, kami bersalaman. Dan dengan suaminya ada lagi sorang budak kecil, anak mereka.
Ish..dah dua orang anak rupanya. Umur sama je dengan gua.
Begitu cepat masa berlalu. Kawan-kawan gua, masing-masing dah ada haluan hidup masing-masing. Yang berjaya, yang tengah berusaha untuk berjaya, yang tak berjaya langsung, semuanya ada. Masing-masing selesa berada dalam fasa-fasa tertentu.
Haih..dunia ni penuh dengan warna-warni kan.
Untuk Rohaya, selamat berumah tangga dan selamat menjadi ibu.
Suruh anak lu panggil gua uncle shawn.
12 comments:
hahahah..apsal nama shawn plak?gelek paro tu gapo?
delete dah ur name tu..alos la..hehehe
ntahla, kalau tak suruh pun memang budak2 pasir puteh panggil gua gitu, kebanyakan la. jojet punya pukulan.
haha..
TQ TQ.
Oh lupa lak, gelek paro tu main gelek tin pakai bateri lampu suluh yang besar tu, atas tin tu ada getah urat. sapa yang jatuhkan getah, getah tu dia punya.
heheh shawn..
sungguh moden heheh!
bukan main rajin melapah daging yer..
anak sapalah tu?
:)
jangan lupa ajo dia panggil aku mrs.shawn
eh?pelik nya permainan tu..hahahah..bdk kampung mano lah ni..pelik2
one love
haha, biasa. alah, saja nak promote diri sendiri, anak mak ni..
The spiral eyes
nanti la gua ada masa, ok..
srikandi
aik, tak penah main ke? ish ish..
LOL umur baru 20, pas spm umur 17 thn. kawin umur 18 tahun. 19 seorg anak 20 seorg anak. wei setiap tahun buat anak x tahan
Eclipse
pembetulan, 21 nak kenal 22. tapi betul la, setiap tahun wat anak, fuh..tak tahan.
hehehhe..biarlah dia..dah rezeki..produktif la tu..ke gane?
srikandi
memang la rezeki, tapi takleh. nak terbahak jugak jadinya. haha..
Post a Comment