Tadi dalam perjalanan balik dari masjid, gua ternampak sorang budak laki-laki menangis kat tepi jalan. Gua berhenti motor, gua pergi sapa dia. Bila dia dongak kat gua, gua nampak bibir dia berdarah. Pipi pun bengkak.
Kesian gua tengok budak tu, gua pegang bahu dia dan pujuk dia supaya berhenti menangis.
"bakpo ni?"
"ada ore amik duit kito tadi, kito tokse wi pahtu dio te kito. pah dio amik blako duit. sepuloh riyal"
Gua tiba-tiba jadi marah bercampur sedih.
Kenapa gua sedih?
Sedih sebab budak tu mengingatkan gua kepada arwah adik gua.
Sedih sebab budak tu cakap duit tu kakak dia bagi suruh beli telur dan sardin, lagi panadol. Sebab mak dia demam. Itu punca gua jadi tersentuh.
Gua ajak budak tu ikut gua, gua bawak pegi kedai runcit. Gua belikan dia telur, sardin dengan panadol sekali. Kemudian gua hantar dia balik rumah.
Sampai kat umah budak tu, kakak dia tengah tunggu kat muka pintu. Mungkin risau sebab budak tu lambat balik. Kemudian mak dia keluar dengan 'koyok' bertampal di kepala. Gua ceritakan apa yang berlaku.
Lu semua tau apa yang berlaku?
Tiga beranak tu serentak menangis sambil si mak memeluk budak tu, gua bukan nak meninggi diri tapi keluarga tu keluarga susah. Gua bagitau begini sebab gua tengok keadaan rumah budak tu.
Gua tak mahu cakap banyak. Gua minta diri dan terus beredar, gua tak mahu air mata gua tumpah di hadapan mereka. Dan air mata gua memang menitis dalam perjalanan gua balik rumah gua.
Gua tak malu untuk mengaku gua menangis, saat gua ingat balik dan tulis entri ni air mata gua masih bergenang.
Celaka lu manusia! celaka!!
Kerana RM 10.00 lu sanggup perlakukan sebegitu rupa kepada seorang anak kecil. Kerana perbuatan jahanam lu itu lu telah mengguris hati seorang ibu, hati seorang kakak dan juga gua.
Hey babi! itu mungkin RM 10.00 terakhir mereka.
RM 10.00 itu mungkin satu-satunya penyambung nyawa mereka ketika itu. Babi lu!!!
Lu zahirkan sifat binatang lu pada tempat yang salah.
Binatang!!!!
18 comments:
ish kesian nye..bengong betul manusia yg wat camtu..tak pk psl orang.tak de otak punye org!!!marah nie marah!!!!
babi orang yang menganiaya tu,tahu lah kamu balasan Allah nanti
tolong kamu bokbon,pinang pasa kerana kamu baik hati
babi plak yg kene X) hush beraaani nya. sometimes kan bila buat mcm tu silap2 kita yg kene tipu.
mcm ko tolong budak tu, then datang org lain,
then pau kau, then kene rompak,
then motor ko kene curi, hesh
A for ayu
gua lagi la marah, nak je gua gigit sapa yang buat gitu. biar mampus keras.
The spiral eyes
sebabi-babi babi pun, babi tak penah buat gitu lagi rasanya cik pasa. itu bapak babi gua rasa.
nak pinang lu? abis kekasih hati lu yang lu makan nasi goreng kangkung bersama udang goreng celup tepung tempohari mana kamu mau sendeng cik pasa oi?
Eclipse
kalau kat tempat lain, memang gua pikir sejuta empat kali jugak cik nad. tapi ini kat tempat gua, orang ramai tengah berlumba balik masjid plak tu. lagipun kesian betul gua tengok budak tu, bibir berdarah pipi bengkak. tak tahan gua.
bokbon..kamu pura pura aku masih belum berpunyalah...ala perempuan boleh kawen enam (ajaran ayah pin kampung pisang)
Cik pasa sanda
ah..tak sampai hati gua mahu menjadi ranjau dalam perhubungan insan lain.
aku emosi..
kerana kudrat yang tak mampu melawan dia diperlakukan..
rasa nak mencarut..
besar tau nilai rm10 tu pada mereka..
org yg pernah lalui akan tahu betapa nilai rm10 tu menjadi penyambung kepada kehidupan.
*tak dapat menahan emosi..
butterflytwinlove
rilek aa, binatang mana tahu adanya perasaan. kalau gua bawak binatang tu depan lu, apa lu nak buat?
kamu begitulah,suka melihat aku menderita dalam kesamaran,apa jadahnya bokbon
haha..haha..ha..!!!!!
adoh..kat ne tempat kejadian tu?
srikandi
depan umah gua la tempat kejadian tu, lepas jambatan sikit. budak tu, umah dia kat dalam kebun getah nu ha. belakang gudang air botol tu, blakang umah dr.tazilli.
ohh...kat c2..dah agak dah..kat c2 mmg ramai dak2 jahat..nnt2 g lah melawat bdk tu lagi..
dia nak g beli brg2 tu kat kedai seli ke?hehe
srikandi
gi melawat acap-acap kang, dikatanya gua mahu mengayat kakak dia. apa kes? aah, kedai seli la. tapi kedai tu tutup itu hari, gua bawak dia pegi kedai depan masjid saring tu.
apa lah salahnya..tak de ayah ke dia?nak tya my mom lah..kot2 dia kenal..sedih btol baca cte awk ni..hehehe
apa lah salahnya..tak de ayah ke dia?nak tya my mom lah..kot2 dia kenal..sedih btol baca cte awk ni..hehehe
srikandi
ntahla, ayah dia dulu bawak lori. pastu kena strok, dah lama tak nampak ayah dia. mana pegi ntah..
Post a Comment