Tuesday, December 30, 2008

Ini gua nak kasi tahu sikit

Sekarang ni gua menetap di setapak, dekat-dekat flat desa rejang ni ha. Mesti lu tau kat mana.

Dok kat sini memang tak best, apa yang tak best tu memang banyak. Tapi yang paling tak best yang paling buat gua bengang adalah ketidakupayaan kolej ni menyediakan perkhidmatan bertenet. Sekejap ada sekejap takde, bangsat lu tahu.

Time ada, slow nak mati pulak tu. Weh jahanam, nama je universiti teknologi malaysia. Teknologi hapekebenda namanya kalau dah gini?

Jadi kat sini gua nak bagitau la bahawasanya kekerapan gua menghapdet blog cabuk gua ni dah jadi tak konsisten dah. Dia dah jadi cacamurba dah. Dan keupayaan gua untuk mengkomen blog-blog kelolaan bloger yang gagah perkasa serta cantik manis semua sudah berkurangan. Jangan sedih-sedih ye.

Haha..haha..ha..

Tadi masa perjumpaan pertama gua ngan semua rakan sekelas gua, gua punya pensyarah suruh pilih ketua darjah. Gua dengan member-member dah berpakat nak kasi kat Baguk jawatan tu. Tapi apa pasal bila pensyarah gua tanya nak kasi kat siapa, semua awek-awek kelas gua serentak pakat dok jerit gini

"shaaaaaaaaaaaaawwwwnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!"

Nampak sangat gua market kan, heh.

Tapi serius, gua benci jawatan tu.

Dah dah, mat yen dah memanggil-manggil dah tu.

Tata.

9 comments:

mrblind said...

best apa jadi ketua darjah..lu boleh pakai kuasa veto lu nanti..

The Spiral Eyes said...

kamu begitulah,tidak rindu sama pasa

FARYN said...

syg,ko jgn lupa diri kalau dah jadi ketua darjah.kalau tak aku sumpah ko jadi psp.hahaha

A said...

to faryn..

apa syg syg nih.. Dia sudah berpunya tau..

to abg bokbon..

abg bokbon, esk kita naik moto g jalan jalan kat tasik titiwangsa ye..


awwwww sweeet nyeee.. :)

BudAk hijAu said...

heh!
ku suka jd kutua gengster jew...
ape barang ketua darjah..lalalala..

FARYN said...

azrin: ko tu lelaki simpanan bokbon je.sila diam2 di situ yer.hahaha

bokbon said...

mr.blind
veto tak veto, tapi sampai gua kena kehulu kehilir jumpa orang tu jumpa orang ni, dia dah jadi tak best dah.

cik pasa sanda
semua gua rindu-rindu. tapi apa daya gua, internet macam haram.

faryn
dari lu sumpah gua baik lu sumpah mat yen jadi psp, boleh gua main.

mat yen
naik motor? titiwangsa? macam pasangan bahagia plak lu nih, ewah!

budak hijau
wah..ada pape masalah nanti gua cari lu la, lu kasi setel. ok?

faryn
ssssyyyyyyhhhhhh...

FARYN said...

sayang,sampai ati u curang ngan i. beramas mesra ngan mat yen plak tu. i hate u sayang.huh!

Anonymous said...

[B]NZBsRus.com[/B]
Dont Bother With Laggin Downloads Using NZB Files You Can Swiftly Find High Quality Movies, PC Games, MP3s, Applications & Download Them at Dashing Speeds

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]NZB[/B][/URL]